Kata PM "ubahlah cara hidup", menyahutlah TPM dengan nada yang sama seraya mengangguklah menteri hal ehwal tak berguna. Mula-mula suruh makan ubi ganti beras, kemudian suruh lakukan pemanduan efisyen dan buka tingkap rumah jangan pakai air-cond!
Nak berubah macamana lagi PM oi? dari beli ikan longgok sepinggan RM 5 kepada kutip ikan busuk dalam tong sampah penjual ikan? Dari naik motor pergi kerja kepada naik basikal? pemanduan efisyen macamana lagi? turun dari kereta dan tolak kereta setiap kali melalui jalan berbukit? yang memang selama ni tak pakai air-cond kat rumah dan bukak tingkap kena basuh pakai tangan jangan guna mesin basuh atau beli ais letak dalam kotak ais jangan guna peti sejuk?
Rakyat yang awak suruh ubah cara hidup tu menggunakan duit sendiri, hasil titik peluh bekerja, buat OT dan buat kerja sambilan. Kenapa kami yang perlu berubah? kami dah penat bertungkus lumus bekerja apa salah kami menikmati hasilnya? Awak tu yang perlu berubah! Sedar ke tak Jet peribadi yang awak pakai ke hulu ke hilir tu duit sapa? minyak jet tu duit sapa? gaji pemandu jet tu duit sapa? Pent House yang awak menginap bila keluar negara tu duit sapa? gaji awak bulan-bulan tu duit sapa? Apa hasil yang awak bagi pada negara disebalik segala kemudahan yang awak dapat? sebaliknya awak mempersoalkan rakyat yang beli ikan longgok sepinggan RM 5! Pegawai kerajaanlah yang perlu berjimat menggunakan duit rakyat.
Kalau dah terlalu buntu sangat kepala awak tu pasal banyak tidor dari buat kerja, apa salahnya tanya pendapat rakyat atau bincangkan di Parlimen? tentu ada jalan lain sekalipun negara dah takde duit.
Pilihan selain menaikkan harga minyak;
- Naikkan cukai pendapatan 100% bagi pendapatan isi rumah lebih RM 10k.
- Naikkan cukai minuman keras dan rokok (saya juga perokok!)
- Naikkan eksais duti untuk kereta mewah 100%
- Amalkan perbelanjaan berhemah untuk kakitangan kerajaan termasuklah awak tu!
- Batalkan atau hentikan sementara segala koridor merapu-rapu awak tu.
- Buat bajet berhemah kearah penggunaan wang negara yang lebih efisyen.
- Jangan apungkan Ringgit Malaysia lagi.
- Rangka dasar atau pelan pelaburan yang lebih menarik dan menguntungkan dua-dua pihak bukan macam WPI awak tu!
Saya bukan ahli ekonomi dan menggunakan hukum logik sahaja. Mungkin banyak lagi langkah yang boleh diambil jika awak minta pendapat ahli ekonomi diluar sana. Jangan bertindak sebagai pengumum kenaikan harga sahaja, mintalah pendapat Mahathir yang berjaya bawa Malaysia keluar dari krisis kewangan dulu.
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment