Thursday, November 6, 2008

Menteri Dalam Negeri pun Kaki Tidur rupanya...

Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar menafikan balai polis Lorong Haji Taib ditutup kerana anggotanya takut kepada penjenayah di kawasan tersebut.

Sebaliknya, katanya, balai polis tersebut ditutup kerana premisnya telah diambil pemiliknya iaitu RHB untuk dijadikan kawasan perdagangan.

"Kalau kata begitu (takut kepada penjenayah) ia seolah-olah polis takut kepada penjenayah, sedangkan tugas polis tangkap penjenayah," katanya kepada wartawan selepas melawat balai polis Lorong Raja Bot di Chow Kit hari ini.

Syed Hamid berkata beliau juga memberi jawapan yang sama ketika menjawab soalan ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'lo' Ghazali di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam jawabannya kepada ahli Parlimen Titiwangsa itu, Syed Hamid dilaporkan berkata, balai polis Lorong Haji Taib ditutup demi keselamatan anggotanya kerana kawasan itu banyak kegiatatan jenayah.

"Saya mengakui telah memberi kesilapan fakta ketika menjawab soalan itu kerana ia ditutup disebabkan premis itu telah diambil balik oleh pemiliknya," katanya. Walaupun balai polis itu ditutup, tetapi Syed Hamid berkata, masih terdapat balai polis Lorong Raja Bot di kawasan Chow Kit.

Lawak...lawak... kalau risaukan keselamatan anggota Polis kerana kawasan itu banyak jenayah, cam biasa la botak... ISA kan lah semua anggota Polis yang bertugas kat situ... Demi menjaga keselamatan diorang...kah...kah...kah...

Botak...botak...harapkan kepala jer botak....tapi hampeh kosong!

No comments: