Saturday, October 11, 2008

Dato' Shah Rukh Khan




Hmmm... Shah Rukh Khan akan dikurniakan pangkat Dato' oleh Khalil Yaakob, kononnya atas sumbangannya di dalam bidang seni... ptuih!

Khabarnya istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato' itu tidak akan dihadiri oleh SRK tetapi dia akan menghantar wakilnya...

Apa sumbangan Shah Rukh Khan pada kemajuan dunia seni Malaysia? sumbangan SRK tak lebih dari melalaikan tak kira kanak-kanak, remaja, ibubapa dan orang tua seperti Khalil Yaakob sendiri. Mungkin kerana terlalu meminati cerita hindustan maka Khalil menganugerahkan gelaran tersebut...

Kalau negara luar, mereka lebih memberikan pengiktirafan buat mereka yang punya sumbangan luar biasa dan memberi manfaat secara global bukannya seperti sumbangan SRK. Tak terduga dalam usia tua Khalil Yaakob yang sepatutnya bersila beralaskan sejadah dan berteman kitabullah dan hadis, dia memilih berdamping dengan hiburan. Mengapa tidak diberi gelaran ini kepada Yusuf al-Qaradawi? atau lain2 ilmuan islam? mengapa bintang seni yang tiada memberi manfaat ini juga yang dipilih Khalil Yaakob?

Mungkin juga kerana Bik Mama teringin nak peluk SRK pulak, dulu dah peluk Saif Ali Khan. Khalilkan orang Pahang kroni Jibab juga, Bik Mama arahkan Khalil supaya bagi gelaran itu kat SRK dengan harapan dapatlah peluk SRK masa dia datang ke Malaysia untuk terima anugerah tersebut. Malang sekali buat Bik Mama sebab SRK tak datang, mungkin Saif dah pesan kat SRK untuk berhati -hati kalau datang Malaysia sebab nanti akan dipeluk si Bik Mama yang gemok pendek dan kalau menolak jawabnya berkecailah daging dan tulang-belulang dek penangan C4....