Friday, May 8, 2009

Dun Sarkis di Perak; Pengajaran berguna buat DSAI dan Tan Sri Khalid.

Buat sekian kalinya DUN Perak menjadi perhatian umum, kali ini disajikan pula dengan adegan dan jalan cerita yang tak tercapai dek akal.

Dari peristiwa lompat-melompat membawa kepada persidangan bawah pokok memungkinkan kejadian mengheret speaker keluar dewan sebagai klimaksnya?

Hanya kerana inginkan kuasa maka segala peraturan diputar-belit dan undang-undang dirimbakan asal sahaja menyebelahi pihak yang mentafsirkannya.

Perebutan kuasa ini telah terlalu jauh membelakangi demokrasi dan melangkaui pula ketamadunan manusia itu sendiri.

Paling perlu diambilkan iktibar oleh DSAI dan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menghadapi sebarang kemungkinan di DUN Selangor.

Renungkan kembali jika tidak sewenangnya nasib rakyat diperjudikan ditangan si POSMEN BERSARA itu mana mungkin perlu digerakkan rakyat marhaen ke jalanan menuntut keadilan.

Akibat mudah bergantung dan mempercayai kata orang, jauhari tidak lagi kenalkan manikam.

POSMEN BERSARA DAN TAUKEH BUNDLE diangkat darjatnya menyertai barisan EXCO, keliru benarkah membezakan mana intan dan juga kaca?

Siapa durian siapa mentimun? tunggu digelek durian baru sedarkan diri?

Usah disalakkan bukit yang tinggi, nescaya runtuh takkan sekali dan yang tak dapat dikejar jangan, yang dikendung kelak keciciran...

Thursday, May 7, 2009

Pendedahan Raja Petra berhubung Rosmah dan tawaran Jarjis...

Dari 12 hingga 22 September 2008, saya ditahan di Pusat Tahanan Polis dimana kebanyakan tahanan ISA menghabiskan masa tahanan selama 60 hari. Tiba-tiba, pada pagi 22 September, saya diberitahu bahawa siasatan terhadap saya, yang dilakukan pada 17 hingga 21hb, akan berakhir dan mereka akan menyiapkan laporan mereka pada hari yang sama.

Itu merupakan kejutan pertama.

Saya sepatutnya menandatangani kenyataan saya hari berikutnya…pada 23hb. Sebaliknya, saya di hantar ke Kamunting pada pagi 23hb tanpa dibenarkan menandatangani kenyataan dan pengakuan saya.

Itu kejutan kedua.

Apa yang ditakutkan oleh pihak atasan sehingga kenyataan dan pengakuan saya mahu disorok daripada pihak yang akan meneliti dan memutuskan sama ada saya boleh dibebaskan atau dihantar ke Kamunting untuk tahanan selanjutnya? Saya tidak tahu kerana mereka tidak pernah memberitahu saya.

Apapun…berikut adalah sebahagian daripada soalsiasat yang dilakukan oleh Cawangan Khas terhadap saya – apa yang ditanya…dan apa jawaban saya.

Kali terakhir awak ditahan selama 54 hari, benar?

Ya. Dari 11 April hingga 6 Jun 2001. Saya rasa lebih kurang 54 hari.

Awak tidak dihantar ke Kamunting, benar?

Benar.

Itu kerana awak bekerjasama. Kalau awak bekerjasama kali ini, ada harapan awak tidak akan dihantar ke Kamunting. Awak mungkin akan dibenarkan pulang kerumah seperti dahulu.

(Saya hanya mengangguk)

Kami mendapati, Akuan Bersumpah awak sukar untuk dipercayaai.

Mengapa awak cakap macam tu?

Kami tak fikir…apa yang awak cakap tentang Rosmah berada ditempat pembunuhan itu betul.

Macam mana awak tahu?

Tak mungkin. Rosah sudah kaya. Dia ada banyak duit. Mengapa dia perlu mengambil risiko untuk berada disana? Dia boleh bayar sesiapa saja untuk melakukan kerja tersebut. Tak perlu dia pergi kesana.

Saya diberitahu bahawa dia sendiri pergi kesana.

Kami tak fikir begitu. Tak masuk akal untuk dia pergi kesana.

Okay…kalau awak cakap macam tu, tapi saya tahu apa yang diberitahu.

Sapa yang memberitahu awak?

Lt. Kol. Azmi Zainal Abidin. Dia merupakan orang nombor dua dalam Cawangan Khas dalam Risik Angkatan Tentera.

Ya..kami tahu siapa dia.

Jadi..oleh kerana awak kenal dia…awak boleh tanya dia.

Tapi..macam mana awak tahu dia bercakap benar? Mungkin dia mahu memerangkap awak.

Saya akui saya tidak begitu mengenali Lt. Kol Azmi. Tapi dia selalu berada di pejabat Tengku Razaleigh. Dia rapat dengan Ku Li dan Anwar Ibrahim juga mengenali dia.

Jadi…awak tidak begitu rapat dengan Lt. Kol. Azmi. Ini bermakna, awak tidak tahu sama ada dia boleh dipercaya atau tidak. Kami rasa, dia memerangkap awak kerana dia sudah terpinggir.

Mungkin kalau saya hanya percaya kepadanya, saya tidak akan berani mengambil risiko. Maksud saya; saya tidak boleh mempercayaai sepenuhnya kerana saya tidak begitu mengenalinya. Tapi, orang yang memperkenalkan dia kepada saya adalah rakan lama saya. Saya mengenalinya kira-kira 45 tahun, lebih lama dari saya mengenali isteri saya. Dan saya percaya kepada rakan saya. Dia memberikan jaminan bahawa cerita itu sah.

Siapa kawan awak itu?

Nik Azmi Nik Daud. Kami memanggilnya Bull. Dia bekerja untuk Tengku Razaleigh. Saya juga bertanya kepada Din Merican untuk bertanya Anwar sama ada saya boleh mempercayaai Lt. Kol Azmi sepenuhnya. Itulah perkataan yang saya gunakan.

Apa Anwar kata?

Anwar berkata..jangan percaya sepenuhnya kepada sesiapa. Walaubagaimanapun,maklumat Lt. Kol. Azmi sangat tepat. Saya juga bertanya John Pang, yang juga bekerja dengan Ku Li, supaya bertanya kepada Ku Li sama ada maklumat ini boleh dipercayaai. Saya memberitahu John apa yang diberitahu oleh Lt. Kol Azmi dan memintanya memberitahu Ku Li. John mengesahkan bahawa Lt. Kol Azmi memberitahu Ku Li perkara yang sama dan maklumat tersebut memang boleh dipercayaai.

Habis..mengapa awak menandatangani Akuan Bersumpah itu?

Tidak..sebenarnya..diawalnya, saya hanya mahu menulis satu artikel, seperti biasa. Tetapi Bull meminta saya menemuinya dahulu sebelum saya menulis apa-apa. Jadi, kami berjumpa diawal April di La Bordega, Bangsar. Bull mencadangkan supaya saya menandatangani Akuan Bersumpah..kerana ia lebih berkesan. Mereka boleh mengabaikan artikel saya, tapi mereka tidak boleh mengabaikan Akuan Bersumpah.

Kemudian…awak tandatangan?

Tidak..saya masih tidak menandatanganinya lagi. Saya risau tentang kesannya. Kami mungkin akan memaksa kerajaan bertindak dan mereka mungkin akan bertindak lebih keras terhadap saya. Seperti yang dikatakan oleh Bull, mereka boleh mengabaikan artikel saya, tapi mereka tidak boleh mengabaikan Akuan Bersumpah saya. Bull meminta perjumpaan kali kedua pada hari Ahad sebelum saya menandatangani Akuan Bersumpah. Kami berjumpa di dataran Merdeka, Selangor Club untuk makan tengahari.

Lepas tu?

Saya beritahu Bull, saya sedikit risau tentang menandatangani Akuan Bersumpah sebab kerajaan sudah pasti menangkap dan mendakwa saya kalau saya buat. Saya rasa, lebih selamat kalau menulis artikel. Tetapi Bull tidak bersetuju. Dia merasakan artikel tidak cukup berkesan. Bull mengatakan, kalau apa-apa terjadi kepada saya, mereka tidak akan membiarkan saya mati dipenjara. Jadi, pada 18 Jun, saya menandatangani Akuan Bersumpah tersebut.

Awak pasti mereka akan datang kemahkamah untuk memberi pengakuan?

Itu yang diberitahu oleh Bull kepada saya dan saya mempercayaainya. Seperti yang saya katakan, saya mengenalinya selama 45 tahun.

OK…kita tengok sama ada mereka akan datang atau tidak. Tapi kami rasa mereka tidak akan dating. Mereka tidak akan datang untuk membuat pengakuan masa perbicaraan nanti.

Boleh jadi. Mungkin apa yang awak katakana itu benar. Saya tidak tahu. Kita tengok nanti. Lagipun saya sudah didakwa dan perbicaraan akan bermula tak lama lagi. Kita tengok sama ada mereka akan mengotakan janji mereka dan membuat pengakuan semasa perbicaraan. Tapi saya yakin, mereka akan datang kerana mereka telaha berjanji dengan saya.

Kami percaya..awak telah diperangkap. Mungkin mereka mahu menyingkir awak.

Saya tak fikir begitu. Apa pun, kita akan tahu apabila perbicaraan saya bermula. Ia akan menjadi perbicaraan yang menarik kerana apabila kebenaran terserlah. Awak tak fikir begitu?

Pernahkah orang-orang Najib datang membuat tawaran?

Maksud awak…untuk mendiamkan saya? Ya..ada.

Siapa?

Datuk Jamaludin Jarjis.

JJ?

Ya.

Bila?

Tak lama selepas saya didakwa kerana menghasut, sebelum saya menandatangani Akuan Bersumpah. JJ menelefon saya dan memberitahu dia mahu berjumpa saya. Saya tahu dia bekerja untuk Najib…jadi saya bersetuju. Kami berjumpa ditempat letak kereta di Kelab Taman Perdana. Isteri saya menghantar saya kesana dan menunggu tidak jauh dari situ. Dia risau ianya mungkin satu perangkap dan dia mahu berwaspada…sekiranya mereka mahu memerangkap saya.

JJ sampai sekitar 6 petang dan meminta saya masuk kekeretanya. Dia bersaorangan. Saya melambai kepada isteri saya dan memberi isyarat untuk pulang kerumah dan dia mencatit nombor plet kereta JJ..seandainya saya hilang atau diapa-apakan.

Dia memandu kesebuah gerai di Jalan Ipoh dan kami duduk disana dan bersembang. JJ memberitahu saya bahawa Najib memintanya menemui saya dan membuat satu tawaran. Saya bertanya sama ada Najib tahu tentang pertemuan kami dan sama ada dia merestui perjumpaan itu…dan JJ menjawab bahawa pertemuan itu adalah arahan Najib.

Kami berbual selama satu jam. Pada asasnya..dia mahu saya berhenti menulis tentang Najib dan Altantuya. Dia juga bertanya sama ada saya boleh menangguhkan perbicaraan saya sehingga Najib menjadi Perdana Menteri. Apabila Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri, mereka akan menarik balik dakwaan yang dikenakan terhadap saya. Saya juga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM30,000.00 kerana bekerjasama.Walaubagaimanapun, Dia tidak memberitahu untuk berapa lama.

Saya bertanya..bagaimana untuk melengahkan perbicaraan tersebut dan dia menjawab bahawa saya boleh mendapatkan surat doctor untuk mengesahkan saya tidak sihat untuk dating kemahkamah. Saya memberitahunya, sekiranya perbicaraan itu dilewatkan, kos guaman akan meningkat dan dia menawarkan untuk membayar semua kos guaman. Dia meminta peguam-peguam saya menghantar invois dan dia akan membayar semua kos..tidak kira berapa banyak.

Saya memberitahu peguam-peguam saya…sekurang-kurangnya ada orang lain mengetahui perkara ini.

Jadi, apa yang berlaku kepada tawaran tersebut?

Tak lama selepas itu, saya menandatangani Akuan Bersumpah saya. Itu tandanya saya menolak tawaran tersebut. Selepas itu, mereka menahan saya dan mendakwa saya kerana memfitnah. Saya rasa, itu adalah cara mereka menjawab jawapan saya.

Bukankah lebih baik kalau awak menerima tawaran tersebut. Lagi pun, Najib akan menjadi Perdana Menteri tak lama lagi.

Mungkin. Tapi bukankah sekarang sudah terlambat? Saya sudah pun membuat keputusan.

Semua yang diatas adalah sebahagian daripada sessi soaljawab saya dengan Cawangan Khas selama lima hari saya disoalsiasat. Semuanya telah disusun menjadi satu laporan dimana saya sepatutnya menandatanganinya pada 23 September 2008..tetapi tidak berlaku diatas sebab-sebab yang menghairankan. Saya mungkin tahanan ISA yang pertama didalam 50 tahun yang membuat pengakuan tetapi tidak diminta menandatanganinya.

Wednesday, May 6, 2009

Pulis sebok tangkap rakyat, jadi penjenayah lebih selamat?

Hari ni hari menangkap rakyat peringkat nasional agaknya...sana sini polis sebok tangkap rakyat...roadblock jangan cakap la...

Pemimpin kanan PAS ditahan polis
Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.

Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Lima ditahan cuba sambut 'harijadi Altantuya'

Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.

Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.

Aktivis direman 3 hari kes '1Black Malaysia'

Jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat ditahan reman tiga hari oleh Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan bawah Akta Hasutan.

Beliau, yang juga pengerusi Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), ditangkap selepas jam 8 malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur.

Sementara itu 14 lagi ditahan kerana menyokong Wong. Kesemua mereka ditahan dekat ibu pejabat polis Brickfields dalam perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Wong, juga pengerusi Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), ditangkap malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur berhubung siasatan Akta Hasutan.

Nak anjurkan solat hajat pulis tangkap, nak sambut hari lahir pulis tangkap, nak memberikan sokongan moral pun pulis tangkap...apa lagi agaknya undang-undang rimba 1Malaysia yang kita tak tahu yer?

Manelah tahu esok lusa kita keluar tandas awam kena cekup ngan polis berpakaian preman, kena dakwa kerana berhimpun di dalam tandas awam lebih dari 3 orang pada satu-satu masa (kena pulak masa tu 5 orang sekali gus sakit perut....hahahahhaaa)...1Malaysia lah katakan....

Sunday, May 3, 2009

Lama tak update....

Lama dah tak update blog ni...

Sejak krisis politik tak masuk akal di Perak hinggalah sekarang.

Yang umno dah memang konpem la dengan taktik kotornya al maklum saja ketuapun memang dah najis, tapi melihatkan tindakan balas Pakatan Rakyat di Perak dengan persidangan bawah pokok dan lain-lainnya tambah melemahkan nafsu aku nak berblog.

Lagi best bila umno memperkudakan mahkamah dan istana dalam menghalalkan perbuatan mereka...

MB haram Perak pulak terus hadiahkan konsert sure heboh yang difatwakan "sekejap haram sekejap halal" oleh mufti bn si HARUS KE NI? dekat rakyat Perak...

Pokok pangkalnya bn adalah kerajaan pusat sekarang, baik mahkamah atau istana apatah lagi rakyat marhaen mahu tak mahu terpaksa relalah dengan senario politik hari ni...

Thursday, March 26, 2009

MEDIA RELEASE: EARTH HOUR 2009 – WHAT WILL YOU BE DOING?

March 18, 2009: Cuddling up with your loved ones and admiring the stars in the night sky or organising a treasure hunt in the dark? At 8:30pm on Saturday 28 March, people from all corners of the world will turn off their lights for one hour - Earth Hour - and cast their vote for action on climate change. Anybody can participate and join together with millions of people across the globe celebrating Earth Hour.

Earth Hour is about taking simple steps everyday that collectively reduce carbon emissions – from businesses turning off their lights when their offices are empty to households turning off appliances rather than leaving them on standby.

Here are 10 different ways to spend Earth Hour and reduce your carbon footprint:

1. Attend a local Earth Hour event or organise your own by throwing an Earth Hour street party with your neighbours
2. Gather family & friends for a night picnic in your local park and look at the stars3. Enjoy a family dinner by candlelight
4. Organise a treasure hunt in the dark
5. Take the dog for a night walk
6. Have a candle-lit bath
7. Sit in the dark and share stories
8. Organise a family night playing board games
9. Share a romantic night in with your loved one
10. Upload your ‘on the night’ photos and videos to flickr and YouTube respectively, and then add them to the respective Earth Hour flickr group (http://www.flickr.com/groups/earthhour2009global/) and the global YouTube Group (http://www.youtube.com/group/earthhourglobal).

Earth Hour Executive Director, Andy Ridley, is encouraging people to participate in whatever way they choose and to think beyond the hour.

“There are no hard and fast rules surrounding participation in Earth Hour. We only ask that you flick that switch and have fun doing whatever you choose to do during that time.

Make Earth Hour work for you. Families with young children should feel free to turn their lights off earlier than 8:30pm and for those having too much fun in the dark during the hour, don’t feel you have to limit yourself to one hour and switch back on at 9:30pm.”

To find out more about Earth Hour, visit the official website www.earthhour.org, sign up and join millions of people in more than 1,400 cities and towns in 80 countries throughout the world by turning off your lights for one hour at 8:30pm on Saturday 28 March.

Monday, March 16, 2009

Rosmah: Saya juga manusia biasa... - Malaysiakini

Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau "terkejut" dengan serangan-serangan musuh politik yang cuba mengaitkan beliau dan suaminya, dengan satu kes pembunuhan sensasi.

Tetapi isteri Datuk Seri Najib Tun Razak - yang bakal dilantik sebagai perdana menteri bulan depan itu - menolak tanggapan bahawa tuduhan tersebut boleh menyelubungi pentadbiran suaminya dan berkata pengalaman membuat mereka menjadi lebih tabah.

Bila saya mendengar mengenai perkara-perkara yang tidak menyenangkan itu, saya terkejut, saya tidak dapat bayangkan ada orang seperti itu di dunia ini, dan tidak pula merasa bersalah apabila membuat hidup orang ain sengsara," katanya kepada AFP dalam satu wawancara baru-baru ini.

"Tetapi bagi saya, saya tidak terganggu dengan semua ini kerana saya tahu mereka akan lakukan apa sahaja untuk menghalang suami saya daripada menjadi (pemimpin), dan mereka memilih cara yang salah," katanya.

Tahun lalu, Najib menafikan mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang mati dibunuh pada 2006. Mayatnya telah diletupkan di sebuah kawasan hutan.

Manakala rakan karib Najib, yang mengaku mempunyai hubungan dengan Altantuya, telah didakwa atas tuduhan bersubahat dalam penubuhan wanita Mongolia itu, tetapi dibebaskan kemudiannya.

Aku tanak komen ape-ape pasal berita ni atau kenyataan si Rosmah ni... tapikan...

Cuba tengok gambar yang aku cilok dari Malaysiakini kat atas tu... gambar ni aku tak edit langsung...korang pi check Malaysiakini kalau tak caya....

Aku tengok gambar si Rosmah ni dah ade iras-iras Altantuya pulak... tak tau le kot perasaan aku jer...

Memang le aku tau Altantuya tu sejuta kali lagi cun dari si gemok pendek ni...tapi muka dia dalam gambar tu...sejibik ler...hhmmm...

MBI roboh plak pokok demokrasi - Malaysiakini

Jumaat lalu, tiga penjuru plak peringatan 'Pokok Demokrasi' di Ipoh di pecahkan. Dan hari ini plak itu dirobohkan.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan 'tersebut yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.


"Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang," katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini, lapor Bernama. [Selanjutnya]


Cerdik betul MB Zombie Haram Negeri Perak ni...

Wei Zombie, hang tau berape susah nak bagi pelancung mai melawat?
Hang pi tanya si Ali Ketam berapa kos dia bawak mai Shah Rukh Khan bagi gelaran Dato' semata-mata untuk tujuan mempromosi negeri Melaka tu....

Ni orang dah bagi promosi percuma siap berkesan menarik pelancung lagi... hang senang-senang pi robohkan...

Hang dengki kut pelancung tak mai tengok muka Zombie hang tu....hahhahaaaa

Mari masuk Peraduan Gambar!



Jibab Mat Monggol sedang mengadakan peraduan gambar.

Jom semua masuk peraduan ni, khabarnya anda bakal memenangi hadiah-hadiah menarik dan berpeluang berjumpa dengan Mat Monggol ni...

Kriteria-kriteria gambar-gambar yang ingin masuk peraduan ni mestilah antaranya melambangkan perpaduan kaum, kerjasama antara kaum dan menunjukkan rakyat Malaysia bersatu...

Cadangan gambar yang boleh dihantar...

- Gambar FRU tengah pulun dok katok rakyat Malaysia
- Gambar FRU lepaskan gas pemedih mata masa perhimpunan PPSMI
- Gambar kematian Kugan
- Gambar "kami nak Deris, Natang!"
- Gambar ayahanda PUKIDA Ipoh dengan jari hantunya
- Gambar SeiFool dengan Mat Monggol
- Gambar Altantuya dengan Anaknya

Banyak giler gambar yang memenuhi kriteria ni....ntah korang pilih la sendiri mana satu nak hantar....hahahhaaaa...

Tapi hadiahnya menggerunkan jer aku tengok....

- Peluang berjumpa Mat monggol in person lagi - kat kelab di Perancis ker?
- Hadiah menarik - Hadiah "jimat" ke "Si Empat" ke?

Sunday, March 15, 2009

Dr Khir: Pakatan serang saya untuk alih isu sebenar - Malaysiakini

Bekas menteri besar Selangor menyifatkan serangan terhadap pentadbiran beliau dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak tiga hari berturut-turut sebagai usaha mengalih isu sebenar yang sedang berlaku di negeri itu.

"Selepas setahun dewan bersidang, (wakil rakyat Pakatan Rakyat) masih serang saya," kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, kini sebagai ketua pembangkang, kepada pemberita ketika sidang DUN berhenti rehat tengah hari ini.

"Tidak ada keputusan konkrit dibuat selepas dua hari (DUN) bersidang.

"Wakil rakyat Sungai Panjang itu turut menafikan wujud penyalahgunaan kuasa melibatkan 21 perjalanan udaranya ke luar negara yang berjumlah RM349,134.

"Itu (perjalanan) untuk (tempoh) lapan tahun. Itu lawatan pelaburan. Hasilnya, saya berjaya dapatkan pelaburan sebanyak RM48 bilion," katanya.

Dr Mohamad Khir menjelaskan, beliau bahkan sedaya mungkin menjimatkan wang kerajaan sehingga hadir lima majlis satu hari supaya tidak perlu membuat kunjungan balas lagi selepas itu.

Beliau juga menafikan dakwaan Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) bahawa isterinya Zaharah Kechik menggunakan aset sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Kumpulan Darul Ehsan Sdn Bhd (KDEB) untuk tujuan peribadi sewaktu memimpin negeri itu.

Panas ye wak?

Haaa baru tahu... itulah kata orang satu jari tunjuk kat orang, lagi empat tunjuk diri sendiri... ni baru sikit wak...

Sebagai anak jati negeri selangor (walaupun bukan jawa macam wak!), jangan cakap selepas setahun bersidang, sampai pilihanraya ke-13 nantipun belum tentu habis dikorek rahsia korupsi wak tu...

6 didakwa hina Sultan, seorang mengaku bersalah - Malaysiakini

Seorang pembantu makmal mengaku bersalah menghina Sultan Azlan Shah melalui Internet dan didenda RM10,000.

Azrin Mohd Zain, 33, didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksima RM50,000 atau hukumen penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Jika gagal membayar denda tersebut, Azrin berdepan dengan hukuman penjara lima bulan.

Di mahkamah yang sama, Muslim Ahmad didakwa atas tuduhan yang sama. Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Muslim dibebaskan dengan ikatjamin RM3,000. Kesnya akan disebut pada 8 April.

Manakala di Mahkamah Sesyen Butterworth, dua orang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan yang sama. Mereka ialah Chan Hon Keong dan Khoo Hui Shuang. [Selanjutnya]

Konfius sikit aku dengan polis ni... aku ke atau diorang yang tak tahu siapa lagi tinggi kedudukannya dalam Malaysia ni....

Yang DiPertuan Agung atau Sultan yang lebih tinggi kedudukannya? kalau ikut aku yang sekolah tak tinggi ni tentulah Yang DiPertuan Agung lebih tinggi kedudukannya...

Tapi awat tak sampai sebulan enam orang sudah didakwa di mahkamah kes menghina Sultan Perak?

Yang kes menggelarkan Yang DiPertuan Agung dan institusi Istana sebagai binatang macamana? dah dekat setahun dah...

Yang dalam internet susah-susah gi trace IP nak tangkap dan dakwa, yang terang-terang dalam gambar bawa kain rentang menghina yang Yang DiPertuan Agung senyap aje...

Menderhaka tak polis ni sebab tak dapat carik penderhaka-penderhaka yang menghina Yang DiPertuan Agung?

Dr M: Najib 'jerat leher' jika lantik anggota kabinet rasuah - Malaysiakini

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Tun Razak "akan menjerat lehernya sendiri" jika beliau melantik pemimpin yang rasuah menganggotai kabinet barunya nanti.

"Masyarakat memang tahu siapa yang terbabit dengan rasuah kerana mereka memberikan wang secara agak terbuka, dan pihak yang menerima pula bercakap bahawa mereka menerima wang itu yang bertujuan memenangi sokongan mereka."

"Jadi apabila Najib menjadi PM dan beliau melantik orang ini, maka seperti yang telah saya katakan, beliau menjerat lehernya sendiri kerana beliau akan kalah dalam pilihanraya umum ke-13 yang akan datang," katanya.

Perdana menteri keempat itu menegaskan demikian dalam wacana mengenai Demokrasi dan Kepimpinan Masa Depan Malaysia anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan hari ini.

Oleh itu, menasihati Najib supaya memastikan barisan kabinet terdiri daripada mereka yang bersih daripada sebarang bentuk rasuah. [Selanjutnya]

Ape bendenyer yang cuba disampaikan chedet ni?

Apa agaknya mesej bila kepala penyamun cakap jangan bergaul dengan penyamun lain?


Kepala perampok cakap jangan bergaul dengan perampok lain?

Maksudnya kepala penyamun @ perampok tadi tamak haloba nak makan sorang tak nak kongsi dengan penyamun @ perampok ciput yang lain..... hahahhaaaaa

Thursday, March 5, 2009

Altantuya : Bagaimana dan Mengapa Dia Dibunuh? (Terjemahan)

Artikel ini diterjemahkan oleh Kerajaan Rakyat dari artikel asal yang bertajuk "The Altantuya Shaaribuu's Case : How And Why She Was Killed?" dan disiarkan oleh sebuah akhbar Perancis pada 5 Mac 2009.

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.

"Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf," katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis - Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan "kes Altantuya" ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari "komisen" berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. "Komisyen" ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang (rujuk [sini]), mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

"Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan menghumbannya ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya", ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. " Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya."

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis - Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.

"Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi," kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.

"Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah "big boss". Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah "perdana menteri", cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi.

Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan "meneutralkan perempuan Cina itu." Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: "Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah". Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.

Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.

"Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia," katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk "perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi." Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. 'Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu," jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris.

Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d'Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. "Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya", ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.

Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)

Di cilok dari PeopleArmy

Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab - Malaysiakini

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas. [Selanjutnya]

SMART dari orang BODOH...

Ini pemandangan KL semalam, habis berbilion dekat SMART ini hasilnya...







Sunday, February 15, 2009

Filem kita wajah kita...



Kali ini penulis mahu lari dari kekalutan politik tanah air semasa, penulis ingin membawa info kepada pembaca sekalian tentang filem terbaru yang sedang dalam tayangan ketika ini.
Tajuk : Zombie Mukim Doyan
Terbitan : Bik Mama Production
Tarikah tayangan : Sedang dalam tayangan
Di tahi bintangi : Jibab Mat Monggol, Zombiery Kodok, Mantan Posmen, Pelacur OKU Jelapang, Pihak Istana dan ramai lagi...
Harga tiket : Percuma (ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Haram Perak)
Tempat Tayangan : Panggung Rakyat


Sinopsis :

Filem ini mengisahkan sebuah kerajaan pilihan rakyat yang telah dirampas atau digulingkan secara hina dan haram oleh sekumpulan ZOMBIE yang dibantu oleh dua ekor KATAK JADIAN dan seorang PELACUR OKU JELAPANG.


Namun dipercayai kejayaan ZOMBIERY KODOK yang memegang watak Menteri Zombie menggulingkan kerajaan pilihan rakyat tersebut tidak akan berhasil tanpa bantuan Jibab Mat Monggol atau Guruji...


Jibab Mat Monggol atau Guruji yang memiliki kepakaran dalam urusniaga kapal selam, jet pejuang, helikopter tempur, penggunaan peledak C4 dan pelbagai kepakaran seumpamanya dipercayai memainkan peranan dibelakang tabir dan mempengaruhi atau mengugut pihak istana.


Filem ini telah mencatatkan sejarah perfileman negara apabila dinobatkan filem termahal dalam The Monggolian Book of Records.

Lebih RM 50 juta sahaja digunakan untuk membayar tiga orang pelakon tambahan iaitu dua ekor KATAK JADIAN dan seorang PELACUR OKU JELAPANG.


Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada penonton kerana semua kos ditanggung oleh kerajaan haram Perak termasuk kos pembikinan filem. Dipercayai kerajaan haram Perak akan menggunakan segala konsesi balak, tanah, pasir dan lain-lain sumber kekayaan negeri untuk menampung kos tersebut.


Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikannya...

Wednesday, February 11, 2009

Rekod hak asasi M'sia dipersoal di PBB - Malaysiakini

Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin politik dan layanan buruk terhadap pendatang asing harus menjadi isu utama mempersoalkan rekod hak asasi manusia Malaysia.

Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Semakan itu akan dibuat di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) berkata proses semakan di kalangan anggota PBB ini harus mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara.

"Negara-negara anggota PBB patut mencabar Malaysia memansuhkan ISA, sama ada (mendesaknya) mendakwa atau membebaskan kesemua tahanan," kata seorang timbalan pengarahnya, Elaine Pearson. [selanjutnya]

Monday, February 9, 2009

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia - Al Fatihah...

Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.

Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 10 orang anak.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari. [Selanjutnya]

Jelapang mali talak sombong...

Tadi dah postkan lagu negeri Selangor, sekarang nak postkan lagu Jelapang Mali Talak Sombong pulak...

Lagu ni memang asalnye dari Perak, tajuk asal "Ipoh Mali Talak Sombong" mengisahkan pelacur di Ipoh zaman dolu-dolu cuba menarik pelanggan.

Tapi sekarang lagu tu dah dipositifkan maksudnya dan sering berkumandang ketika perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Perak.

Hari ni aku tak pedulik... aku nak mengnegatifkan balik lagu ni setelah penemuan seorang pelacur OKU di Jelapang yang menggemparkan Malaysia...

Jelapang Mali Talak Sombong (Nyanyi sambil lompat katak cara orang tengkut...)

Jelapang Mali...

Jelapang Mali...

Jelapang Mali talak sombong...

Walau kaki ala sikit tengkut...

Jelapang Mali talak sombong...


Walau tengkut...

Walau tengkut...

Walau tengkut bukan mulah...

Harga RM 10 juta walau tengkut...

Walau tengkut bukan mulah...

Perutusan Menteri Besar Perak yang SAH...

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkan-Nya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :
  • Pembubaran Dewan Undangan Negeri.
  • Undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
  • Saya meletak jawatan secara sukarela.
Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat.

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

Dipetik dari perisik-rakyat

Sunday, February 8, 2009

Renungkan sejenak...

Dulu masa kita bersekolah, rasanya lima kali seminggu(terpulang pada sekolah kot...) kita dok mengikrarkan rukun negara.

Bagi aku yang dah lebih 10 tahun tinggalkan sekolah ni, mungkin dah 10 tahun juga aku dah tak berikrarkan rukun negara ni...

Maka kami, rakyat Malaysia berikrar, akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prisip-prinsip berikut:

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas...

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Menyentuh tentang prinsip pertama dan kedua...

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ini pula adalah lagu negeriku yang aku nyanyikan dengan penuh semangat sampai sekarang...

Duli Yang Maha Mulia

Selamat di atas takhta

Allah lanjutkan usia Tuanku

Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku

Bahagia selama-lamanya

Aman dan sentosa

Duli Yang Maha Mulia...

Thursday, February 5, 2009

Jibab, politik dan moral yang kotor lagi menjijikkan...

Dengan apa yang terjadi kepada kerajaan PR Perak pada hari ini menyaksikan politik Malaysia di kotor lagi dijijikkan sekali lagi.

Ironinya politikus yang mengotor lagi menjijikkan politik Malaysia kali ini adalah bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam.

