Tuesday, November 18, 2008

Kemas yang perlu diperkemaskan...

YB Zuraidah telah membawa isu kemas ke Parlimen, lantas dituduh memperlekehkan guru Kemas yang memang sedia lekeh. Cuba kalau yang disentuh ialah guru PASTI atau TASKIS tentu takde sapa yang nak melatah...

Radio Tv Menipu mulalah interbiu cekgu-cekgi kemas nak bagi diorang lagi panas. Hakikatnya memang tidak dapat disanggah lagi, sememangnya cekgu-cekgi kemas ini hanya berkelulusan SPM sahaja. Itu belum lagi di semak keputusan SPM diorang, siapa yang ada keputusan cemerlang SPM nak jadi cekgu Kemas?

Menyentuh pula pengisian atau kaedah pembelajaran Kemas, cukup sekadar belajar menghafaz doa makan, masuk keluar tandas dan kemudian menyanyi lagu rakyat. Makanannya pula nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng untuk sarapan pagi dan biskut serta roti bercicah air teh o sebelum tamat kelas...sungguh menyedihkan...

Mengapa nasib Kemas jadi begini? kerana kalau ditanya ahli-ahli Parlimen siapa yang menghantar anak atau cucu mereka ke Kemas? jawapannya mungkin tiada...

Sebenarnya arah tuju Kemas ni bergantung pada kerajaan negeri sendiri terutamanya kerajaan negeri BN. Mengambil contoh kerajaan negeri Terengganu yang menggunakan silibus QDees dalam pembelajaran, Kerajaan negeri Terengganu di era Idris Jusuh telah memperuntukkan sejumlah wang untuk menggunakan silibus QDees bagi Kemas mereka.

Diharap kerajaan PR di 5 buah negeri akan mengambil pendekatan serupa atau mungkin lebih baik lagi dari apa yang dilakukan kerajaan negeri Terengganu, PASTI boleh dijadikan platform untuk menyediakan sebuah system pra-sekolah yang menggunakan sistem smart learning terkini disamping menekankan aspek keagamaan serta kerohanian yang tinggi.

Semoga kesedaran politik dewasa ini mampu melahirkan rakyat Malaysia yang lebih cemerlang untuk masa hadapan, semoga tiada lagi pemimpin-pemimpin negara mewarisi kepimpinan dangkal kerajaan BN pada masa hadapan...

No comments: