Isu ini bukanlah begitu asing buat Politik Malaysia, ianya adalah suatu tradisi yang mewarnai negara kita sejak merdeka 50 tahun lampau. Gabungan parti-parti dalam PERIKATAN kemudiannya Barisan Nasional yang selesa mengekalkan pemerintahan sejak 1957, menyumbang proses peralihan kuasa yang diperlihatkan secara zahirnya telus dan lancar.
Kini isu ini timbul kembali diiringi seribu satu tanda-tanya, andaian dan kebarangkalian. Penulis sebenarnya hanya menyaksikan satu peralihan kuasa sahaja; dari Mahathir kepada Abdullah Badawi iaitu setelah 22 tahun Mahathir memegang tampuk kuasa. Mungkin antara persoalan yang timbul, betapa cepatnya isu ini dibangkitkan jika dibandingkan dengan usia pemerintahan Abdullah Badawi dan juga pencapaiannya.
Jika faktor pencapaian menjadi ukuran adalah mustahil bagi Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa kepada timbalannya dalam jangka waktu terdekat. Bercakap mengenai jangka waktu pula, mustahil juga beliau dapat melakukan sesuatu yang dapat dibanggai dan dikenangi dalam sekelip mata. Maka dapat disimpulkan peralihan kuasa dalam waktu terdekat ini ternyata mudah diungkap tetapi sukar direalisasikan.
Namun begitu, peluang Abdullah Badawi untuk melengahkan peralihan kuasa sementara melakukan sesuatu yang membanggakan masih terbuka luas. Segala ilmu yang diperturunkan oleh Mahathir perlu digunakan, tempoh 4 tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri sepatutnya sudah cukup bagi Abdullah Badawi untuk menguasai "Ilmu Memecat Timbalan". Ilmu ini telah terbukti kehebatannya dalam memastikan 'survival' Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun.
Generasi belia hari ini membesar di era pemerintahan Mahathir, pemerintahan yang tempohnya terlalu panjang ini bejaya menenggelami perjalanan politik era sebelumnya. Generasi hari ini yang terpesong fakta sejarahnya beranggapan seorang Perdana Menteri biasanya berkuasa 3 atau 4 penggal, barulah peralihan kuasa logik untuk dibicarakan. Proses peralihan kuasa juga mesti berlaku dalam suasana yang sesuai, ianya hanya boleh berlaku jika Perdana Menteri sendiri bersedia melepaskan jawatannya tanpa tekanan mana-mana pihak.
Sejarah politik negara mungkin atau seolah-olah sedang berulang. Mengimbau kembali peralihan kuasa mantan Perdana Menteri Malaysia, hanya Tunku melalui proses peralihan kuasa berbeza. Ianya berkait rapat dengan peristiwa 1969, MAGERAN dan penentangan 'Turki Muda(Mahathir dan Musa Hitam)' memaksa Tunku melepaskan jawatannya. Jelas sekali Mahathir mempunyai pengalaman luas dalam menjayakan peralihan kuasa; kemungkinan juga telah wujud jelmaan 'Turki Muda' alaf baru di dalam UMNO ketika ini.
Setelah melepaskan jawatannya, Tunku melalui akhbar miliknya 'The Star' kritis terhadap pentadbiran kerajaan sehingga membawa pengharaman akhbar tersebut dituruti penubuhan UMNO baru dan Semangat 46. Sungguhpun umum mengetahui pandangan Mahathir terhadap Tunku, perlakuan Mahathir akhir-akhir ini dilihat sinonim dengan apa yang telah dilakukan Tunku. Jika Tungku menggunakan 'The Star' Mahathir pula menggunakan 'Blog', kedua-duanya kritis terhadap kerajaan.
Titik tolak peralihan kuasa Tunku bermula kerana gagal mendapat 2/3 pada PRU 1969, PRU 2008 pula menunjukkan keputusan yang lebih merosot. Kemudian 13 Mei 1969 tercetus dan PRU diadakan semula pada tahun yang sama, di zaman Abdullah mungkin 16 September 2008 menyaksikan aksi lompat-melompat dan juga pilihanraya semula. Mahathir mungkin sedang menghasilkan sebuah lagi buku yang mirip dengan "Malay Dilemma" khas untuk Abdullah Badawi. Apakah peralihan kuasa Abdullah Badawi menyamai peralihan kuasa Tunku?
Monday, June 16, 2008
Wednesday, June 11, 2008
Gajah sama gajah bertempur, kancil penyek kena pijak...
Inilah fenomena yang berlaku di Malaysia dewasa ini, rupanya penampar sulung rakyat yang singgah di pipi Dollah Badawi pada PRU lalu masih belum mampu menyedarkan si kaki tidur hadari ini.
Yang seorang dipenuhi dendam kesumat; yang lagi satu sudah nyanyuk dan mudah lupa. Saban hari rakyat dihidangkan dengan adegan cabar mencabar antara keduanya, tanpa disedari gelagat ini tak ubah seperti saling menelanjangkan sesama sendiri.
Mandat nasib yang diperolehi tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh Dollah dan kroni 4 tingkatnya dalam mengembalikan kepercayaan rakyat; sebaliknya bercakaran seperti kanak-kanak kecil yang saling mengejek nama bapak masing-masing.
Kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, kenaikan harga beras dan terbaru kenaikan harga minyak dipasaran global diletakkan ketepi. Akhirnya rakyat marhaen terkesima mendengar pengunguman kenaikan harga minyak yang melambung tinggi sehingga 41%.
kegagalan memastikan harga minyak diparas penerimaan akal waras akan menyumbang ke arah infalsi,kelembapan ekonomi negara dan paling penting keselamatan rakyat banyak yang tergugat kerana peningkatan kes-kes jenayah akibat memenuhi tuntutan hidup.
Saling jatuh-menjatuhi menjadi agenda utama kepimpinan negara ketika ini, akhirnya rakyat yang mendapat musibah terkorban dalam perang saudara sehadari ini. Sikap sebaliknya ditunjukkan Pakatan Pembakang, mereka hampir langsung tidak melayan kerenah kebudak-budakan ini; bagi mereka agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat adalah perkara yang lebih utama...
Antara peluru-peluru mortar Mahathir
Pengumuman Keluar Dari UMNO
Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.
Mokhzani keluar UMNO
KUALA LUMPUR 21 Mei _ Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar daripada UMNO mengikuti jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sanusi Junid keluar UMNO
Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno.
"Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno".
KISAH TUN SALLEH
Sebenarnya kes terhadap Tun Salleh tercetus kerana surat-suratnya kepada Yang di Pertuan Agong yang baginda anggap melanggar tatasusila serta menghina.
Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura
Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus.
RAPID KL
Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh sipolan-sipolan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara?
SANUSI JUNID
Saya berasa amat sedih dengan tindakan untuk menamatkan khidmat Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid dari menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.
Antara peluru anti mortar Dollah
Berkat doa 20 tahun Tun Salleh Abas akhirnya termakbul
Itu adalah reaksi segera daripada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas selepas kerajaan membuat keputusan untuk memberikan bayaran ex-gratia kepada bekas hakim-hakim yang dipecat ketika berlaku krisis kehakiman pada 1988.
"Duri dalam daging"
Tun Musa Hitam dan Shahrir Samad dakwa Mahathir adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’
Keluar Umno, Mokhzani didesak letak jawatan Pengerusi SIC
Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri Yaakob Ismail berkata, ekoran tindakan Mokhzani menurut jejak langkah bapanya keluar dari Umno, maka beliau mesti melepaskan jawatan pengerusi SIC kerana ia milik anak syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang dikuasai kerajaan melalui Khazanah Holdings.
'PM pengaruhi pemecatan saya'
Tan Sri Sanusi Junid menuduh perdana menteri mempengaruhi Sultan Pahang agar memecat beliau sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Pendedahan hakim: Majlis Peguam terperanjat
Akhbar Borneo Post melaporkan dakwaan Chin bahawa Dr Mahathir telah mengugutkan untuk memecat para hakim jika mereka membuat penghakiman yang tidak menyebelahi pentadbirannya.
Beliau berkata, dalam dialog tersebut, Dr mahathir telah mengugut akan melucutkan jawatan hakim-hakim, dengan merujuk kepada tribunal yang pernah ditubuhkan, dan mengatakan walaupun ia sukar ditubuhkan, tetapi masih boleh dilakukan.

Tuesday, June 10, 2008
The Government Cost Cutting Measures
- Entertainment allowance forcabinet ministers and deputyministers cut by 10%. The currentperks are RM18,865 for the primeminister, RM15,015 for the deputyprime minister, RM12,320 forministers and RM6,000 for deputyministers;
- Paid annual vacations for ministersand deputy ministers limited toonly Asean countries and domesticdestinations, and only for a week;
- Seminars and workshops mustbe held in government premises;hotels can be used only forinternational-level events;
- Functions should be moderate andnot extravagant;
- No special uniforms and apparelfor events;
- No expensive gifts, if reallynecessary only restricted to books,local handicrafts or local foodproducts;
- No renovation of offices or movingto new offices;
- Deferment of purchases of assetslike cars, furniture, computers andoffi ce equipment;
Finally the PM has wake up from his sweet dream. Come up with a cost cutting measurement is better then nothing. Although there is a big difference compare to what the opposition government already implemented, I like to see it from the positive perspective.
There is one measurement that come into my intention, excluding the 10% cutting for the entertainment; the paid annual vacations for minister and deputy limited to domestic and only for a week seems to be unnecessary. I don’t have any idea if the minister and their deputy still in the mood for vacation while most of the "rakyat" suffering.
Most of the "rakyat" have to struggle to survive with high living cost, all income will be spend for petrol, glossaries, bills and vacation is totally out from budget. How could the "rakyat" money spend easily by minister and their deputy for entertainment and vacation?
Abdullah also said government could get RM 2 billion a year once the cost cutting measure implemented, that amount will be utilize to help “rakyat” overcome the raise of fuel price.
As we go further, the 10% of cost cutting worth RM 2 billion that’s mean 50% should generate RM 10 billion, that huge amount of money might cover some of the fuel subsidy given by government so that the fuel increase will not reach 41%; in fact the cost cutting just for the allowances not the salary. It’s clear that government do have other options beside increased the fuel price up to 41%.
If we do simple calculation, we will found that government waste RM 20 billion of “Duit Rakyat” just for allowances yearly, it is much higher then some allocations in RMK-9.
It is important for government to come with performance measurement as well; those minister and deputy which not showing good performance should be rewarded not with "penyapu" but by cutting another 10% to 20% of their salary and other benefits should be taken away.
Be a role model, show the "rakyat" that government could contributes in many ways to ease the burden. Even though all the measurement seems to be no affect to minister and deputy life style and spending power, at least they has took the 1st step. For Malaysian out there, let us pray that today government will not turned Malaysia into a “broke country...”

Monday, June 9, 2008
Siapa perlu berubah???
Kata PM "ubahlah cara hidup", menyahutlah TPM dengan nada yang sama seraya mengangguklah menteri hal ehwal tak berguna. Mula-mula suruh makan ubi ganti beras, kemudian suruh lakukan pemanduan efisyen dan buka tingkap rumah jangan pakai air-cond!
Nak berubah macamana lagi PM oi? dari beli ikan longgok sepinggan RM 5 kepada kutip ikan busuk dalam tong sampah penjual ikan? Dari naik motor pergi kerja kepada naik basikal? pemanduan efisyen macamana lagi? turun dari kereta dan tolak kereta setiap kali melalui jalan berbukit? yang memang selama ni tak pakai air-cond kat rumah dan bukak tingkap kena basuh pakai tangan jangan guna mesin basuh atau beli ais letak dalam kotak ais jangan guna peti sejuk?
