Thursday, December 4, 2008

CAR: MB S'gor jawab Khir Toyo

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah menyelesaikan semua rundingan dan menyediakan semua kemudahan untuk menjayakan projek bekalan elektrik Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang, kata menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi kenyataannya bahawa kerajaannya tidak boleh dipersalahkan atas beberapa siri bantahan penduduk terlibat di Kampung Sungai Terentang.

"Adalah tidak wajar kerajaan negeri disalahkan sedangkan perkara ini boleh diselesaikan lebih awal lagi jika kerajaan terdahulu (BN) mempunyai pentadbiran yang efisien dan profesional," katanya, menjawab kritikan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo semalam.

Dalam kenyataannya, Abdul Khalid menjelaskan Selangor telah menwartakan pengambilan tanah untuk projek terbabit bawah Seksyen 4 akta terbabit.

"Tambahan pula, keputusan mahkamah mengenai permohonan TNB untuk memasuki tanah yang terlibat juga sudah diputuskan," katanya.

"Dan sekarang TNB dan kerajaan pusat hanya perlu membuat rundingan dengan penduduk kampung bagi meneruskan projek terbabit. "

Tambanya, selepas enam pertemuan dengan kumpulan penduduk terbabit, kerajaan Selangor mengambil dua keputusan: menanam kabel bawah tanah agar penduduk tidak perlu berpindah, dan menggunakan jaluran alternatif yang tidak melibatkan kawasan penduduk.

Abdul Khalid menyeru TNB dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengambil inisiatif untuk berjumpa sendiri dengan penduduk supaya "projek ini boleh berjalan dengan cara yang terbaik."

Baca selanjutnya di sini...

Rileks Tan Sri... biasa le kerja Toyol memang mengacau... dia pun bukan ade kerja sangat skang ni... nak jadi ketua PEMUDA memang tipis nampaknya... terpaksa la menyalak sana-sini...

Sekarang pun projek terbaru si Toyol khabarnya merekrut skuad berani bogel... hahahhaaaa.... duit punya pasal...apapun orang sanggup buat....hahahhahaaaaa

No comments: