Al kisahnya pada June 2008 minyak telah dinaikkan sebanyak 41%, setelah mendapat tidur yang berlebihan si
Penaik
Minyak mendapat ilham untuk
memberi rebet kepada rakyat kononnya sebagai langkah
mengurangkan bebanan rakyat. Bila si bebal mengurus ekonomi...
Adapun rebet itu dapatlah dituntut setelah memperbaharui cukai jalan di
Pos Malaysia milik
si Anak Hantu.sesungguhnya rebet tersebut tiadalah mengurangi ia akan beban si rakyat jelata, malah tambahan terhimpit rakyat jelata akan
kenaikan harga barang keperluan terutama
makanan. Bila si bebal mengurus ekonomi...
Maka mengkajilah penulis akan kenaikan-kenaikan lain bersangkutan minyak, antara mengikut naik ialah si
kadar inflasi negara. Seperti termaktubnya oleh Bank Negara si kadar inflasi hanya diparas
2.5% bagi tahun
2007, menaiklah ia setinggi
7.7% pada
jun 2008 dan
terkini pula khabarnya mencecah
8.5%. Bila si bebal mengurus ekonomi...
Sepurnama ini menyaksikan penyusutan
harga minyak dunia, dari
USD 140 kepada sekitar
USD 125 setong. Maka dengan bangganya si
Penaik Minyak mengumumkan harga baru petrol yang diturunkan hanya 5.6%, dicananglah ia disetiap peti tv dan surat khabar pengampu kerajaan si
Penaik
Minyak. Bila si bebal mengurus ekonomi...
Kenaikannya setinggi
41% dan
penurunan pula hanya sedikit iaitu
5.6%, memang telah diduga kedunguan
Penaik
Minyak yang menggunakan jalan singkat dalam mengatasi masalah ini. Sekiranya harga minyak global turun dibawah USD 100 sekalipun adalah mustahil harga minyak diturunkan lagi memandangkan rebet telah diberi kepada rakyat dan
anak hantu Penaik
Minyak masih mahukan komisen dari rebet tersebut. Bila si bebal mengurus ekonomi...
Kesimpulannya minyak takkan turun sebanyak mana,
inflasi akan
meningkat atau
kekal pada kadar 8.5%,
anak hantu akan semakin
kaya dan
rakyat semakin merana...Bila si bebal mengurus ekonomi...