Friday, November 7, 2008

Bastard: Tindakan tegas untuk Tajuddin


Pakatan Rakyat mendesak tindakan tegas diambil terhadap ahli parlimen BN Datuk Tajuddin Abdul Rahman kerana menggunakan perkataan biadap dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin.

"Untuk menjaga kemulian dan maruah parlimen, ahli-ahli parlimen DAP dan Pakatan akan mendesak tindakan paling keras diambil terhadap Tajuddin bagi perilaku kasarnya apabila menuturkan perkataan bastard (anak haram) dan bloody bastard di Parlimen terhadap seorang ahli parlimen lain."

"Perkataan sebegitu tidak patut didengar sekali lagi dalam dewan Parlimen Malaysia," kata ahli parlimen popular DAP Lim Kit Siang.

Kelmarin, Tajuddin menyerang seorang wakil DAP M Kulasegaran denga kata-kata kesat itu selepas wakil Ipoh Barat mendakwa penduduk India di kawasan pemimpin Umno itu membencinya.

Setelah ditegur yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, beliau menarik balik kata-kata itu.

Baca selanjutnya di sini...

Mangkok Tajudin ni memang patut kena gantung Parlimen, yang dipertua yang memang tua ni tak perasan ke si Tajudin ni dah langgar 2 peraturan;

1. Menggunakan perkataan biadap di dalam Parlimen.
2. Menggunakan perkataan biadap dalam English tanpa meminta izin yang dipertua, sepatutnya Tajudin berkata begini "Dengan izin yang dipertua, Ipoh Barat Bustard...yea...yea... dengan izin sekali lagi, Ipoh Barat Bloody Bustard..yea...yea..."

Mangkok Tajudin ni peliklah, dalam UMNO poyo-poyo nak memperjuangkan ketuanan Melayu dan Bahasa Melayu kenapa dia mencarut dalam English? lagi bagus keMelayuan UMNO Ganu yang maki Institusi di Raja pakai loghat tempatan "NATANG" ..... huhuhu.....
p/s : Tak pandai plak nak eja mencarut dalam english ni...bustard ke bastard? tanya Khairy Jack Daniel's la...dia kan mamat oxford...hahhahaa

No comments: