Thursday, November 6, 2008

CUEPACS pertahan nasib 50,000 kakitangan kontrak - Presiden

KOTA BHARU, 6 Nov (Hrkh) - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memastikan 50,000 kakitangan yang berkhidmat secara kontrak di jabatan kerajaan tidak diberhentikan secara sewenang-wenang.

Presidennya, Omar Osman berkata, bagi mencapai tujuan itu tindakan proaktif akan diambil bagi memastikan setiap kakitangan terbabit terus dibela.

"Pendirian CUEPACS dalam perkara ini adalah jelas kerana kami yakin kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan mereka.

"Seramai 50,000 kakitangan kontrak di Malaysia sekarang di mana perkhidmatan mereka disambungkan dari setahun ke setahun," katanya pada persidangan media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Baca selanjutnya di sini...

Ni yang tak faham ni... kenapa ada risiko nak berhentikan 50,000 kakitangan awam berstatus kontrak ni? bukan ke Mat Monggol cakap Malaysia tak kena tempias kegawatan ekonomi US, bukan ke Mat Monggol kate US tu bodoh tak pandai urus ekonomi, yang pandai urus dia ajer...urus beli Sukhoi, beli Scorpene skang nek beli Cougar plak...semua dia yang urus aper...

Rasanya sebodoh-bodoh US urus ekonomi pon... tak dengarpon ade yang nak kena berenti kerja... ini yang kununnya tak terjejas dah nak berentikan sampai 50,000 orang... ape kegajahnyer ni?

No comments: