Thursday, December 4, 2008

Mohamad Sabu pilihan Nik Aziz di KT

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suka sekiranya PAS memilih tokoh kanannya Mohamad Sabu sebagai calon parti itu untuk bersaing dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Beliau, yang juga mursyidul am PAS, berkata Mohamad seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Nik Aziz berkata naib presiden PAS itu petah berkata-kata sewaktu berceramah sehingga beliau sendiri tidak mampu lakukan seperti Mohamad.

Mohamad tewas tipis dengan 628 undi di tangan Datuk Razali Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas.

Jentera pilihanraya

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan mengetuai jentera pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Beliau akan dibantu oleh pengarah pilihanraya nasional PAS, Datuk Mustafa Ali yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu.

Pada kebiasaannya, Mustafa sepatutnya menerajui jentera tersebut, pertukaran itu telah mencetuskan spekulasi yang beliau mungkin antara calon PAS untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Antara nama yang disebut ialah calon PAS dalam pilihanraya umum Mac lalu, Mohamad Sabu, bekas MP Kuala Terengganu, Syed Azman syed Ahmad Nawawi dan timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu, Wan Mutalib Embong.

Baca seterusnya di sini...

No comments: