Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ketika dihubungi pula berkata, kematian Razali merupakan satu kehilangan besar kepada kementeriannya.
"Terlalu sedih...Ia satu kehilangan besar," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Hishammuddin berkata beliau sedang menguruskan jenazah Allahyarham di tempat kejadian.
Aku tak berapa kenal sangat (cerita-cerita belakang tabir) dengan arwah tapi bagi aku dia antara Timbalan Menteri yang bagus. Banyak kali cuci mangkuk Sham Keris, selalunya dia saje yang kena jawab di Parlimen pasal Sham Keris asyik ponteng jer...
Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Nya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...

No comments:
Post a Comment