Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sekali lagi menjadi perhatian apabila setengah dozen pegawainya meletakkan jawatan – terakhir Isnin lalu – dengan alasan tidak sehaluan dan tidak boleh bekerjasama dengan wakil rakyat PKR itu.
Keenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.
Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.
Seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, malah meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohammad Fairus menangkis tuduhan-tuduhan terhadap beliau serta mendakwa tiada masalah dengan pasukan pentadbiran negeri.
Wakil rakyat Penanti menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.
Sumber : Malaysiakini
Memang tak tahu la nak cakap ape pasal si Fairuz ni... terus-terang cakap ko memang nampak lembab dan lembik la Fairuz... cekap tak cekap mentadbir aku tak tau...
Masalah kecik macam gaji pemain bolasepak P.Pinang pun ko kantoi... belum lagi hal-hal besar melibatkan nasib penduduk melayu P.Pinang...
Macam biasa hanya 2 option sahaja untuk situasi macam ni, ko buat perubahan positif cepat atau kerusi Timb. Ketua Menteri P.Pinang yang akan berubah penyandangnya... Fikir-fikirkan lah...
Thursday, December 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment