Saturday, July 5, 2008

Perhimpunan berpindah ke Stadium Kelana Jaya

Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Muka PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut Shamsul, perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Difahamkan mesyuarat tersebut diadakan di rumah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.

Stadium Kelana Jaya boleh memuatkan 50,000 tempat duduk. Manakala padangnya pula boleh memuatkan jumlah hadirin yang sama.

Penyelaras Protes Dr. Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tempat itu tetapi belum mahu menjelaskan butiran lanjut perkara itu.

-Malaysiakini.com-

Wednesday, July 2, 2008

DSAI di Stadium Malawati

Semalam DSAI menemui lautan rakyat marhaen yang mendokong keadilan. Kesibukan kerja memaksa penulis melupakan niat untuk sama-sama mendengar penjelasan DSAI berhubung konspirasi terbaru terhadap beliau.

Petang tersebut penulis menerima panggilan telefon daripada isteri meminta keizinan untuk pergi menghadiri ceramah penerangan DSAI bertemankan anak kami yang berusia 3 tahun, turut bersama ialah keluarga abang ipar.

Agak memeranjatkan bilamana mendapat perkhabaran dari Stadium Malawati S. Alam, berduyun-duyun batang tubuh menghadirkan diri biarpun perancangan dibuat dalam jangka masa singkat dan pada hari bekerja.

Jauh berbeza suasana ketika belajar dahulu, betapa terpaksanya kami menghadirkan diri di stadium yang sama memeriahkan acara yang membabitkan Mantan perdana menteri ke-4; jika engkar, bolehlah mula mencari rumah sewa semester hadapan kerana tidak dapat duduk di Kolej(asrama) lagi.

Anak dan isteri selamat pulang hampir jam 12. Penulis tersenyum mendengar keletah anak yang baru sahaja berusia 3 tahun cuba bercerita tentang ceramah yang dihadiri sambil bibirnya tak lekang mengungkap "toksrinua", rupanya dia cuba menyebut DATUK SERI ANUAR.

Terpikir juga, kes Antaltuya yang dikaitkan dengan menteri BN mudah benar untuk rakyat mempercayainya akan tetapi mengapa tuduhun liwat ini ditolak mentah-mentah oleh rakyat. Jawapannya ialah keperibadian; membandingkan keperibadian Menteri BN dengan DSAI seumpama membandingkan langit dan bumi...

Sunday, June 29, 2008

Lagi-lagi liwat...


"Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar."

-
MalaysiaKini-

Seolah-olah ketandusan idea, musuh-musuh politik DSAI masih menggunakan senjata yang sama untuk membunuh karier politik beliau. Terkadang tertanya mengapa isu liwat cuba disinonimkan dengan DSAI, apa relevannya? Jika isu rasuah atau meletupkan orang dengan bahan letupan dikaitkan dengan DSAI mungkin akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam berbanding liwat.

Adakah peristiwa 1998 akan berulang kembali? penulis mengimbau kembali lewat 1998 di mana penulis ketika itu masih menuntut di UiTM. Ketika itu tiada media alternatif seperti blog, sungguhpun begitu berita pemecatan DSAI begitu cepat tersebar; boleh dikatakan sebaik draf surat pemecatan DSAI dirangka umum telahpun mengetahuinya.

Suasana negara ketika itu sememangnya boleh dikatakan kritikal, sekatan jalan dan operasi penangkapan DSAI berlaku di sana-sini dan di kampus UiTM sendiri bahangnya terasa. Akhirnya Malaysia menyaksikan seorang bakal perdana menteri merengkok di dalam penjara dengan matanya yang lebam beserta 'Arsenik'.

Terlalu sukar bangatkah bagi musuh politik DSAI untuk memahami yang tersurat dan tersirat disebalik keputusan PRU ke-12 lalu? Tidak terfikirkah mereka mengapa golongan belia yang senantiasa dikaitkan dengan hiburan duniawi bangkit memberikan keputusan sebaliknya? Terlalu dangkalkah musuh politik DSAI untuk memahami keputusan PRU ke-12 lalu hanya bertunjangkan satu faktor sahaja iaitu DSAI, betapa golongan belia ini memangkah PKR, PAS hatta DAP sekalipun hanyalah untuk mengembalikan kepada yang hak.

Tidakkah mereka sedar golongan belia pada hari adalah anak-anak muda yang telah meredhakan DSAI sebagai perdana menteri Malaysia ke-5 dan anak-anak muda ini telah menyaksikan idola mereka dijatuhkan dengan maha aib. Malaysia bertuah memiliki darah muda yang tidak mengambil jalan singkat dalam memberikan respon isu liwat tersebut sebaliknya menunggu dan terus menunggu sebelum menterjemahkannya dalam PRU ke-12.

Sedarlah wahai musuh-musuh DSAI di luar sana, penantian hampir sedekat telah diisi dengan azam dan iltizam beserta tekad; mengembalikan hak kepada yang berhak!

Monday, June 16, 2008

Peralihan kuasa...

Isu ini bukanlah begitu asing buat Politik Malaysia, ianya adalah suatu tradisi yang mewarnai negara kita sejak merdeka 50 tahun lampau. Gabungan parti-parti dalam PERIKATAN kemudiannya Barisan Nasional yang selesa mengekalkan pemerintahan sejak 1957, menyumbang proses peralihan kuasa yang diperlihatkan secara zahirnya telus dan lancar.

Kini isu ini timbul kembali diiringi seribu satu tanda-tanya, andaian dan kebarangkalian. Penulis sebenarnya hanya menyaksikan satu peralihan kuasa sahaja; dari Mahathir kepada Abdullah Badawi iaitu setelah 22 tahun Mahathir memegang tampuk kuasa. Mungkin antara persoalan yang timbul, betapa cepatnya isu ini dibangkitkan jika dibandingkan dengan usia pemerintahan Abdullah Badawi dan juga pencapaiannya.

Jika faktor pencapaian menjadi ukuran adalah mustahil bagi Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa kepada timbalannya dalam jangka waktu terdekat. Bercakap mengenai jangka waktu pula, mustahil juga beliau dapat melakukan sesuatu yang dapat dibanggai dan dikenangi dalam sekelip mata. Maka dapat disimpulkan peralihan kuasa dalam waktu terdekat ini ternyata mudah diungkap tetapi sukar direalisasikan.

Namun begitu, peluang Abdullah Badawi untuk melengahkan peralihan kuasa sementara melakukan sesuatu yang membanggakan masih terbuka luas. Segala ilmu yang diperturunkan oleh Mahathir perlu digunakan, tempoh 4 tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri sepatutnya sudah cukup bagi Abdullah Badawi untuk menguasai "Ilmu Memecat Timbalan". Ilmu ini telah terbukti kehebatannya dalam memastikan 'survival' Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun.

Generasi belia hari ini membesar di era pemerintahan Mahathir, pemerintahan yang tempohnya terlalu panjang ini bejaya menenggelami perjalanan politik era sebelumnya. Generasi hari ini yang terpesong fakta sejarahnya beranggapan seorang Perdana Menteri biasanya berkuasa 3 atau 4 penggal, barulah peralihan kuasa logik untuk dibicarakan. Proses peralihan kuasa juga mesti berlaku dalam suasana yang sesuai, ianya hanya boleh berlaku jika Perdana Menteri sendiri bersedia melepaskan jawatannya tanpa tekanan mana-mana pihak.

Sejarah politik negara mungkin atau seolah-olah sedang berulang. Mengimbau kembali peralihan kuasa mantan Perdana Menteri Malaysia, hanya Tunku melalui proses peralihan kuasa berbeza. Ianya berkait rapat dengan peristiwa 1969, MAGERAN dan penentangan 'Turki Muda(Mahathir dan Musa Hitam)' memaksa Tunku melepaskan jawatannya. Jelas sekali Mahathir mempunyai pengalaman luas dalam menjayakan peralihan kuasa; kemungkinan juga telah wujud jelmaan 'Turki Muda' alaf baru di dalam UMNO ketika ini.

Setelah melepaskan jawatannya, Tunku melalui akhbar miliknya 'The Star' kritis terhadap pentadbiran kerajaan sehingga membawa pengharaman akhbar tersebut dituruti penubuhan UMNO baru dan Semangat 46. Sungguhpun umum mengetahui pandangan Mahathir terhadap Tunku, perlakuan Mahathir akhir-akhir ini dilihat sinonim dengan apa yang telah dilakukan Tunku. Jika Tungku menggunakan 'The Star' Mahathir pula menggunakan 'Blog', kedua-duanya kritis terhadap kerajaan.

Titik tolak peralihan kuasa Tunku bermula kerana gagal mendapat 2/3 pada PRU 1969, PRU 2008 pula menunjukkan keputusan yang lebih merosot. Kemudian 13 Mei 1969 tercetus dan PRU diadakan semula pada tahun yang sama, di zaman Abdullah mungkin 16 September 2008 menyaksikan aksi lompat-melompat dan juga pilihanraya semula. Mahathir mungkin sedang menghasilkan sebuah lagi buku yang mirip dengan "Malay Dilemma" khas untuk Abdullah Badawi. Apakah peralihan kuasa Abdullah Badawi menyamai peralihan kuasa Tunku?

Wednesday, June 11, 2008

Gajah sama gajah bertempur, kancil penyek kena pijak...

Inilah fenomena yang berlaku di Malaysia dewasa ini, rupanya penampar sulung rakyat yang singgah di pipi Dollah Badawi pada PRU lalu masih belum mampu menyedarkan si kaki tidur hadari ini.

Yang seorang dipenuhi dendam kesumat; yang lagi satu sudah nyanyuk dan mudah lupa. Saban hari rakyat dihidangkan dengan adegan cabar mencabar antara keduanya, tanpa disedari gelagat ini tak ubah seperti saling menelanjangkan sesama sendiri.

Mandat nasib yang diperolehi tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh Dollah dan kroni 4 tingkatnya dalam mengembalikan kepercayaan rakyat; sebaliknya bercakaran seperti kanak-kanak kecil yang saling mengejek nama bapak masing-masing.

Kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, kenaikan harga beras dan terbaru kenaikan harga minyak dipasaran global diletakkan ketepi. Akhirnya rakyat marhaen terkesima mendengar pengunguman kenaikan harga minyak yang melambung tinggi sehingga 41%.

kegagalan memastikan harga minyak diparas penerimaan akal waras akan menyumbang ke arah infalsi,kelembapan ekonomi negara dan paling penting keselamatan rakyat banyak yang tergugat kerana peningkatan kes-kes jenayah akibat memenuhi tuntutan hidup.

Saling jatuh-menjatuhi menjadi agenda utama kepimpinan negara ketika ini, akhirnya rakyat yang mendapat musibah terkorban dalam perang saudara sehadari ini. Sikap sebaliknya ditunjukkan Pakatan Pembakang, mereka hampir langsung tidak melayan kerenah kebudak-budakan ini; bagi mereka agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat adalah perkara yang lebih utama...

Antara peluru-peluru mortar Mahathir

Pengumuman Keluar Dari UMNO
Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.


Mokhzani keluar UMNO
KUALA LUMPUR 21 Mei _ Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar daripada UMNO mengikuti jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Sanusi Junid keluar UMNO
Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno.

"Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno".


KISAH TUN SALLEH
Sebenarnya kes terhadap Tun Salleh tercetus kerana surat-suratnya kepada Yang di Pertuan Agong yang baginda anggap melanggar tatasusila serta menghina.


Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura
Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus.


RAPID KL
Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh sipolan-sipolan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara?


SANUSI JUNID
Saya berasa amat sedih dengan tindakan untuk menamatkan khidmat Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid dari menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.


Antara peluru anti mortar Dollah

Berkat doa 20 tahun Tun Salleh Abas akhirnya termakbul
Itu adalah reaksi segera daripada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas selepas kerajaan membuat keputusan untuk memberikan bayaran ex-gratia kepada bekas hakim-hakim yang dipecat ketika berlaku krisis kehakiman pada 1988.


"Duri dalam daging"
Tun Musa Hitam dan Shahrir Samad dakwa Mahathir adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’


Keluar Umno, Mokhzani didesak letak jawatan Pengerusi SIC
Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri Yaakob Ismail berkata, ekoran tindakan Mokhzani menurut jejak langkah bapanya keluar dari Umno, maka beliau mesti melepaskan jawatan pengerusi SIC kerana ia milik anak syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang dikuasai kerajaan melalui Khazanah Holdings.


'PM pengaruhi pemecatan saya'
Tan Sri Sanusi Junid menuduh perdana menteri mempengaruhi Sultan Pahang agar memecat beliau sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


Pendedahan hakim: Majlis Peguam terperanjat
Akhbar Borneo Post melaporkan dakwaan Chin bahawa Dr Mahathir telah mengugutkan untuk memecat para hakim jika mereka membuat penghakiman yang tidak menyebelahi pentadbirannya.

Beliau berkata, dalam dialog tersebut, Dr mahathir telah mengugut akan melucutkan jawatan hakim-hakim, dengan merujuk kepada tribunal yang pernah ditubuhkan, dan mengatakan walaupun ia sukar ditubuhkan, tetapi masih boleh dilakukan.

Tuesday, June 10, 2008

The Government Cost Cutting Measures

- Entertainment allowance forcabinet ministers and deputyministers cut by 10%. The currentperks are RM18,865 for the primeminister, RM15,015 for the deputyprime minister, RM12,320 forministers and RM6,000 for deputyministers;

- Paid annual vacations for ministersand deputy ministers limited toonly Asean countries and domesticdestinations, and only for a week;

- Seminars and workshops mustbe held in government premises;hotels can be used only forinternational-level events;

- Functions should be moderate andnot extravagant;

- No special uniforms and apparelfor events;

- No expensive gifts, if reallynecessary only restricted to books,local handicrafts or local foodproducts;

- No renovation of offices or movingto new offices;

- Deferment of purchases of assetslike cars, furniture, computers andoffi ce equipment;

Finally the PM has wake up from his sweet dream. Come up with a cost cutting measurement is better then nothing. Although there is a big difference compare to what the opposition government already implemented, I like to see it from the positive perspective.

There is one measurement that come into my intention, excluding the 10% cutting for the entertainment; the paid annual vacations for minister and deputy limited to domestic and only for a week seems to be unnecessary. I don’t have any idea if the minister and their deputy still in the mood for vacation while most of the "rakyat" suffering.

Most of the "rakyat" have to struggle to survive with high living cost, all income will be spend for petrol, glossaries, bills and vacation is totally out from budget. How could the "rakyat" money spend easily by minister and their deputy for entertainment and vacation?

Abdullah also said government could get RM 2 billion a year once the cost cutting measure implemented, that amount will be utilize to help “rakyat” overcome the raise of fuel price.

As we go further, the 10% of cost cutting worth RM 2 billion that’s mean 50% should generate RM 10 billion, that huge amount of money might cover some of the fuel subsidy given by government so that the fuel increase will not reach 41%; in fact the cost cutting just for the allowances not the salary. It’s clear that government do have other options beside increased the fuel price up to 41%.

If we do simple calculation, we will found that government waste RM 20 billion of “Duit Rakyat” just for allowances yearly, it is much higher then some allocations in RMK-9.

It is important for government to come with performance measurement as well; those minister and deputy which not showing good performance should be rewarded not with "penyapu" but by cutting another 10% to 20% of their salary and other benefits should be taken away.

Be a role model, show the "rakyat" that government could contributes in many ways to ease the burden. Even though all the measurement seems to be no affect to minister and deputy life style and spending power, at least they has took the 1st step. For Malaysian out there, let us pray that today government will not turned Malaysia into a “broke country...”

Monday, June 9, 2008

Siapa perlu berubah???

Kata PM "ubahlah cara hidup", menyahutlah TPM dengan nada yang sama seraya mengangguklah menteri hal ehwal tak berguna. Mula-mula suruh makan ubi ganti beras, kemudian suruh lakukan pemanduan efisyen dan buka tingkap rumah jangan pakai air-cond!

Nak berubah macamana lagi PM oi? dari beli ikan longgok sepinggan RM 5 kepada kutip ikan busuk dalam tong sampah penjual ikan? Dari naik motor pergi kerja kepada naik basikal? pemanduan efisyen macamana lagi? turun dari kereta dan tolak kereta setiap kali melalui jalan berbukit? yang memang selama ni tak pakai air-cond kat rumah dan bukak tingkap kena basuh pakai tangan jangan guna mesin basuh atau beli ais letak dalam kotak ais jangan guna peti sejuk?

Rakyat yang awak suruh ubah cara hidup tu menggunakan duit sendiri, hasil titik peluh bekerja, buat OT dan buat kerja sambilan. Kenapa kami yang perlu berubah? kami dah penat bertungkus lumus bekerja apa salah kami menikmati hasilnya? Awak tu yang perlu berubah! Sedar ke tak Jet peribadi yang awak pakai ke hulu ke hilir tu duit sapa? minyak jet tu duit sapa? gaji pemandu jet tu duit sapa? Pent House yang awak menginap bila keluar negara tu duit sapa? gaji awak bulan-bulan tu duit sapa? Apa hasil yang awak bagi pada negara disebalik segala kemudahan yang awak dapat? sebaliknya awak mempersoalkan rakyat yang beli ikan longgok sepinggan RM 5! Pegawai kerajaanlah yang perlu berjimat menggunakan duit rakyat.

Kalau dah terlalu buntu sangat kepala awak tu pasal banyak tidor dari buat kerja, apa salahnya tanya pendapat rakyat atau bincangkan di Parlimen? tentu ada jalan lain sekalipun negara dah takde duit.

Pilihan selain menaikkan harga minyak;

- Naikkan cukai pendapatan 100% bagi pendapatan isi rumah lebih RM 10k.
- Naikkan cukai minuman keras dan rokok (saya juga perokok!)
- Naikkan eksais duti untuk kereta mewah 100%
- Amalkan perbelanjaan berhemah untuk kakitangan kerajaan termasuklah awak tu!
- Batalkan atau hentikan sementara segala koridor merapu-rapu awak tu.
- Buat bajet berhemah kearah penggunaan wang negara yang lebih efisyen.
- Jangan apungkan Ringgit Malaysia lagi.
- Rangka dasar atau pelan pelaburan yang lebih menarik dan menguntungkan dua-dua pihak bukan macam WPI awak tu!

Saya bukan ahli ekonomi dan menggunakan hukum logik sahaja. Mungkin banyak lagi langkah yang boleh diambil jika awak minta pendapat ahli ekonomi diluar sana. Jangan bertindak sebagai pengumum kenaikan harga sahaja, mintalah pendapat Mahathir yang berjaya bawa Malaysia keluar dari krisis kewangan dulu.