Saturday, November 22, 2008
Friday, November 21, 2008
Kenyataan Ketua Nenek Kebayan UMNO...
Memandang bahawa Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Dato Sri Shahrizat telah membuat kenyatan akhbar untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, maka saya dengan ini:1) Akan mempertahankan jawatan Ketua yang saya sandang sekarang, dan InsyaAllah, akan bertanding untuk jawatan tersebut untuk tempoh 2009-2011.
- Kalau kau tak "JALAN" dulu ler...
2) Saya menghargai dan menghormati pencalonan yang telah saya terima dari 117 bahagian itu.
- Walaupun lepas ni mungkin mereka akan sokong Sahrizat...
3) Saya memulangkan kepada para perwakilan yang mewakili akar umbi, untuk menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk tempoh 2009-2011 itu.
Saya kecewa kerana pelan peralihantelah dipertikai, dan ditolak, lebih 3 bulan selepas saya mengumumkannya pada bulan Ogos (4 haribulan) 2008.
- Apa salah saya? apa kekurangan saya? mungkinkah sebab saya bukan keturunan khutty?
Semenjak tarikh itu tidak siapa dalam Exco, atau di luar, yang telah mempertikaikannya.
- Kau yang syok sendiri... orang kau dah lama nak flying kick dari belakang...
Bahkan Dato Sri Shahrizat sendiri, sama ada antara 4 mata, dalam Exco, dan dalam sidang media, telah berkali-kali menegaskan:
a) Beliau tidak akan bertanding jawatan ketua walaupun dicalonkan.
- Sebab kang kau kena serangan jantung pulak...
b) Beliau patuh kepada pelan peralihan.
- Sepatuhnya dia pada Islam Hadari
c) Beliau patuh kepada nasihat pemimpin-pemimpin besar parti.
- Seperti Madey Khan dan Najibab Mat Monggol
d) Bahkan beliau telah menyatakan bahawa "kata akan dikota" dan "my word is my honour". (Semuanya telah disiarkan dalam media).
- bukan kata akan dikota... kata akan diauta....
- "my word is my honour" - That is honour by all it means in UMNO...
Wednesday, November 19, 2008
Angkasawan akui terima sumbangan, nafi minta bayaran
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh) - Angkasawan pertama, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengaku menerima sumbangan apabila beliau memberikan ceramah namun menafikan meminta bayaran bagi sesi berkenaan.
"Saya telah berjumpa dengan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadilah Yusof dan memberikan penjelasan terperinci. Dan beliau berpuas hati dengan penjelasan saya.
"Dan saya harap kami dapat menyelesaikan insiden malang ini kerana kesan negatifnya akan menjejaskan kewibawaan saya untuk terus memberikan ceramah di seluruh negara," katanya yang dipetik daripada agensi berita ketika ditemui Ahad lalu dan memberitahu beliau biasanya memberi ceramah di sekolah-sekolah secara percuma.
Sebelum ini, Menterinya, Dato' Dr. Maximus Ongkili dipetik sebagai berkata jika terbukti dakwaan itu benar, angkasawan terbabit akan dikenakan penalti jika melanggari kontrak dengan Mosti.
Oh....terima tapi tak mintak... kah..kah...kah... dia ni pergi angkasa belajar melawak ke? Pernah tak dia kena tahan dengan polis trafik pasal bawak laju ke? bawak keta sambil pakai handphone ker? manede polis tu mintak duit? abis-abis dia cakap "macamana ni? saya kena saman awak ni...." mendelah kau ni....

Tuesday, November 18, 2008
Kemas yang perlu diperkemaskan...
YB Zuraidah telah membawa isu kemas ke Parlimen, lantas dituduh memperlekehkan guru Kemas yang memang sedia lekeh. Cuba kalau yang disentuh ialah guru PASTI atau TASKIS tentu takde sapa yang nak melatah...
Radio Tv Menipu mulalah interbiu cekgu-cekgi kemas nak bagi diorang lagi panas. Hakikatnya memang tidak dapat disanggah lagi, sememangnya cekgu-cekgi kemas ini hanya berkelulusan SPM sahaja. Itu belum lagi di semak keputusan SPM diorang, siapa yang ada keputusan cemerlang SPM nak jadi cekgu Kemas?
Menyentuh pula pengisian atau kaedah pembelajaran Kemas, cukup sekadar belajar menghafaz doa makan, masuk keluar tandas dan kemudian menyanyi lagu rakyat. Makanannya pula nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng untuk sarapan pagi dan biskut serta roti bercicah air teh o sebelum tamat kelas...sungguh menyedihkan...
Mengapa nasib Kemas jadi begini? kerana kalau ditanya ahli-ahli Parlimen siapa yang menghantar anak atau cucu mereka ke Kemas? jawapannya mungkin tiada...
Sebenarnya arah tuju Kemas ni bergantung pada kerajaan negeri sendiri terutamanya kerajaan negeri BN. Mengambil contoh kerajaan negeri Terengganu yang menggunakan silibus QDees dalam pembelajaran, Kerajaan negeri Terengganu di era Idris Jusuh telah memperuntukkan sejumlah wang untuk menggunakan silibus QDees bagi Kemas mereka.
Diharap kerajaan PR di 5 buah negeri akan mengambil pendekatan serupa atau mungkin lebih baik lagi dari apa yang dilakukan kerajaan negeri Terengganu, PASTI boleh dijadikan platform untuk menyediakan sebuah system pra-sekolah yang menggunakan sistem smart learning terkini disamping menekankan aspek keagamaan serta kerohanian yang tinggi.
Semoga kesedaran politik dewasa ini mampu melahirkan rakyat Malaysia yang lebih cemerlang untuk masa hadapan, semoga tiada lagi pemimpin-pemimpin negara mewarisi kepimpinan dangkal kerajaan BN pada masa hadapan...

Media UMNO : MB Perak Boneka
Habis dicanangkan satu Malaya yang MB Perak ni Boneka, berkali-kali diulang tayang perbahasan di DUN Perak baik kat berita perdana mahupun warta berjam-jam.
Kesnya ialah setiap kali pembangkang negeri Perak menyoal MB Perak, ahli Exco yang bangun menjawab. Komen dari RAZ "MB Perak seolah-olah perlukan tongkat untuk berjalan sedangkan kenyataannya tidak".
Apa yang dikehendaki pembangkang Perak ialah MB sendiri menjawab pertanyaan mereka, mungkin mahu menguji samada MB "aware" dengan apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Perak.
Aku sentiasa positif pada kerajaan-kerajaan PR pada hari ini, isu yang berlaku jika diterjemahkan secara positifnya ialah para Exco merasakan bukan standard seorang MB dari PR untuk menjawab soalan-solan sedemikian rupa.
Tapi kalau bandingkan dengan apa yang berlaku kat parlimen, kira pembangkang Perak masih lagi bertuah ada yang nak bagi mencelah dan ada yang nak jawab. Jibab masa merapu buat pembentangan bajet sendiri sambil menggulung bajet Dollah kat parlimen langsung tak bagi pembangkang mencelah...
Lagi pula siapalah RAZ hatta Tajol Rosli sekalipun untuk mempersoalkan MB Nizar? Orang tu ade Ir., awak ade ape? kah..kah....kah....

Protes Bogel : Aku cabar Presiden Reformis! Bogel la kalau berani!
Nampaknya Reformis telah mengugut Tan Sri Khalid, kununnya tidak berpuas hati dengan kadar sewa PPR dan beberapa tindak -tanduk YAB Menteri Besar yang didakwa tidak menguntungkan rakyat.
Sebelum pergi jauh, aku nak cabar presiden Reformis supaya benar-benar mengadakan tunjuk perasaan dengan berbogel. Ini akan menunjukkan bahawa Negeri Selangor telah memiliki satu lagi elemen kemajuan, seperti di ketahui protes sambil berbogel sering diadakan di Negara-Negara Maju seperti US, Britain dan Perancis.
Presiden Reformis ini tidak bersetuju dengan tindakan MB menaikkan kadar sewa PPR dari RM 124 kepada RM 250 sebulan, tidak cukup dengan itu mangkok ini mendakwa banyak keputusan MB tidak menguntungkan rakyat.
Aku nak tanya Mangkok presiden Reformis ni, apa maksud dia dengan rakyat? Rakyat tu dia maksudkan penduduk asal Selangor ker? penduduk bermastautin di Selangor ke? penduduk miskin Selangor ker? atau apa?
Sebab kalau sebut pasal PPR ni, adakah semua yang mendiami PPR ni penduduk asal Selangor? adakah semuanya tidak berkemampuan? Cuba kita survey PPR di Selangor ni, berapa lama dah mereka mendiami PPR tersebut? sampai dah beranak cucu pun ada.
Cuba tengok kereta-kereta kat Parking Lot lepas tu tanya diri sendiri, orang tak berkemampuan boleh pakai kereta macam ni ker? Kalau di Selangor ni, rumah setinggan pun ada pakai kereta Perdana V6 dan Honda.
Ini tak masuk lagi kes PPR yang disewakan kepada pihak ke-3, lebih-lebih lagi pendatang asing.
Sedap-sedap jer makan untung atas angin...
Kenapa jadi camni? pasal majoriti diorang bukan penduduk asal selangor, semuanya datang merantau. Bukan tak mampu nak beli rumah tapi buat rumah besar kat kampung, setakat duduk PPR 15 - 20 tahun ape ada hal? rumah setinggan pun orang merantau boleh duduk inikan pulak PPR. Kereta besar mesti ade pasal nak balik tunjuk kat orang kampung, duduk rumah ape kat sini bukan orang kampung tahu...
Sememangnya polisi MB selangor nampak menjurus kepada menjaga kepentingan penduduk asal Selangor, aku sebagai anak jati Negeri Selangor memang menyokong usaha MB ini.
Kebelakangan kerap terdengar rungutan penduduk Selangor, kununnya kerajaan PR tidak seperti yang dijanjikan sebelum PRU-12. Mereka yang merungut ni adalah lalang atau pengundi atas pagar, bilamana kehendak atau kepentingan sendiri bertentangan dengan polisi kerajaan PR mulalah menyalak...
Mana tidaknya, antara rungutan yang aku dengar ialah tentang benda-benda yang memang dah jadi peraturan sejak zaman kerajaan BN lagi. Sebagai contoh ade yang merungut pasal kena buat pelan sebelum naikkan rumah, memang le kena buat pelan. Esok kalau rumah kau roboh atau terbakar dah menyusahkan orang lain, cuba tengok rumah arwahnya Abg. Zack tak buat pelan kena denda pastu kena kosongkan sebab amik tanah kerajaan negeri.
Benda-benda cam air percuma 20 liter, gaji Guru Kafa, paras kemiskinan dinaikkan dan banyak benda lain lagi tak perlu nak amik kira? Ni jalan Sg. Buloh dengan Lapangan Terbang Subang, bertahun-tahun tak siap sekarang hari-hari boleh nampak orang kerja dah boleh kata 60% siap.
Kalau nak harapkan MB tu puaskan hati semua orang kat selangor ni, botak kepala orang tua tu macam kepala Syed Botak.
Last sekali, aku cabar Presiden Reformis supaya berbogel. Kalau kau tak buat nampak sangat lah ANU ko kecik, kalau ko memang betul-betul berbogel lagilah konpom orang nampak ANU ko kecik... So sebelum ko bogel pastikan ko beli PAM dari Dr. Ismail Thambi...kah...kah..kah...

Perasmian Markaz Pas Sek U5, Shah Alam
Satu Ceramah Perdana telah berlansung pada 16 Nov 2008 di Padang Subang Bestari bersempena perasmian Markaz PAS Sek U5, Shah Alam. Tetamu kehormat terdiri daripada Dato' Dr. Hassan Ali, Tuan Hj. Mohammad Sabu dan TG Presiden Pas, YAB Hj. Abdul Hadi Awang.
Terdapat deretan gerai jualan yang tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam memeriahkan majlis ini. Orang ramai mula memenuhi kawasan ceramah selepas solat Isyak.
Ceramah Perdana tersebut dimulakan dengan ucapan daripada Dato' Dr. Hassan Ali, diikuti dengan Tuan Hj. Mohammad Sabu dan ceramah serta perasmian oleh TG Presiden Pas, Hj. Abdul Hadi Awang.
Ceramah ini telah dihadiri oleh ribuan rakyat yang menyokong perjuangan PR dan mahukan perubahan parti pemerintah. Agenda yang dijadualkan seawal jam 2 petang terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat. Alhamdullillah hujan beransur reda menjelang petang dan ceramah serta perasmian dapat dijalankan mengikut jadual meskipun berlangsung di atas padang yang becak.
Ribuan hadirin terus setia mendengar ceramah dari TG Presiden yang selesai kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Subscribe to:
Comments (Atom)