Mungkin masih ada yang tidak tahu atau tidak pernah dengar tentang
Teori R.A.H.M.A.N, secara ringkasnya teori ini adalah ramalan Perdana Menteri Malaysia yang namanya tediri dari huruf-huruf dalam ejaan RAHMAN (
R=Tunku Abd. Rahman, A=Tun Abd. Razak, H=Tun Hussien Onn, M=Madey, A=Dollah dan N=???).Setakat ini teori tersebut menunjukkan 90% ketepatan dan
bakal menjadi 100% tepat jika Jibab berjaya menjadi PM menjelang MAC nanti, sama-samalah kita nantikan...
Namun ketika penulis sedang membuang air besar di dalam tandas baru tadi, penulis terpikir
apa pula teori selepas teori RAHMAN?. Memang tidak dinafikan tandas ialah tempatnya dan ketika membuang air besar adalah waktunya yang paling sesuai untuk memikirkan soal UMNO, sepantas jatuhnya bahan buangan penulis ke dalam mangkuk tandas sepantas itulah ilham mengenai perkara UMNO ini datang.
Kalau dilihat UMNO dari zaman Tunku hingga Dollah, maka teori sistem penggiliran keluarga tidak mustahil terjadi, sistem penggiliran yang dimaksudkan ialah
Sistem Penggiliran Antara Keluarga atau S.P.A.K. antara
keluarga Tun Razak, Tun Hussien Onn dan Madey. Mengapa 3 keluarga sahaja bukannya 5 seperti bilangan PM UMNO setakat ini?
Ini kerana
Tengku dan Dollah mempunyai persamaan dari sudut perjalanan politiknya, keduanya menghadapi tentangan dalam mengekalkan jawatan PM dan
melepaskan jawatan dalam keterpaksaan. Makanya keluarga Tunku dan Dollah secara teorinya terkeluar dari sistem penggiliran ini.
Mac ini bakal menyaksikan
Jibab menjadi PM dan si Sembab menjadi TPM, peringatan tulus ikhlas buat si Sembab supaya tidaklah memasang angan-angan menjadi PM selepas Jibab kerana
nasib si Sembab ini akan menyamai nasib Musang Hitam dan Arwahnya Ghapar Baba.Mengikut pelan S.P.A.K.
Jibab akan menjadi P.M sekurang-kurangnya 2 penggal dan
Si Sembab akan menjadi TPM sekurang-kurangnya
hingga PRU ke-13 nanti atau
paling lama sepenggal setengah sahaja. Mengapa Jibab 2 penggal tapi Si Sembab mungkin tak sampai sepenggal?
Ini kerana S.P.A.K. telah menetapkan
Si Bacul yang hanya tahu mengacah menghunus keris tapi gelabah bila dipersoalkan iaitu
si Hisham telah lama menanti untuk
mengisi jawatan TPM berpasangan dengan Jibab.
Sementara Jibab menjadi PM dan Si Bacul Hisham menjadi TPM, jawatan
Menteri Pelajaran akan disandang oleh
Si anak Mamak Madey siapa lagi kalau bukan Mukhriz bagi melengkapkan port folio sebelum boleh bergelar PM kelak.
Tatkala Jibab mengumumkan
penyerahan kuasa kepada si Bacul Hisham kelak,
si Mukhriz akan mencabar jawatan no. 2 UMNO dan ada kemungkinan menang tanpa bertanding yang melayakkannya
menjadi TPM.Ini melengkap
sistem penggiliran fasa pertama iaitu
Jibab kepada si Bacul Hisham kepada si anak mamak Madey,
seterusnya selepas si Mukhriz adalah giliran
anak Jibab, kemudian anak si bacul Hisham, kemudian anak si Mukhriz dan begitulah seterusnya sehingga dunia kiamat.
Namun yang masih menjadi tandatanya buat penulis ialah
siapa bakal Presiden UMNO selepas fasa pertama?, memanglah dijangkakan jawatan itu milik
anak Jibab tapi anak yang mana satu? Anak dengan
bini pertamakah? atau anak dengan
Bik Mama kah? atau anak
dari Monggolia kah?Senario
perebutan hak oleh anak-anak Jibab ini akan mencetuskan suasana kurang aman di dalam negara kelak, berkemungkinan letupan C4 bakal bergegaran di sana-sini dan yang merisaukan
belanjawan negara terpaksa ditambah peruntukannya untuk
pembelian stok C4 yang kekurangan secara mendadak.
Paling-paling merisaukan ialah andai kata anak Jibab dari Monggolia ini berjaya mendapatkan haknya kembali, sanggupkah kita sebagai rakyat Malaysia
berPerdana Menterikan orang Monggolia?Fikir-fikirkanlah...
Future Prime Minister of Malaysia?