Buat sekian kalinya DUN Perak menjadi perhatian umum, kali ini disajikan pula dengan adegan dan jalan cerita yang tak tercapai dek akal.
Dari peristiwa lompat-melompat membawa kepada persidangan bawah pokok memungkinkan kejadian mengheret speaker keluar dewan sebagai klimaksnya?
Hanya kerana inginkan kuasa maka segala peraturan diputar-belit dan undang-undang dirimbakan asal sahaja menyebelahi pihak yang mentafsirkannya.
Perebutan kuasa ini telah terlalu jauh membelakangi demokrasi dan melangkaui pula ketamadunan manusia itu sendiri.
Paling perlu diambilkan iktibar oleh DSAI dan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menghadapi sebarang kemungkinan di DUN Selangor.
Renungkan kembali jika tidak sewenangnya nasib rakyat diperjudikan ditangan si POSMEN BERSARA itu mana mungkin perlu digerakkan rakyat marhaen ke jalanan menuntut keadilan.
Akibat mudah bergantung dan mempercayai kata orang, jauhari tidak lagi kenalkan manikam.
POSMEN BERSARA DAN TAUKEH BUNDLE diangkat darjatnya menyertai barisan EXCO, keliru benarkah membezakan mana intan dan juga kaca?
Siapa durian siapa mentimun? tunggu digelek durian baru sedarkan diri?
Usah disalakkan bukit yang tinggi, nescaya runtuh takkan sekali dan yang tak dapat dikejar jangan, yang dikendung kelak keciciran...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment