Semalam DSAI menemui lautan rakyat marhaen yang mendokong keadilan. Kesibukan kerja memaksa penulis melupakan niat untuk sama-sama mendengar penjelasan DSAI berhubung konspirasi terbaru terhadap beliau.
Petang tersebut penulis menerima panggilan telefon daripada isteri meminta keizinan untuk pergi menghadiri ceramah penerangan DSAI bertemankan anak kami yang berusia 3 tahun, turut bersama ialah keluarga abang ipar.
Agak memeranjatkan bilamana mendapat perkhabaran dari Stadium Malawati S. Alam, berduyun-duyun batang tubuh menghadirkan diri biarpun perancangan dibuat dalam jangka masa singkat dan pada hari bekerja.
Jauh berbeza suasana ketika belajar dahulu, betapa terpaksanya kami menghadirkan diri di stadium yang sama memeriahkan acara yang membabitkan Mantan perdana menteri ke-4; jika engkar, bolehlah mula mencari rumah sewa semester hadapan kerana tidak dapat duduk di Kolej(asrama) lagi.
Anak dan isteri selamat pulang hampir jam 12. Penulis tersenyum mendengar keletah anak yang baru sahaja berusia 3 tahun cuba bercerita tentang ceramah yang dihadiri sambil bibirnya tak lekang mengungkap "toksrinua", rupanya dia cuba menyebut DATUK SERI ANUAR.
Terpikir juga, kes Antaltuya yang dikaitkan dengan menteri BN mudah benar untuk rakyat mempercayainya akan tetapi mengapa tuduhun liwat ini ditolak mentah-mentah oleh rakyat. Jawapannya ialah keperibadian; membandingkan keperibadian Menteri BN dengan DSAI seumpama membandingkan langit dan bumi...
Wednesday, July 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment