
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didengar di mahkamah yang sama.
Hakim SM Komathy Suppiah mendapati sijil untuk memindahkannya keMahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.
Keputusan itu diambil selepas ketua pembangkang dan penasihat PKR itu membantah kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan mempertikaikan kesahihan sijil pemindahannya yang ditandatangani oleh Abdul Gani dengan alasan Peguam Negara sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah berhubung satu laporan oleh Anwar, mendakwa Abdul Gani memalsukan keterangandalam siasatan insiden "mata lebam" yang dialaminya semasa ditahan pada 1998.
Baca selanjutnya di sini...
Bertuah betul Malaysia ni ade Peguam Negara yang bijak bestari, hasil dari kehebatan mangkok ni mengetuai barisan peguam Malaysia di The Heague maka Batu Putih dah terlepas kat Singapore, sekarang atas kebijaksaannya mangkok ni yang tak faham arahan Dollah supaya tak campur tangan dalam kes ni telah membazir masa Mahkamah dan dan duit rakyat...
Takpe lepas ni konpom Jibab bagi jawatan Peguam Negara kat Shafie AbDollah, Ghani 4 tahil ngan Musa Hassan akan kantoi dengan BPR untuk kes liwat 98. Ghani 4 tahil boleh siapkan resume bagi kat Zaid Ibrahim untuk mintak kerja....kah...kah..kah....

No comments:
Post a Comment