Wednesday, December 31, 2008
Perutusan Tahun Baru 2009
Tahun 2008 merakamkan beberapa peristiwa bersejarah. Sekian lama kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno tidak pernah digugat kedudukannya, namun tahun ini rakyat membuktikan perubahan tidak pernah mustahil untuk dilaksanakan. Nuansa politik perkauman yang dipintal bersama ketakutan ditolak rakyat.
Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti 2/3. Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; Pas, Dap dan Parti Keadilan Rakyat melahirkan Pakatan Rakyat. Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini.
Hasrat Barisan Nasional untuk melihat kehancuran Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu. Mereka lupa, asas kepada permuafakatan ini berpasak kuat dari cita-cita memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan mendasar. Perubahan adalah tuntutan melewati sempadan kaum dan politik kepartian.
Negara kita berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu. Kesannya kepada rakyat semain terasa. Kadar Inflasi yang tinggi menyebabkan harga barang melonjak naik. Krisis keyakinan terhadap institusi keselamatan dalam negeri juga terhadap sisten kehakiman ternyata tidak membantu menarik pelaburan bagi menjana ekonomi negara. Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaaan penafian. Kepimpinan yang menggalas beban pastinya menghakis kepercayaan rakyat. Pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur.
Sering saya ulangi, negara ini dan rakyatnya yang berbilang kaum sudah mengharungi pelbagai rintangan bersama. Kita yakin dengan berlakunya perubahan, dan bila negara ini mula berada di haluan yang tepat, maka sekali lagi kita akan dapat melepasi cabaran ini.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakyat Malaysia.
Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.
Selamat Tahun Baru 2009
ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
DAP sedih Maal Hijrah dicemari pembunuhan kejam Israel
"Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mendiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu." Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedih apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia di kotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel.
"Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa. Tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya."
Bagi LGE yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengeboman sebaliknya mencari kedamaian dengan cara perbincangan.
"Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada Umat Islam di mana berada semoga azam untuk sama-sama hidup mesra dengan raykat Malaysia yang berbilang bangsa diteruskan dengan jujur dan ikhlas," ujarnya dalam kenyataan yang kepada Harakahdaily semalam.
Sehubungan dengan tindakan Israel itu beliau menyarankan Kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap sokongan membuta tuli Amerika kepada Israel walaupun tahu pembunuhan itu melibatkan kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa.
Baca selanjutnya di Harakah...
BN Terengganu 'umpan' RM6.1 juta tarik pengundi Cina - Mustafa Ali
PAS Terengganu menyifatkan pemberian peruntukan tersebut sebagai satu tindakan yang bermotifkan politik kerana berlaku disaat Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu bakal diadakan pada 17 Januari depan.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berkata PAS tidak mempunyai 'halangan' jika kerajaan benar-benar menyediakan peruntukkan demi kepentingan dan kebaikan rakyat.
Namun begitu, katanya pengagihan peruntukkan yang berlaku pada waktu ini (pilihan raya kecil) sudah tentu mempunyai hubungkait dengan tujuan politik.
"Dia (kerajaan) hendak bantu, kita (PAS) tiada halangan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk masyarakat" . "Tetapi dia (kerajaan) pilih waktu ini sudah tentu ia ada tujuan politik dan kita (PAS) harap masyarakat Tionghua faham bantuan itu bermotif politik," ujar beliau ketika dihubungi.
Baca selanjutnya di Harakah...
Thursday, December 25, 2008
Zahar sertai PAS, kempen di KT - Malaysiakini
Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini.Wednesday, December 24, 2008
Petisyen berkenaan Ketua Polis Selangor
Nota Penjelasan : Petisyen yang dipamirkan di sini telah disediakan tanpa menyertai bahasa halus yang sewajarnya untuk penyampaian rayuan rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan. Ini akan dilakukan oleh pakar tertentu untuk salinan petisyen yang akan disampaikan kepada Tuanku Sultan kelak.
Kembalikan Matematik dan Sains Kepada Bahasa Melayu - Ketua Pembangkang Selangor
- Ibu bapa juga mahu anak-anak mereka mahir dalam bahasa Inggeris. Tapi apakah bahasa Inggeris lebih penting dari kemahiran hidup seperti ilmu hisab (matematik) dan sains? Tentu ramai ibu bapa yang tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
- Namun setelah lima tahun pelaksanaannya, kita perlu bertanya kembali, ruyung yang mahu dipecahkan sudah mengeluarkan sagu atau yang dikendong berciciran yang dikejar entah ke mana?
- Apa guna kita melahirkan seribu ahli akademik yang melahirkan pendapat akademik dalam bahasa Inggeris dan terbentang dalam jurnal antarabangsa tetapi beratus ribu anak Melayu akan datang tidak menguasai kemahiran asas mengira dan juga ilmu kemahiran hidup (sains)?
- Oleh kerana matematik dan sains juga merupakan matapelajaran teras dalam peperiksaan (dan juga ketika memohon kebanyakan pekerjaaan yang baik) , saya khuatir jurang di kalangan generasi muda bandar dan luar bandar akan bertambah jauh.
- Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis.
- Sudah tiba masanya kerajaan kembali kepada sistem pengajaran yang lama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar untuk Matematik dan Sains di sekolah terutamanya dari tahun satu sehingga ke Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.
Baca selanjutnya di drkhir.botox.com
Jelas dalam Umno pun masih tak bersependapat tentang PSSMI ni...
Jelas orang UMNO pun mengakui kesan negatif PSSMI terhadap anak bangsanya sendiri...
Jelas Dr Khir selalu memiliki pandangan yang menentang arus...
Jelas mengapa Dr Khir turut memainkan isu PSSMI sekarang, kerana...
- Pemilihan pemuda dah dekat....
- Khairy Jack Daniels dah berdebat, Dr Khir pun mesti nak tunjuk hebat
Masak dah dengan mainan orang umno ni.....hahahhahaaaaaa
4,749 bakal diberhenti - Utusan Menipu
Jumlah pemberhentian pekerja itu adalah angka rasmi yang dilaporkan oleh majikan, kebanyakannya dalam industri elektronik kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) setakat ini.
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengulas isu itu berkata, kerajaan kini dalam perancangan untuk menyediakan program latihan semula kepada pekerja yang diberhentikan bagi membantu mereka mendapat pekerjaan baru.
Terdahulu di Petaling Jaya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pada Januari ini sebanyak 35 majikan akan memberhentikan 3,111 pekerja diikuti Februari, tiga majikan memberhentikan 1,523 pekerja manakala Mac, 64 majikan bakal memberhentikan 115 pekerja.
Beliau menegaskan, di bawah seksyen 63 Akta Kerja 1955, majikan yang ingin memberhentikan pekerja, memberhentikan secara sukarela atau sementara dan mengurangkan gaji perlu melaporkan kepada JTK sekurang-kurangnya 30 hari sebelum berbuat demikian.
Subramaniam menambah, di samping mengemukakan laporan pemberhentian, majikan juga hendaklah membayar faedah pemberhentian kerja seperti ditetapkan dalam Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Hentikerja Sementara) 1980 di bawah Akta Kerja 1955.
"Pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tahun perlu dibayar 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan."
“Mereka yang telah berkhidmat selama dua tahun tetapi kurang dari lima tahun pula perlu dibayar 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan,” katanya.
Pekerja yang telah berkhidmat selama lima tahun atau lebih pula kata beliau, hendaklah dibayar 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan.
Untuk berita penuh sila ke Utusan Menipu
Jibab kate Amerika tak tau urus ekonomi.
Jibab kate ekonomi Malaysia kukuh.
Jibab kate takde pelabur asing lari.
Jibab kate asas fundimental kukuh, Malaysia tidak terjejas.
Aku kate fundimental kukuh ker? ko yang mental jibab?
Tuesday, December 23, 2008
Mahfuz menang RM120,000 saman Utusan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya memutuskan perkataan yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan" pada 4 Mac, 2001, adalah fitnah dengan niat untuk mencemarkan reputasi Mahfuz.
"Perkataan itu tidak memenuhi elemen komen yang adil, perkataan yang diterbitkan bukan fakta, bukan komen yang adil kerana ia tidak berasas. Perkataan itu juga tidak memenuhi kepentingan awam seperti ditegaskan oleh para defendan" katanya dalam penghakiman bertulis, lapor Bernama.
Katanya, perkataan yang digunakan itu menggambarkan Mahfuz sebagai seseorang yang mempunyai agenda politik dan sedang berusaha menggulingkan kerajaan sedia ada, "yang menyokong keganasan dan paksaan, yang tidak percaya dengan proses demokrasi untuk membawa perubahan dalam kerajaan yang memerintah dan berniat menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan terhadap keharmonian negara.
Baca selanjut di sini...
Thursday, December 18, 2008
Ramlan si ANU kecik rasmi di PECAT...
Timbalan presiden Badrul Hisham Mohd Hanafiah memberitahu Malaysiakini, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas lapan orang exco semalam.
Surat rasmi mereka kepada Ramlan dikirim melalui pos tengah hari ini. Badrul Hisham menambah, mesyuarat itu juga memutuskan untuk melantiknya sebagai pemangku Reformis sehingga suatu tarikh yang ditetapkan kemudian.
Mereka juga memutuskan melarang Ramlan menggunakan nama organisasi tersebut dalam segala kegiatannya dan kenyataan kepada media.
Baca selanjutnya di sini...
Nampaknya Ramlan si ANU kecik ni kena la buat organisasi lain...
Ape kate kita cuba cadangkan nama untuk organisasi baru si ANU kecik ni....
Cadangan Nama :-
1. Bogeller
2. Bogellis
3. PerBOGEL
4. UMNO - UNITED MALAYS NAKED ORGANISATION
Kah...kah...kah..kah....kah...wahahahahaha...wakakkakakakaaaaa......wahaahahahahahhaaaaa
MB kecewa, JKR enggan serah laporan Bkt A'bangsa
Tindakan jabatan itu menyebabkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mengumumkan tindakan selanjutnya, yang dijadual diumumkan esok.
JKR memaklumkan keputusan itu kepada kerajaan negeri tengah hari tadi, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.
Jabatan itu bagaimanapun tidak memberikan alasan terperinci berhubung keengganannya itu.
JKR sebaliknya hanya memaklumkan "terlalu banyak implikasi" sekiranya salinan laporan itu diserahkan Abdul Khalid.
Baca selanjutnya di sini...
Apa nak jadi KERAjaan BN ni? dah le lembab pastu orang nak tolong tak bagi pulak... ni mesti kes nak mengkambingkan hitamkan kerajaan negeri PR di masa akan datang...
Implikasi kegajahnyer ZIN? wujud unsur rasuah dalam meluluskan pemilikan tanah di situ atau ia akan menyerlahkan kelembapan KERAjaan BN?
Bukit Sek 8 dah siasat belum Zin? Selamat ke tak? Lu ade bukak 1 lagi cawangan kat situkan...kah...kah..kah..kah..
Wednesday, December 17, 2008
6 langkah proaktif elak gawat ekonomi oleh Jibab - Utusan Menipu!
- So mesti ada kepakaran ilmu dan pengkhususan yang berkaitan pengurusan ekonomi seperti Bik Mama membelanjakan RM 7 juta hanya untuk beli jam tangan...
2. Perlu menambah tahap efisien daripada peringkat paling asas kepada yang lebih canggih. Dalam konteks ini, Kementerian Kewangan sebagai agensi pusat juga memberikan khidmat kepada agensi-agensi lain. Oleh itu, jika dapat menyelesaikan sesuatu fail dengan lebih singkat misalnya, maka tahap efisien ini akan tercapai.
- Se efisiennya dan canggihnya keputusan kerajaan menaikkan harga minyak sampai RM0.74 sekaligus tapi turunkan semula sebanyak 5 kali iaitu RM 0.15 - 0.10 setiap kali, tak ketinggalan idea bijak rebet minyak....
3. Dalam keadaan dunia yang mencabar hari ini, semua pihak perlu mencerna idea yang lebih inovatif dan kreatif. Untuk mencapainya, mereka tidak boleh lagi memakai cara lama dalam persekitaran sekarang.
- Se inovatif dan kreatif menghapuskan bukti. Kalau dulu Mona Pendi kerat mayat 18, tapi hari ni mesti lebih inovatif dan kreatif seperti penggunaan C4 dan padamkan rekod kemasukan...
4. Tidak boleh lagi melihat kerja-kerja yang dilaksanakan semata-mata kerana peruntukan yang diberikan telah dibelanjakan 100 peratus. Sebaliknya, harus menilai dan melihatnya berlandaskan faktor penghasilan kerja.
- Tepat sekali seperti hasil kerja jejambat MRR2 yang begitu sempurna tanpa sebarang cacat-celanya...
5. Perlu memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang dihasilkan termasuk dibelanjakan benar-benar membawa nilai ringgit kepada kerajaan.
- Seperti rancangan pembelian helikopter yang benar-benar alah membeli menang memakai. Orang lain beli dapat 30 bijik, kita dapat 12 bijik jer...mane hilang lagi 18 bijik? ini ke maksudnya value for money? mane belajo? Bik Mama ajor ker? ni lah kesnya orang terlebih makan NASIK KANGKANG....huhuhu...
6. Hindari rasuah dan terus berpegang kepada nilai-nilai integriti.
- Yang last sekali nak pecah pankreas aku baca... bernanah mata aku... kah..kah..kah... Jibab Bapa Integriti Malaysia... Bapak kau la Jibab!!!
Tuesday, December 16, 2008
Khalid: Polis 'selamatkan' pengayuh bawah umur
Katanya, mereka ditahan kerana menyertai perarakan haram dan kemudiannya bila disemak, didapati 28 daripada mereka berusia di bawah 18 tahun.
Khalid berkata, perkara itu jelas bercanggah dengan Akta Kanak-Kanak kerana ada sesetengah daripada mereka baru berusia 15 tahun.
Tiada permit
Khalid juga berkata, Gan tidak memohon sebarang permit untuk membenarkan kumpulan penunggang basikal itu untuk melalui Rawang.
Gan bagaimanapun memberitahu pemberita sebelum ini yang beliau telah mendapat persafahaman lisan dengan ketua polis Rawang berhubung perkara itu.
Khalid bagaimanapun berkata "tidak ada perkara seperti perjanjian lisan".
Sebaliknya, kata beliau, permit mesti secara bertulis dan beliau dimaklumkan oleh ketua polis Rawang bahawa tiada sebarang permohonan dibuat.
Baca seterusnya di sini...
Tak tau plak ada undang-undang kat Malaysia melarang kanak-kanak bawah 15 tahun mengayuh basikal?
hhmmm.... lepas ni Polis akan buat road block depan sekolah dan tahan semua pelajar-pelajar sekolah bawah 15 tahun yang mengayuh basikal ke sekolah...
Ko ni ketua polis hape Khalid? ko betul ke tak tahu perjanjian lisan sah di sisi undang-undang... camne boleh jadi ketua polis ni? ko belajo SPM jer ker? sains ngan matematik konpom dalam bm...tu yang jadi camtu...kah...kah..kah...
10 Dalil kenapa polis boleh tahan pengayuh basikal JERIT...
1. Pengayuh basikal tidak memiliki "Lesen Mengayuh" dan "Cukai Jalan" serta tidak dilindungi "Insurans".2. Tidak memakai atau pemakaian topi keledar tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
3. Pencemaran alam sekitar berikutan penghasilan bau dan air peluh yang meloyakan.
4. Mengayuh secara perlahan dan berhemah akan mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan besar dan mewah yang mengamalkan pemanduan melulu dan merbahaya.
5. Bakal menjadikan kes kecurian basikal naik mendadak berikutan trend berbasikal menjadi popular.
6. Basikal yang dikayuhi tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan tiada nombor pendaftaran kenderaan.
7. Bakal menambah peruntukan PDRM berikutan terpaksa mewujudkan skuad baru bertujuan membenteras kegiatan Mat Kayuh seperti mana Skuad 42 yang membenteras kegiatan Mat Rempit.
8. Perlakuan pengayuh JERIT berbasikal secara berkumpulan tidak mendapat permit Polis.
9. Polis dah takde kerja kerana kadar jenayah menurun secara mendadak selepas 5 negeri dikuasai Pakatan Rakyat.
10. Gaya hidup sihat seperti berbasikal perlu dihapuskan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang GEMOK dan PENDEK macam bakal wanita pertama Malaysia THE BIK MAMA...
Banyak lagi sebenarnya dalil polis ni kalau nak tangkap orang....kahkahkah....
Exco dedah tembelang Presiden Reformis - hahahaaa bacul anu kecik ni... ini sebabnya nak bogel tak bogel-bogel jugak yer....hahahhaaaaa
Ini didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis reformasi yang datang sendiri ke pejabat Suara Keadilan.
Raymond @ Suppiah mendedahkan betapa Ramlan Abu Bakar pernah meminta beberapa projek dari kerajaan Selangor melalui syarikat beliau.
Walaubagaimanapun katanya, Ramlan gagal mendapatkan projek berkenaan.Kegagalan itu seperti membuahkan dendam Ramlan dan muncullah ugutan seperti demo bogel.
Sebelum ini beliau pernah mempertahankan Menteri Besar Selangor apabila diserang oleh orang parti,namun setelah gagal untuk mendapat projek Ramlan bertindak agresif dengan mengugut MB dengan cara demo bogel. Beliau pernah berkata untuk menekan MB. Ini dendam peribadi, bukan agenda perjuangan,”kata Raymond.
Timbalan Presiden Reformis, Badrul Hisham Mohd Hanafiah pula mendedahkan dalang disebalik pergerakan Ramlan itu ialah orang yang mempunyai kaitan dengan bekas Ketua AMK Ezam Mohd Nor.
“Bekas Exco AMK di bawah kepimpinan Ezam, Sanusi Abdullah telah dilantik oleh Ramlan untuk menjadi penaung dan dia diantara orang penting bagi mengantur pergerakan. Dibelakang beliau ialah Sanusi,” kata Badrul.
Seorang lagi Exco Reformis, Azizi Anas mendakwa Ramlan sebagai sengaja membuat kecoh untuk menarik perhatian umum serta media yang diperalatkan Barisan Nasional. Katanya, tindakan itu memburukkan nama baik perjuangan aktivis yang sejak dulu memperjuangkan reformasi untuk negara ini.
“Siapakah beliau untuk menilai dan memburukkan orang lain? Beliau harus siapa beliau dalam gerakan reformasi,” kata Azizi.
Mereka adalah antara exco persatuan itu yang mengambil tindakan memberi surat tunjuk sebab kepada Ramlan. Walau bagaimana pun Ramlan dikatakan bertindak balas ‘memecat’ mereka. Bagaimana pun menurut Setiausaha Reformis, Norzairi Jantan, pemecatan itu tidak sah dari segi undang-undang.
Norzairi menegaskan Ramlan tidak mempunyai hak untuk memecat jawatankuasa penaja. Tambahnya, dalam akta pertubuhan, pertubuhan peringkat penaja tidak mempunyai hak untuk memecat anggotanya, sebaliknya, jawatankuasa boleh memecat presiden.
“Kami telah meneliti dibawah akta 7(2) serta fasal 9(4), presiden tidak mempunyai hak untuk memecat mana-mana ahli jawatankuasa atau exco kecuali dengan majoriti dua pertiga dari jawatankuasa menyokong tindakan berkenaan,” ujar Norzairi.
Tambahnya lagi, kumpulan berkenaan kini sudah mempunyai calon presiden yang baru, walau bagaiaman beliau enggan mendedahkan siapakah individu berkenaan. “Kami sudah mempunyai pengganti yang berkelayakan dan akan tampilkanya tidak lama lagi,” kata beliau.
Seorang lagi exco, Mohamed Hafifudin Nordin mendedahkan bahawa Ramlan sebenarnya tidak mempunyai penyokong dan sebaliknya hanya menggunakan para pekerjanya dan mengaku sebagai reformis.
“Setiap kali sidang media yang dianjurkan Ramlan akan membawa orang-orang beliau yang dikatakan menyokong, namun sebenarnya beliau hanya membawa pekerja-pekerja beliau sendiri,” katanya.
Mohamed berkata, Ramlan adalah seorang pengusaha tempat letak kereta di Sentul, dan hanya pekerja beliau sahaja yang sentiasa menjadi orang belakang beliau.
“Para pekerja beliau tidak bersalah, hentikanlah mengheret para pekerja hanya untuk melakukan serangan peribadi. Sekiranya beliau mempunyai sokongan, kami hanya meminta beliau satu perkara, anjurkan demonstrasi tidak payah bogel, kita boleh lihat berapa ramai yang sokong beliau,” katanya sinis.
Dicilok dari perisik rakyat...
Monday, December 15, 2008
Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi...
Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.
Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.
Sumber : Malaysiakini
Buat ke sekian kalinya minyak diturunkan... bukan tak bersyukur tapi tak kuasa nak melayan kebodohan so call "pemimpin negara" memperbodohkan rakyat dengan taktik sebegini...
Rakyat teramat faham bahawa harga minyak patut diturunkan lebih rendah sejajar dengan harga pasaran minyak dunia.
Korang ingat dengan menurunkan harga minyak berkali-kali akan menampakkan korang buat kerja? kononya me"revise" harga minyak dari masa ke masa?
Korang cuma akan menyerlahkan ke tidak cekapan korang dalam urus tadbir negara, cuba mengaut duit rakyat melalui cukai minyak tinggi dari sepatutnya disamping menambah kayakan kroni-kroni korang pemegang saham petronas...
Lepas tu buat-buat pening kepala kununnya harga minyak dah turun banyak kali tapi barang tak turun-turun jugak...bodoh...bodoh...
Tanah Runtuh; Kajian Kawasan Selamat...
Pengumuman tersebut akan dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 19 Disember iaitu selepas hasil siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya Persekutuan dengan Kumpulan Ikram.
Menurut beliau, JKR Persekutuan dan kumpulan Ikram akan membuat kajian bagi menentukan mana-mana kawasan yang boleh didiami semula.
"Jika didapati kawasan tersebut tidak boleh didiami atas sebab risiko tanah runtuh kerajaan negeri akan memberi penerangan dan membantu menyelesaikan masalah penduduk terlibat," katanya dalam sidang media di Taman Bukit Mewah.
Khalid mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Penduduk runtuhan tanah Bukit Antarbangsa jam 4.30 petang tadi untuk mendengar rintihan masalah yang dihadapi.
Menurut beliau dalam tempoh satu bulan selepas mengumumkan hasil kajian tanah di Taman Bukit Mewah, kerajaan negeri akan mengumumkan pula risiko mendiami kawasan di persekitaran Bukit Antarabangsa.
Lima kawasan yang terbabit tidak boleh didiami kondominum Impian Selatan, rumah teres Jalan 6 Taman Bukit Cahaya, Jalan Wangsa 9 dan Jalan Wangsa 11.
"Beberapa kemudahan kita telah sediakan antaranya tempat tinggal sementara di sekolah kebangsaan Ulu Klang dan hotel anak syarikat kerajaan negeri D'Palma Ampang dengan diskaun sebanyak 50 peratus," jelasnya.
Bagi menyelesaikan masalah penduduk yang kurang mendapat maklumat akibat runtuhan tanah Khalid berkata, penduduk boleh membuka website http://www.bukitantarabangsa.com/.
Beliau turut mencadangkan kepada Pegawai Daerah supaya setiap rumah pangsa akan diadakan satu kabel maklumat.
Sumber : Harakah Daily
Berita tak rasmi atau gimik baru?
Menurut berita tidak rasmi Adun Bota dari BN Datuk Nasaruddin Hashim telah mengumumkan keluar parti dan menyertai PKR . Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat diikuti oleh penyokong-penyokong beliau.Ini sudah pasti menguatkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Sunday, December 14, 2008
20 kes rasuah Khir Toyo - malaysiakini
Dekat bawah ni ada 20 tuduhan yang dikatakan melibatkan Mr Botox aka Khir (en,zet,ai,ar) Toto (el).
Baca dulu...
1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
9. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."
18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
Raya Haji; Bukan lembu aje yang kena sembelih....
Aku sebenarnya nak bagi anak aku merasa suasana hari raya qurban di kampung, nak harapkan kampung aku kat Klang udah tak serupa kampung dah rasenyer.
Bertolak ke kampung pada hari ahad, sehari sebelum hari raya qurban. Highway Alhamdulillah clear takde lah sesak cam raya puasa haritu. Setelah sejam lebih atas highway utara selatan aku berhentilah dekat hentian Tapah, masa tu dah dekat pukul 5 petang dah. Aku sekeluarga memang cadang berhenti makan di Hentian Tapah pasal kami belum makan tengahari lagi.
Sampai di kaunter diorang kira nasi goreng sejuk + gulai daging = RM 4.60, masya Allah... dekat KL pun harga tak cam gini. Ini Hentian Tapah ke Pusat Penyembelihan Tapah?
Alhamdulillah selamat sampai ke dan balik dari kampung. Konon nak balik kampung bawak anak tengok lembu kena sembelih, rupanya sedar tak sedar aku yang kena sembelih dulu...nasib...nasib...
Saturday, December 6, 2008
Friday, December 5, 2008
Lim Guan Eng Tak Makan Ampu...
A giant banner with birthday wishes for Chief Minister Lim Guan Eng was taken down from a shophouse in Jalan Magazine after it was found to have been put up illegally.Penang Municipal Council (MPPP) president Datuk Zainal Rahim Seman said the banner, put up on Tuesday, was removed by council workers at 10am yesterday.
“People seem to be putting up banners and streamers wherever they like and the council is getting tough. We have already taken down more than 12,000 banners and streamers on the island since January,” he told newsmen at the scene.
Lim, who was attending a function at the Caring Complex, said he instructed Zainal to issue a fine to the company – Banner King – for putting up the banner without a permit.“It doesn’t mean that if you put my face up, you can break the law,” said Lim, who turns 48 on Monday.
Thursday, December 4, 2008
6 pegawai timb KM P. Pinang letak jawatan
Keenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.
Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.
Seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, malah meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohammad Fairus menangkis tuduhan-tuduhan terhadap beliau serta mendakwa tiada masalah dengan pasukan pentadbiran negeri.
Wakil rakyat Penanti menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.
Sumber : Malaysiakini
Memang tak tahu la nak cakap ape pasal si Fairuz ni... terus-terang cakap ko memang nampak lembab dan lembik la Fairuz... cekap tak cekap mentadbir aku tak tau...
Masalah kecik macam gaji pemain bolasepak P.Pinang pun ko kantoi... belum lagi hal-hal besar melibatkan nasib penduduk melayu P.Pinang...
Macam biasa hanya 2 option sahaja untuk situasi macam ni, ko buat perubahan positif cepat atau kerusi Timb. Ketua Menteri P.Pinang yang akan berubah penyandangnya... Fikir-fikirkan lah...
CAR: MB S'gor jawab Khir Toyo
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi kenyataannya bahawa kerajaannya tidak boleh dipersalahkan atas beberapa siri bantahan penduduk terlibat di Kampung Sungai Terentang.
"Adalah tidak wajar kerajaan negeri disalahkan sedangkan perkara ini boleh diselesaikan lebih awal lagi jika kerajaan terdahulu (BN) mempunyai pentadbiran yang efisien dan profesional," katanya, menjawab kritikan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo semalam.
Dalam kenyataannya, Abdul Khalid menjelaskan Selangor telah menwartakan pengambilan tanah untuk projek terbabit bawah Seksyen 4 akta terbabit.
"Tambahan pula, keputusan mahkamah mengenai permohonan TNB untuk memasuki tanah yang terlibat juga sudah diputuskan," katanya.
"Dan sekarang TNB dan kerajaan pusat hanya perlu membuat rundingan dengan penduduk kampung bagi meneruskan projek terbabit. "
Tambanya, selepas enam pertemuan dengan kumpulan penduduk terbabit, kerajaan Selangor mengambil dua keputusan: menanam kabel bawah tanah agar penduduk tidak perlu berpindah, dan menggunakan jaluran alternatif yang tidak melibatkan kawasan penduduk.
Abdul Khalid menyeru TNB dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengambil inisiatif untuk berjumpa sendiri dengan penduduk supaya "projek ini boleh berjalan dengan cara yang terbaik."
Baca selanjutnya di sini...
Rileks Tan Sri... biasa le kerja Toyol memang mengacau... dia pun bukan ade kerja sangat skang ni... nak jadi ketua PEMUDA memang tipis nampaknya... terpaksa la menyalak sana-sini...
Sekarang pun projek terbaru si Toyol khabarnya merekrut skuad berani bogel... hahahhaaaa.... duit punya pasal...apapun orang sanggup buat....hahahhahaaaaa
12 Dis hari mogok se-Malaya
"Mereka (nelayan pukat tunda) tunggu dan sabar sudah lama. Mereka merayu banyak pihak supaya membuat ketetapan," kata Dr Chua dalam sidang media bersama pemimpin persatuan nelayan Selangor dan Perak di ibu pejabat MCA hari ini.
"Mereka mungkin memboikot pada 12 hari bulan ini sebagai tanda bantahan kerana nasib mereka tidak diberi perhatian," kata Dr Chua sambil menambah, nelayan di Sarawak akan turut menyertai bantahan tersebut.
Baca selanjutnya di sini...
Nampaknya tanggal 12 Disember akan menjadi hari bantahan aka mogok aka protes nasional. Persatuan Nelayan Perak dan Selangor bercadang mogok jika harga subsidi diesel mereka tidak diturunkan.
Sebelum itu Reformis menggertak nak protes sambil berbogel sebagai tanda bantahan terhadap Tan Sri Khalid menaikkan sewa PPR.
Kalau kita bandingkan antara 2 mogok ni, tentu kita tahu yang mana satu bakal mencapai matlamat jika benar-benar di adakan.
Tentu juga kita tahu mana satu yang akan mendatangkan impak yang lebih besar ke seluruh negara.
Tentu juga kita boleh bandingkan mogok mana yang lebih beretika dan ber"Hadhari".
Yang peliknya Persatuan Nelayan dari bangsa Cina ini dapat menggerakkan network mereka hingga ke Sarawak untuk menekan kerajaan. Natijahnya negara bakal kekurangan bekalan sumber laut.
Sedangkan Reformis yang terdiri dari bangsa Melayu yang ada DEB, Ketuanan Melayu, Adat resam, Harga diri, budi pekerti, sopan-santun dan sepatutnya beragama Islam, memilih untuk BERBOGEL...
Tahniah pada Melayu dan Ketuanannya...
Mohamad Sabu pilihan Nik Aziz di KT
Beliau, yang juga mursyidul am PAS, berkata Mohamad seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu menjadi wakil rakyat kawasan itu.
Nik Aziz berkata naib presiden PAS itu petah berkata-kata sewaktu berceramah sehingga beliau sendiri tidak mampu lakukan seperti Mohamad.
Mohamad tewas tipis dengan 628 undi di tangan Datuk Razali Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas.
Jentera pilihanraya
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan mengetuai jentera pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Beliau akan dibantu oleh pengarah pilihanraya nasional PAS, Datuk Mustafa Ali yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu.
Pada kebiasaannya, Mustafa sepatutnya menerajui jentera tersebut, pertukaran itu telah mencetuskan spekulasi yang beliau mungkin antara calon PAS untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Antara nama yang disebut ialah calon PAS dalam pilihanraya umum Mac lalu, Mohamad Sabu, bekas MP Kuala Terengganu, Syed Azman syed Ahmad Nawawi dan timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu, Wan Mutalib Embong.
Baca seterusnya di sini...
Wednesday, December 3, 2008
Chua disiasat polis isu ketuanan Melayu
"Mereka merakamkan kenyataan saya berikutan ucapan saya yang disampaikan dalam Anugerah Kancil, secara spesifiknya kepada istilah ketuanan Melayu yang digunakan," katanya di Wisma MCA.
Dengan nada berseloroh, beliau berkata: "Untuk menjadikannya (berita) lebih menarik, (keterangan saya diambil) 41 minit, 22 saat.
"Pada Khamis lalu, Dr Chua berkata, konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah dan slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.
Dr Chua juga dilaporkan berkata: "Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu.
"Berikutan itu, kelmarin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) menghantar notis guaman menuntut timbalan presiden MCA memohon maaf kepada orang Melayu kerana mendakwa kenyataan itu berbau hasutan.
Dr Chua hadir ke balai polis Sunway, Petaling Jaya pada jam 9.15 pagi tanpa diiringi peguam.
Baca selanjutnya di sini...
Reaksi terkini GGMM terhadap Soi Lek...
Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) akan mengambil tindakan seterusnya terhadap Datuk Dr Chua Soi Lek selepas timbalan presiden MCA itu gagal memenuhi tuntutannya supaya memohon maaf kepada orang Melayu berhubung ucapannya mengenai Ketuanan Melayu, yang didakwa berbaur hasutan.
GGMM membuat tuntutan tersebut melalui notis guaman yang dihantar kepada Dr Chua Isnin lalu.
Ia menuntut Dr Chua membuat permohonan maaf melalui laman blognya dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan notis tersebut.
Hahahhaaaa... cam biasa la... Soi Lek kena soal siasat.... tapi Mukhriz Madey Khutty bila nak kena panggil bagi keterangan? mesti tak kena panggil punyalah... komen pasal ketuanan Melayu kantoi ngan polis di siasat bawah akta hasutan... tapi ugut nak tutup sekolah venakular takde ape-ape tindakan...bijak...bijak...
Zaid Ibrahim dipecat dari Umno
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta merta.
Menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu.
Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian kongres nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam.
Zaid juga dilaporkan berkata, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.
Jelas Zaid lagi, kehadirannya adalah untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara.
Keputusan lain mesyuarat...
Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.
Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan.
Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM).
Baca selanjutnya di sini...
Tuesday, December 2, 2008
Sultan: No titles for politicians this year....
“There will be no politicians – either from the past or present state government.
“The present state government is barely eight months old. Even a pregnancy is nine months,” the Sultan said in an interview at Istana Mestika here. “I am sure there are deserving cases in the present state government but let us wait first. Let them focus on their work, not awards or rewards. Titles need not come with positions,” he said.
The Sultan said Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim understood the decision after his explanation on the need to limit the number of awards. “There is no such thing as a quota for the MB or myself. We agree it should not be freely given to maintain its prestige,” he said.
He said he did not wish to talk about how certain states had given out the titles easily. However, Sultan Sharafuddin said that if too many Datuk titles were given out, it would only “devalue the titles and the purpose of having these awards.”
He said the state limited the number of Datukships to 40 each year but added that he had never given more than 30 each time. Except for the investiture ceremony on Dec 11 and the tea party with the people on the same day, the Sultan said that there would be no additional state functions.
“I have ordered the state administration to cut costs. There is no need for any unnecessary spending because of my birthday.“This is a time to be prudent and not waste the rakyat’s money,” he said.
On the performance of the state’s elected representatives, Sultan Sharafuddin said he had instructed palace officials and even his brother to monitor their performance during the State Assembly sitting.
“I am not interfering in politics. I want to know precisely, not just from press reports, how they perform. “Do they know what they are talking about and have they done their homework? Are they taking part or just sitting quietly to observe the proceedings with no contributions?
The Sultan said his decision was not aimed at any particular party. “It does not matter if they are in the Pakatan Rakyat or Barisan Nasional.
“If they behave badly or ignore decorum, I will have a word with them because I expect high standards and correct behaviour because the rakyat is watching closely during the State Assembly.”
Source : perisik rakyat
BN = Umno - (MCA + Gerakan + PPP) / MIC
- Dr Chua berkata, konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah dan slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.
GGMM : "Soi Lek mesti minta maaf"
- Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) hari ini menuntut Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek supaya memohon maaf kepada orang Melayu berhubung ucapannya yang menyentuh tentang ketuanan Melayu minggu lalu, yang didakwa berbaur hasutan.
Mukhriz : "tutup sahaja sekolah vernakular"
- Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengecam pemimpin MCA dan Gerakan kerana memberi "reaksi yang keterlaluan" berhubung isu Ketuanan Melayu.
Jibab : "Bincang pertikaian dalam BN secara tertutup..."
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan semua anggota komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak membincangkan secara terbuka pertikaian atau permasalahan dan juga polemik tertentu seperti isu ketuanan Melayu.
Sipapan-kekunci : "Perwaris tanak buat Demo sokong tutup sekolah vernakular ker? Reformis tanak BERBOGEL bantah Chua Soi Lek ker?"
GGMM : "Chua mesti minta maaf"
- Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) hari ini menuntut Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek supaya memohon maaf kepada orang Melayu berhubung ucapannya yang menyentuh tentang ketuanan Melayu minggu lalu, yang didakwa berbaur hasutan.
Mukhriz : "tutup sekolah vernakular"
- Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengecam pemimpin MCA dan Gerakan kerana memberi "reaksi yang keterlaluan" berhubung isu Ketuanan Melayu.
Jibab : "Bincang pertikaian dalam BN secara tertutup"
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan semua anggota komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak membincangkan secara terbuka pertikaian atau permasalahan dan juga polemik tertentu seperti isu ketuanan Melayu.
Borang kekal caruman KWSP dikeluarkan hari ini
Akupun tak paham lar dengan diorang ni, apa yang dikacau duit KWSP tu? setakat potongan 3% tu berapa sangat untuk rakyat yang bergaji bawah Rm 2000?
Jumlah potongan 3% mengikut gaji;
- RM 2000 x 3% = RM 60
- RM 1500 x 3% = RM 45
- RM 1000 x 3% = RM 30
- RM 500 x 3% = RM 15
Kenapa aku fokus dari RM 2000 ke bawah? sebab itulah gaji kebanyakan orang-orang Melayu di atas Dasar Ekonomi Baru dan Ketuanan Melayu.
Dah lah keputusan pemotongan tu buat ikut suka diorang jer, pastu ade ke pulak sape yang tanak potong kene isi borang? ape ke turrr la diorang ni....sepatutnya yang nak le suruh isi borang bukan sape yang tanak....mangkok!!!
Monday, December 1, 2008
Bapak borek anak berbintik-bintik...
Mesranya...
Keliling pinggang tu pompan dia...
Hebat...hebat...
Rase-rase muka mamat anak orang kaya ni ade iras-iras muka samseng UMNO yang selalu menyalak dalam parlimen tu tak?
Rakyat bukan dengki dengan pemimpin UMNO dan gaya hidup mereka dan keluarga mereka, tapi kalau camnilah pemimpin UMNO didik anak mereka... camna nak takbir negara?
Apa nak jadi dengan Malaysia? yang agama rasminya agama ISLAM? yang majoriti rakyatnya ISLAM? atau inikah ISLAM Hadhari???
Saturday, November 29, 2008
Reformis Nak Bogel Jugak..! - malaysiakini
Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, permit berkenaan dimohon daripada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor awal Disember ini.
"Permit itu akan kami pohon daripada IPK Selangor 1 Disember 2008 ini dan pada hari itu juga Reformis akan lakukan satu kejutan yang kami tidak akan dedahkan buat masa ini," katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di sini, semalam.
Katanya, Reformis merasakan mereka perlu mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya zalim dan menindas rakyat miskin dengan menaikkan kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 100 peratus.
Sumber : Perisik Rakyat...
Cantek... aku akan amik coti 12 dis nanti... aku nak tengok berani tak berani korang nak bogel! Jangan pandai gertak jer... kalau nak bantuan aku untuk bogelkan korangpun boleh...hahahhaaaaa...
Ade orang sanggup masukkan objek plastik dalam jubor pasal duit... ini baru suruh bogel...ape ade hal? Pastu jangan lupa buat sumpah laknat demonstrasi ni takde kena mengena dengan konspirasi UMNO.... kah...kah..kah...
Friday, November 28, 2008
Timbalan menteri meninggal dunia...
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ketika dihubungi pula berkata, kematian Razali merupakan satu kehilangan besar kepada kementeriannya.
"Terlalu sedih...Ia satu kehilangan besar," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Hishammuddin berkata beliau sedang menguruskan jenazah Allahyarham di tempat kejadian.
Aku tak berapa kenal sangat (cerita-cerita belakang tabir) dengan arwah tapi bagi aku dia antara Timbalan Menteri yang bagus. Banyak kali cuci mangkuk Sham Keris, selalunya dia saje yang kena jawab di Parlimen pasal Sham Keris asyik ponteng jer...
Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Nya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...
Dua sekolah di Sabah gagal UPSR 100 peratus - Utusan Menipu
BEAUFORT 27 Nov. - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan pencapaian buruk dua buah sekolah rendah di sini dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang gagal 100 peratus.
Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Klias berkata, pencapaian terburuk itu adalah amat memeranjatkan dan semua pihak diminta tidak menuding jari antara satu sama lain.
''Kita harap pihak sekolah akan membuat kajian terperinci punca utama yang menyebabkan sekolah-sekolah ini gagal seratus peratus,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan guru-guru besar sekolah rendah dari daerah ini di Wisma Persekutuan di sini hari ini.
Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu yang hanya mempunyai lima murid dan SK Kepawa yang mempunyai lapan murid.
Beliau berkata, pencapaian UPSR 2008 yang buruk bukan sahaja di SK Kebulu dan SK Kepawa tetapi juga hampir di semua 41 buah sekolah yang terdapat di Beaufort.
Menurutnya, sekolah lain yang turut mengalami kemerosotan ialah SK Jabang yang hanya seorang yang lulus, SK Bentuka (2), SK Blah Batu 65 (3), SK Karangan (2), SK Nukahan (2) dan SK Kota Klias (4).
Azizah berkata, kelemahan tersebut tidak perlu diletakkan di bahu pihak sekolah tetapi semua pihak perlu bertanggungjawab dan berperanan dalam menyelesai masalah berkenaan.
''Perkara ini perlu direnungi oleh pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pemimpin di peringkat akar umbi dan wakil rakyat kerana pencapaian pelajar adalah tanggungjawab semua,'' katanya.
Aik... Pencetus idea belajar sains dan matematik dalam English tak disebut pulak... Kesian rakyat negeri Sabah serba-serbi ketinggalan, baik infrastruktur bangunan dan jalanrayanya sampailah tahap pencapaian akedamik penduduknya. Itupun pemimpin-pemimpin Sabah masih nak berada bawah Barisan Nasional...
Thursday, November 27, 2008
MP reveals Tajuddin's 'sexual innuendos'
ccording to Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), who evoked the Standing Orders against Tajuddin, the BN MP had made the offensive remarks during yesterday's sitting.
Section 36(4) of the Standing Orders prohibits parliamentarians from using offensive language.
Fong told the House today that Tajuddin had uttered the words when attempting to interject Mujahid Yusof Rawa's (PAS-Parit Buntar) debate on Teo Nie Cheng's (DAP-Serdang) (photo, right) motion for a RM10 pay cut for Education Minister Hishammuddin Hussein.
She quoted him as saying, "Dia (Mujahid) tak masuk lagi, dah lama tak masuk. Main tepi saja" and "Bila nak keluar lagi air dia?"
Expressing disappointment with the conduct of parliamentarians, Deputy Speaker Wan Junaidi Jaafar said: "From the information I got from my officers, I am very disappointed by the abusive words of the members of parliament."
"But I have to refer this matter to Deputy Speaker Ronald Kiandee to take further action," he added.Kiandee had presided over yesterday’s session.
Tajuddin's sexual innuendo remarks were missed in the uproar he had sparked off when he called M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) “keling”, a derogatory term for Indians.
Following pressure from Pakatan MPs to withdraw his remark, Tajuddin had today reluctantly obliged and made the retraction.
Following pressure from Pakatan MPs to withdraw his remark, Tajuddin had today reluctantly obliged and made the retraction.
Although Kulasegaran requested Kiandee to take stern action against Tajuddin, the deputy speaker, however, said a retraction was sufficient.
Earlier this month, Tajuddin had escaped punishment for calling Kulasegaran a 'bloody bastard' in the House.
Sumber : Topengperak_Xinwugi
Monday, November 24, 2008
Tuanku Mizan terima watikah Tapak Warisan Dunia
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin malam ini berkenan menerima watikah pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.Penyerahan watikah itu dibuat mengikut adat istiadat raja-raja Melayu Kesultanan Melaka seperti yang diceritakan dalam karya agung Sejarah Melayu.
Gajah pembawa bingkisan watikah kemudian didurumkan untuk melutut bagi membolehkan ia diserahkan kepada Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin kemudian mempersembahkannya kepada Tuanku Mizan.
Terdahulu, utusan pembawa bingkisan watikah diarak dengan gajah dengan diiringi lima pahlawan bersaudara seiringan dengan 30 orang Biti Perwara serta turut diiringi 20 orang pahlawan diikuti dengan 10 ekor kuda.
Melaka dan Georgetown telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia pada Mesyuarat Jawatankuasa Mesyuarat Warisan Dunia (WHC) pada 7 Julai lepas.
Selain Melaka dan Georgetown yang telah dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia, dua lagi kawasan utama negara iaitu Taman Negara Kinabalu dan Taman Negara Mulu telah dipilih pada tahun 2000 sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah kategori Tapak Semula Jadi.
Majlis pengiktirafan ini juga diikuti dengan persembahan warna-warni dari Melaka dan Georgetown yang dilangsungkan mengikut adat istiadat kerajaan Melayu lama yang turut diserikan dengan perarakan kebudayaan dan lori berhias.
Baca selanjutnya di sini...
Ni satu lagi benda aku nak kongsi.... kisah benar yang berlaku pada malam itu...
Ohh.... Kalau tang hiburan dok terbeliak bijik mata...tak rasa nak lena pun.... kah..kah..kah...
Saturday, November 22, 2008
Friday, November 21, 2008
Kenyataan Ketua Nenek Kebayan UMNO...
Memandang bahawa Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Dato Sri Shahrizat telah membuat kenyatan akhbar untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, maka saya dengan ini:1) Akan mempertahankan jawatan Ketua yang saya sandang sekarang, dan InsyaAllah, akan bertanding untuk jawatan tersebut untuk tempoh 2009-2011.
- Kalau kau tak "JALAN" dulu ler...
2) Saya menghargai dan menghormati pencalonan yang telah saya terima dari 117 bahagian itu.
- Walaupun lepas ni mungkin mereka akan sokong Sahrizat...
3) Saya memulangkan kepada para perwakilan yang mewakili akar umbi, untuk menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk tempoh 2009-2011 itu.
Saya kecewa kerana pelan peralihantelah dipertikai, dan ditolak, lebih 3 bulan selepas saya mengumumkannya pada bulan Ogos (4 haribulan) 2008.
- Apa salah saya? apa kekurangan saya? mungkinkah sebab saya bukan keturunan khutty?
Semenjak tarikh itu tidak siapa dalam Exco, atau di luar, yang telah mempertikaikannya.
- Kau yang syok sendiri... orang kau dah lama nak flying kick dari belakang...
Bahkan Dato Sri Shahrizat sendiri, sama ada antara 4 mata, dalam Exco, dan dalam sidang media, telah berkali-kali menegaskan:
a) Beliau tidak akan bertanding jawatan ketua walaupun dicalonkan.
- Sebab kang kau kena serangan jantung pulak...
b) Beliau patuh kepada pelan peralihan.
- Sepatuhnya dia pada Islam Hadari
c) Beliau patuh kepada nasihat pemimpin-pemimpin besar parti.
- Seperti Madey Khan dan Najibab Mat Monggol
d) Bahkan beliau telah menyatakan bahawa "kata akan dikota" dan "my word is my honour". (Semuanya telah disiarkan dalam media).
- bukan kata akan dikota... kata akan diauta....
- "my word is my honour" - That is honour by all it means in UMNO...
Wednesday, November 19, 2008
Angkasawan akui terima sumbangan, nafi minta bayaran
"Saya telah berjumpa dengan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadilah Yusof dan memberikan penjelasan terperinci. Dan beliau berpuas hati dengan penjelasan saya.
"Dan saya harap kami dapat menyelesaikan insiden malang ini kerana kesan negatifnya akan menjejaskan kewibawaan saya untuk terus memberikan ceramah di seluruh negara," katanya yang dipetik daripada agensi berita ketika ditemui Ahad lalu dan memberitahu beliau biasanya memberi ceramah di sekolah-sekolah secara percuma.
Sebelum ini, Menterinya, Dato' Dr. Maximus Ongkili dipetik sebagai berkata jika terbukti dakwaan itu benar, angkasawan terbabit akan dikenakan penalti jika melanggari kontrak dengan Mosti.
Oh....terima tapi tak mintak... kah..kah...kah... dia ni pergi angkasa belajar melawak ke? Pernah tak dia kena tahan dengan polis trafik pasal bawak laju ke? bawak keta sambil pakai handphone ker? manede polis tu mintak duit? abis-abis dia cakap "macamana ni? saya kena saman awak ni...." mendelah kau ni....
Tuesday, November 18, 2008
Kemas yang perlu diperkemaskan...
Radio Tv Menipu mulalah interbiu cekgu-cekgi kemas nak bagi diorang lagi panas. Hakikatnya memang tidak dapat disanggah lagi, sememangnya cekgu-cekgi kemas ini hanya berkelulusan SPM sahaja. Itu belum lagi di semak keputusan SPM diorang, siapa yang ada keputusan cemerlang SPM nak jadi cekgu Kemas?
Menyentuh pula pengisian atau kaedah pembelajaran Kemas, cukup sekadar belajar menghafaz doa makan, masuk keluar tandas dan kemudian menyanyi lagu rakyat. Makanannya pula nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng untuk sarapan pagi dan biskut serta roti bercicah air teh o sebelum tamat kelas...sungguh menyedihkan...
Mengapa nasib Kemas jadi begini? kerana kalau ditanya ahli-ahli Parlimen siapa yang menghantar anak atau cucu mereka ke Kemas? jawapannya mungkin tiada...
Sebenarnya arah tuju Kemas ni bergantung pada kerajaan negeri sendiri terutamanya kerajaan negeri BN. Mengambil contoh kerajaan negeri Terengganu yang menggunakan silibus QDees dalam pembelajaran, Kerajaan negeri Terengganu di era Idris Jusuh telah memperuntukkan sejumlah wang untuk menggunakan silibus QDees bagi Kemas mereka.
Diharap kerajaan PR di 5 buah negeri akan mengambil pendekatan serupa atau mungkin lebih baik lagi dari apa yang dilakukan kerajaan negeri Terengganu, PASTI boleh dijadikan platform untuk menyediakan sebuah system pra-sekolah yang menggunakan sistem smart learning terkini disamping menekankan aspek keagamaan serta kerohanian yang tinggi.
Semoga kesedaran politik dewasa ini mampu melahirkan rakyat Malaysia yang lebih cemerlang untuk masa hadapan, semoga tiada lagi pemimpin-pemimpin negara mewarisi kepimpinan dangkal kerajaan BN pada masa hadapan...


