Sunday, June 29, 2008

Lagi-lagi liwat...


"Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar."

-
MalaysiaKini-

Seolah-olah ketandusan idea, musuh-musuh politik DSAI masih menggunakan senjata yang sama untuk membunuh karier politik beliau. Terkadang tertanya mengapa isu liwat cuba disinonimkan dengan DSAI, apa relevannya? Jika isu rasuah atau meletupkan orang dengan bahan letupan dikaitkan dengan DSAI mungkin akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam berbanding liwat.

Adakah peristiwa 1998 akan berulang kembali? penulis mengimbau kembali lewat 1998 di mana penulis ketika itu masih menuntut di UiTM. Ketika itu tiada media alternatif seperti blog, sungguhpun begitu berita pemecatan DSAI begitu cepat tersebar; boleh dikatakan sebaik draf surat pemecatan DSAI dirangka umum telahpun mengetahuinya.

Suasana negara ketika itu sememangnya boleh dikatakan kritikal, sekatan jalan dan operasi penangkapan DSAI berlaku di sana-sini dan di kampus UiTM sendiri bahangnya terasa. Akhirnya Malaysia menyaksikan seorang bakal perdana menteri merengkok di dalam penjara dengan matanya yang lebam beserta 'Arsenik'.

Terlalu sukar bangatkah bagi musuh politik DSAI untuk memahami yang tersurat dan tersirat disebalik keputusan PRU ke-12 lalu? Tidak terfikirkah mereka mengapa golongan belia yang senantiasa dikaitkan dengan hiburan duniawi bangkit memberikan keputusan sebaliknya? Terlalu dangkalkah musuh politik DSAI untuk memahami keputusan PRU ke-12 lalu hanya bertunjangkan satu faktor sahaja iaitu DSAI, betapa golongan belia ini memangkah PKR, PAS hatta DAP sekalipun hanyalah untuk mengembalikan kepada yang hak.

Tidakkah mereka sedar golongan belia pada hari adalah anak-anak muda yang telah meredhakan DSAI sebagai perdana menteri Malaysia ke-5 dan anak-anak muda ini telah menyaksikan idola mereka dijatuhkan dengan maha aib. Malaysia bertuah memiliki darah muda yang tidak mengambil jalan singkat dalam memberikan respon isu liwat tersebut sebaliknya menunggu dan terus menunggu sebelum menterjemahkannya dalam PRU ke-12.

Sedarlah wahai musuh-musuh DSAI di luar sana, penantian hampir sedekat telah diisi dengan azam dan iltizam beserta tekad; mengembalikan hak kepada yang berhak!

1 comment:

Ceri said...

Hmmm... kes liwat Anwar ni hanya rekaan. Saya memang tidak percaya, dari dulu lagi! Karut! Ni semua konspirasi nak jatuhkan dia...
Letupkan org tpun mmg ada kaitan ngn si ehem2... tunggu n lihat jer...