Terkenal dengan moralnya yang rendah dengan kes-kes betina dan korupsinya, kali ini Jibab sekali lagi menyerlahkan nilai-nilai negatif dalam dirinya dengan cubaan menumbangkan kerajaan PR negeri Perak dengan cara yang paling hina.

Sogokkan wang ringgit beserta kekebalan dari undang-undang rimba UMNO mungkin menjadi umpan paling mujarab buat dua orang exco kerajaan negeri berpaling tadah.

Tidak menghairankan jika kedua orang exco ini meragut umpan Jibab dengan rakusnya, tambahan pula seorang daripadanya adalah POSMEN (B) yang akan senantiasa kelabu biji matanya, tapi apa pula cerita dengan Timbalan Speaker dewan dari DAP?

Begitulah hebatnya ilmu korupsi Jibab sehingga dapat membeli Timbalan Speaker dari DAP tersebut, sedangkan ahli-ahli MP dan Adun DAP dikenali sebagai yang paling bebas rasuah kerana mereka mengutuk dan menentang amalan tersebut secara terbuka.

Ini bukan satu dakwaan tanpa asas, mengapa setelah hampir 11 bulan kerajaan PR mentadbir negeri Perak baru sekarang ia berlaku?

Mengapa tidak terjadi ketika Tajol Rosli menjadi ketua pembangkang tetapi berlaku selepas beberapa hari Jibab mengambil alih jawatan Perhubungan UMNO negeri?

Menurut Khalid Samad tidak mustahil ianya bakal berjangkit ke negeri Selangor. Sebenarnya bukannya bakal tetapi telah, dan sedang berlaku di negeri Selangor.

Usaha-usaha jijik dan hina ini merupakan usaha berterusan dari pihak BN terutamanaya umno. Se awal selepas keputusan PRU ke-12 diumumkan, UMNO telah cuba memancing PAS dengan muzakarah hadari mereka.

Jibab jangan terburu-buru untuk berbangga dengan pencapaiannya merampas negeri Perak dengan cara yang tidak bermaruah tersebut, sebaliknya cuba fikirkan kesan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Jika ditelitikan perkara-perkara politik yang melibatkan Jibab muthakhir ini, Jibab boleh dikatakan sedang terperangkap dengan percaturan penghuni tingkat 4 sekarang.

Kesan Jangka Pendek

Setelah najis dipalitkan kemukanya pada dua pilihanraya kecil lalu, tiba masanya tangan-tangan tingkat 4 mengubah strategi dalam menjatuhkannya sebelum naik.

Jibab sebenarnya telah mencalar dan terus-terus mencalarkan imejnya sendiri tanpa disedari. Jika dia merasakan dengan cara dia merampas negeri Perak ini bakal melonjakkan imejnya, sekali lagi dia terpedaya dengan strategi politik tingat 4.

Bersambung...

Friday, January 30, 2009

Chikungunya Virus Outbreak in Malaysia again...

This email was received back on Sept 08 and it was brings up to me again recently.

So be alert Malaysian...

Attention, everyone

We have just been alerted that Chikungunya Virus Outbreak in Malaysia, spread by mosquitoes, is quite serious. More than 2,000 people are infected down south. There are claims of unreported deaths. Consult a health-care provider or visit the nearest hospital for chikungunya fever if you showed symptoms such as fever, severe joint pains and rashes.

Four states have been hit, i.e. Johor, Malacca, N.Sembilan and Perak. The worst hit is Tangkak, Johor. Almost all elderly people (age 45 years and above) are infected with this virus. Many people who are infected seek treatment from Tangkak Hospital every day. There were times beds were full, and the hospital could not warded them. Therefore they were discharge after a half day treatment in the ward. This epidemic outbreak has persisted for more than three months.


► Below is the chronological of this outbreak.

1. The disease is spread by the foreigner workers in the plantations.

2. Then the 'bugs' are passed down to the local planters, of which, their families areinfected eventually.

3. Now people in this town (Tangkak) are infected as well as others in nearbytowns and states.


► Symptoms of Chikungunya:
1. High fever

2. Rashes

3. Chronic joints pain (which will last for > 3months)

4. Concurrent deaths


► Recommendations:

1. Increase ad hoc facilities and manpower in district hospital and clinics.

2. Bring down the population of the vector (mosquitoes)

3. Quarantine the sick people who are infected with this virus.

4. Educate the public how to prevent and contain the disease.

Dr Teo Kim Lai (among the many courageous Pahlawan Volunteer veterinarians involved in the investigation of the Nipah Virus Outbreak,1999 archived at http://www.pahlawan.com.my/voice/VECrisis1.shtml) recommends that the sick should be quarantined as the virus is transmitted to humans by the bite of infected mosquitoes. CHIK fever epidemics are sustained by human-mosquito-human transmission.

Further information can be obtained from the Health Ministry's website at http://www.moh.gov.my or call (603) 88810600/ 0700 during office hours.

FURTHER READING:

► Chikungnya Di Malaysiahttp://www.moh.gov.my/opencms/opencms/moh/chikungunya_malaysia.html

► Chikungunyahttp://en.wikipedia.org/wiki/Chikungunya

► Chikungunya - Fact Sheet by European Centre for Disease Prevention and Controlhttp://ecdc.europa.eu/en/Health_Topics/Chikungunya_Fever/facts.aspx

► Insect Bite Avoidancehttp://www.nathnac.org/pro/factsheets/iba.htm

► SAVE LIVES. Please circulate this to fellow Malaysians. Post to other groups and newsgroups outside of Facebook. We'll keep you informed of further developments at Pahlawan Volunteers discussion board at http://groups.to/pahlawan or http://www.facebook.com/group.php?gid=33559455073

With love from Pahlawan Volunteers

Negara Kita, Tanggung Jawab Kita

- From conviction to action
http://www.pahlawan.com.my

Thursday, January 29, 2009

My Kmu.net nak lawan utusan menipu, rtm dan tv3

Fitnah khalwat: Dr Halimah sedia saman My Kmu.net RM40 juta - Harakah

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali hari ini menepis dakwaan fitnah dalam forum sebuah laman web, kononnya beliau ditangkap berkhalwat di salah sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Fitnah terhadap beliau turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.

Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web My Kmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'.

Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Berikutan perkembangan itu, Dr Halimah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, petang 27 Januari lalu. [Selanjutnya]

Jais nafi buat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang - Harakah

Merujuk pada laman web www.mykmu.net (forum) bertarikh 25 Januari 2009 bersamaan hari Ahad jam 10.59 malam, dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah membuat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang (Dr Halimah Ali) adalah tidak benar sama sekali.

Pihak Jais ingin memaklumkan bahawa tiada operasi dan tindakan tangkapan seperti yang dinyata dan disebarkan pada tempat dan masa tersebut.

Pihak Jais ingin menasihatkan agar hebahan-hebahan yang berunsur sebegini tidak berulang bahkan tidak berlaku lagi demi menjaga maruah individu tertentu terutama dalam perkara yang tidak dilakukan ini.

Mohd Hidayat bin Abd.Rani
(Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Agama Islam Selangor)

AJK Umno: Saya dipaksa bogel depan pegawai SPRM - Malaysiakini

Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."

Norza sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas dengan alasan beliau sedang disiasat.

Beliau juga berkata tidak mengetahui laporan polis tersebut.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pula berkata suruhanjaya itu menyerahkan kepada polis untuk menjalan siasatan terhadap dakwaan Halimi dan enggan mengulas lanjut.

Apa nak jadi dengan jabatan-jabatan kerajaan ni? semuanya salah guna kuasa.

Pakar guna BOM C4, pakar belasah rakyat di jalanan, pakar belasah tahanan, pakar penyebab kematian...

Kejamnya dah macam KGB ngan Israel jer aku tengok... ke Israel pun tak macam korang ni?

Nauzubillah....

Lebih 10,000 hilang kerja sejak 1 Jan - Malaysiakini

Lebih 10,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak 1 Jan tahun ini, kata pengarah eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan hari ini.

Tambahnya, lebih ramai dijangka hilang pekerjaan dalam tempoh terdekat apabila semakin banyak syarikat, terutama yang bergiat dalam sektor pembuatan, menghadapi masalah untuk terus beroperasi, lapor Bernama.

Sejajar dengan itu, beliau merayu kepada kerajaan supaya menyalurkan dengan segera peruntukan melalui pakej rangsangan ekonomi kedua bagi membolehkan syarikat mengetahui dengan jelas kedudukan masing-masing.

Selanjutnya di sini...

6 ditahan menjelang mayat Kugan dipindah dari PPUM - Malaysiakini

Enam ditahan polis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjelang perarakan berkonvoi mayat A Kugan - didakwa mati dibunuh dalam jagaan polis minggu lalu - pada jam 2 petang tadi.

Ketua polis daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu Malaysiakini, dua daripada mereka ditahan jam 12.50 tengah hari ini dekat pintu masuk utama hospital itu.

Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang keempat-empat yang ditahan dan dibawa ke balai polis Brickfields.

Sementara Bernama pula memetik kenyataan ketua polis daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed yang berkata tiga daripadamereka ditahan kerana memakai baju T Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

Manakala dua lagi kerana cuba bergelut dengan anggota polis.

Selanjutnya di sini...

Dipecat selepas muncul di kempen Anwar - Malaysiakini

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".

Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu.

Selanjutnya di sini...

Monday, January 26, 2009

PPIM dan labu-labunyer....

Boikot rokok, filem Hollywood - Utusan Menipu!

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pengguna memboikot rokok keluaran Amerika Syarikat dan filem Hollywood sebagai membantah kekejaman Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas penduduk Palestin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan tersebut adalah wadah terbaik bagi menyuarakan bantahan terhadap kezaliman tersebut selain membantu pengguna menghindari tabiat kurang sihat itu.

Selanjutnya di sini

Aik! rokok dengan filem Hollywood jer ke Dr. Maamor?

Pulak tu rokok keluaran Amerika jer? keluaran israel tak payah boikot la? apa punya turr la....

habis KERAjaan Be End nak bawak Rihana datang Malaysia bikin konsert ape cerita? tak nak boikot ker?

ntah-ntah dapat tiket free tak? VVIP lagi tuh.... tu yang senyap jer.... khak ptuih!


Jangan politikkan kes Kugan - Utusan Menipu!

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta semua pihak tidak menuding jari kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam isu kematian tahanan A. Kugan pada 21 Januari lalu.

Pengarah PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, sewajarnya semua pihak bersabar dan membiarkan siasatan kes tersebut dijalankan seperti biasa sehingga selesai.

Beliau turut meminta pihak-pihak tertentu supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan tidak mempolitikkan isu itu untuk kepentingan peribadi.

Selanjutnya di sini...

Ni apa kena mengena kematian OKT dalam jagaan polis dengan PPIM?

Pelik PPIM ni.... kenapa yang beriya-riya nak sebelahkan pihak polis?

Adakah polis di kategorikan sebagai barangan pengguna juga? barangan kegunaan KERAjaan adalah!

Lebih baik kau orang stanby alasan tak nak bantah kenaikan harga gula lepas Tahun Baru Cina...

Kalau BN yang naikkan harga barangan pengguna bukan korang amik pot pun... ptuih!