Pertukaran perutpolio antara Najib dan Dollah Badawi baru-baru ini meninggalkan seribu-satu persoalan dan andaian. Najib Jadi menteri kewangan dan Dollah jadi menteri pertahanan...
Pertama-tamanya ialah isu bajet yang telah dibentangkan Dollah sebelum ini, terang-terangan Dollah menunjukkan sikap acuh tak acuhnya dalam menangani ekonomi negara yang semakin lembab.
Alasan ianya sebagai langkah awal kepada peralihan kuasa adalah gula-gula kepada akar umbi UMNO yang mahukan Dollah segera berundur. Dollah mahukan rancangan peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini berjalan lancar agar Dollah ada sedikit masa untuk memperbaiki imej dan prestasinya yang sedia busuk sekarang.
Namun gula-gula ini dilihat terlalu manis buat Najib, tidak perlu lagi pergantungan kepada komisyen urusniaga alatan dan kemudahan pertahanan negara seperti Jet pejuang, kapal selam dan tender PLKN.
Manis juga gula-gula ini buat Dollah kerana dengan mudah akan mengkambing hitamkan Najib andaikata ekonomi negara terus-terusan lembab dan bajet tambahan diperlukan untuk menyuntik ekonomi negara kelak.
Namun apa yang menjadi kerisauan ialah perutpolio baru Dollah iaitu menteri pertahanan. Umum telah melihat prestasi Dollah yang memacu kelembapan ekonomi negara dalam ketiduran sambil dibuai mimpi indah.
Terjaminkah keselamatan negara dengan menteri pertahanannya seorang kaki tidur? ngeri juga membayangkan jika menteri pertahanan akan hanya sedar negara sedang dalam peperangan apabila musuh telah mara dan mengebom Putrajaya...

No comments:
Post a Comment