Saturday, November 8, 2008

DR M: Hakim-hakim berkenaan dipecat


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa tiga hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 1988 telah dipecat, walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menyatakan mereka diminta meletak jawatan.

"Setahun saya, mereka dipecat," katanya kepada wartawan ketika diminta mengulas isu itu, di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Beliau bagaimanapun berkata, bekas-bekas hakim itu tetap menerima pencen atas dasar ihsan, termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, demikian menurut laporan Bernama.

"Sekalipun beliau dipecat, beliau telah memberikan khidmat kepada kerajaan dalam beberapa tahun beliau di situ. Untuk memisahkan beliau sepenuhnya dari pencen adalah amat zalim, jadi diputuskan beliau dan hakim-hakim lain diberikan pencen mereka," kata Dr Mahathir.

Hmmmm.... apa yang aku nak fokuskan kat sini bukan pasal hakim kena pecat ke tak... berapa juta sorang bekas hakim dapat untuk x-gracia... Madey Khan zalim ke tak...

Tapi... nama Nazri PERMIT TEKSI dah kena petik dek Madey Khan... rasanya jawatan dia dalam kabinet sampai bulan Mac 09 jer la nampaknya...

Lepas ni nama-nama yang bakal dan akan dipetik oleh Madey Khan sama ada melalui kenyataan media atau blognya perlu diberi perhatian, orang-orang tersebut bakal mengisi atau mengosongkan jawatan mereka dalam kabinet serta ruang pejabat di tingkat empat...


Yang nampak berpeluang nak naik lepas ni ialah si Jarjis yang telah menjarjisi alat sulit Jibab dalam mencerahkan peluangnya buat come back...

Dipercayai satu jawatan baru akan diwujudkan dalam kabinet Jibab nanti iaitu Menteri Mentor yang bakal diisi oleh Madey Khan... So dengan izin, "The Bloody Bastard Mentor Minister to be is finalizing his cronies list to occupy the cabinet seats." ...

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Saya suka tengok gambar kat tepi tu ;-)



Diorang pun dah dapat gelaran Tuan Guru ke? Amin :-)




Selamat Datang ke Laman Blog Baru saya :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com/

Sipapan-Kekunci said...

Salam saudara Faizal,

Awak kenal ke dengan gambar Taun guru berdua tu?

Bermakna anda bernah ke Monggolia dan ke kem Guatanamo...

Sebab Tuan Guru Najibol Monggol tu dia Tuan Guru dari Monggolia, yang sorang lagi pulak Tuan Guru Syed Botak berasal dari Guatanamo, dia dialah founder kem guatanamo tu...