Seramai 4,739 individu telah menandatangani petisyen pengaduan berkenaan Ketua Polis Selangor, petisyen tersebut akan akan dipanjangkan ke pengetahuan DYMM Sultan Selangor.
To: His Royal Highness the Sultan of Selangor
Nota Penjelasan : Petisyen yang dipamirkan di sini telah disediakan tanpa menyertai bahasa halus yang sewajarnya untuk penyampaian rayuan rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan. Ini akan dilakukan oleh pakar tertentu untuk salinan petisyen yang akan disampaikan kepada Tuanku Sultan kelak.
Memandangkan negeri Selangor sering dilawati oleh warganegara Malaysia daripada negeri-negeri lain, maka petisyen ini adalah terbuka untuk disokong oleh semua warganegara Malaysia dan bukan terhad hanya kepada penduduk negeri Selangor.
Jika anda bersetuju untuk menyokong petisyen ini, anda dikehendaki menghantar nama dan nombor kad pengenalan anda. Nama-nama yang tidak diiringi dengan nombor kad pengenalan, atau diiringi dengan nombor kad pengenalan yang tidak tepat, akan dibatalkan.
Nama-nama individu yang menyokong petisyen ini tidak akan dipaparkan. Penduduk negeri Selangor yang berhasrat untuk menandatangani petisyen ini sebagai tanda sokongannya adalah diminta menyertai perkataan (Selangor) selepas nama anda.
Petisyen ini disampaikan di sini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris .
Ingin menandatangani petisyen ini? sila klik di sini...

No comments:
Post a Comment