Anggota polis anti-rusuhan bertindak menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di Pusat Sivik Petaling Jaya malam ini.Pihak polis mula bertindak ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku dan bersedia untuk beredar. Sebelum itu, mereka mendengar ucapan ringkas dari beberapa ahli politik.
0rang ramai berjalan menuju ke pusat tersebut sejurus selepas jam 9.30 malam, selepas pihak polis mengarahkan mereka bersurai dari Padang Timur, kira-kira satu kilometer dari situ,. Mereka hadir di padang itu untuk menyertai majlis memasang lilin.
Antara yang hadir ialah Raja Petra Kamaruddin yang baru dibebaskan oleh mahkamah dari tahanan ISA, Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan pemimpin DAP Lau Weng San dan Tony Pua, serta peguam Harris Ibrahim.
Ketika orang ramai berkumpul di Pusat Sivik itu, sepasukan anggota polis anti-rusuhan dan trak meriam air tiba di situ.
Sejurus kemudian, anggota polis mula menyuraikan orang ramai dengan menggunakan perisai mereka.
Dalam keadaan tersebut, polis menahan ahli Parlimen PJ Utara dari DAP, Tony Pua, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San serta kira-kira 20 orang lain. Turut ditahan ialah juruvideo Malaysiakini Shukri Mohamad.
Baca selanjutnya di sini...
Seperti biasa penggunaan FRU dan trak meriam air adalah langkah pertama yang diambil dalam menyuraikan perhimpunan yang diklasifikasikan sebagai haram oleh polis UMNO.
Di negara lain pasukan seumpamanya digunakan untuk mengawal rusuhan tetapi di Malaysia FRU digunakan untuk memulakan rusuhan.
Perlu ke disuraikan kumpulan yang ingin memasang lilin? perlu ke menggunakan FRU untuk menghalang orang memasang lilin?
Mungkin juga mereka yang ditahan dalam kejadian ini bakal berhadapan dengan hukuman ISA jika Syed Botak merasakan perbuatan dan cara mereka memasang lilin boleh menjejaskan keselamatan si pemasang lilin terbabit.
Bagi Syed Botak keselamatan si pelaku perlu diutamakan, jika si pelaku melakukan perkara yang boleh mengancam keselamatan diri si pelaku sendiri lebih baik dia di ISA kan... hu...hu...hu...

No comments:
Post a Comment