Rakyat yang awak suruh ubah cara hidup tu menggunakan duit sendiri, hasil titik peluh bekerja, buat OT dan buat kerja sambilan. Kenapa kami yang perlu berubah? kami dah penat bertungkus lumus bekerja apa salah kami menikmati hasilnya? Awak tu yang perlu berubah! Sedar ke tak Jet peribadi yang awak pakai ke hulu ke hilir tu duit sapa? minyak jet tu duit sapa? gaji pemandu jet tu duit sapa? Pent House yang awak menginap bila keluar negara tu duit sapa? gaji awak bulan-bulan tu duit sapa? Apa hasil yang awak bagi pada negara disebalik segala kemudahan yang awak dapat? sebaliknya awak mempersoalkan rakyat yang beli ikan longgok sepinggan RM 5! Pegawai kerajaanlah yang perlu berjimat menggunakan duit rakyat.
Kalau dah terlalu buntu sangat kepala awak tu pasal banyak tidor dari buat kerja, apa salahnya tanya pendapat rakyat atau bincangkan di Parlimen? tentu ada jalan lain sekalipun negara dah takde duit.
Pilihan selain menaikkan harga minyak;
- Naikkan cukai pendapatan 100% bagi pendapatan isi rumah lebih RM 10k.
- Naikkan cukai minuman keras dan rokok (saya juga perokok!)
- Naikkan eksais duti untuk kereta mewah 100%
- Amalkan perbelanjaan berhemah untuk kakitangan kerajaan termasuklah awak tu!
- Batalkan atau hentikan sementara segala koridor merapu-rapu awak tu.
- Buat bajet berhemah kearah penggunaan wang negara yang lebih efisyen.
- Jangan apungkan Ringgit Malaysia lagi.
- Rangka dasar atau pelan pelaburan yang lebih menarik dan menguntungkan dua-dua pihak bukan macam WPI awak tu!
Saya bukan ahli ekonomi dan menggunakan hukum logik sahaja. Mungkin banyak lagi langkah yang boleh diambil jika awak minta pendapat ahli ekonomi diluar sana. Jangan bertindak sebagai pengumum kenaikan harga sahaja, mintalah pendapat Mahathir yang berjaya bawa Malaysia keluar dari krisis kewangan dulu.

Thursday, June 5, 2008
AMAN, SELAMAT DAN MAKMUR??? (Updated)
AMAN, SELAMAT DAN MAKMUR???
Kate dollah badawi AMAN, SELAMAT DAN MAKMUR! Amende AMAN, SELAMAT DAN MAKMURnya Malaysia kalau kau jadi PM! Kau naikkan rege barang, letrik dan petrol ikut suke ati aje macam Malaysia ni kau yang punye! Sudahlah bebal tak tahu nak urus negara, lantik ahli kabinet pon lagi bebal dari kau!
Kau tahu tak dollah, sebelum minyak naik pon berapa ramai orang MELAYU; sebangsa ngan kau! seagama ngan kau! pinjam duit kat ALONG dan SYARIKAT KEWANGAN BERLESEN untuk survive? hutang tak habis-habis sebab bayar bunga tinggi gaji pulak ciput! nak pinjam bank bukan main payah! itu sebelum minyak naik RM 2.70 1 liter!
Mane BERUK-BERUK (pinjam ayat Khairi) UMNO yang POYO masuk TV buat report polis konon kerajaan PR tak tunai janji MANIFESTO PRU-12? Apasal tak buat report polis pasal manifesto BN? AMAN, SELAMAT DAN MAKMUR! Cakap lepas PRU minyak tak naik? kenapa senyap? nak kumpul 300,000 tandatangan konon! pengipas UMNO!
Sekarang ni si MAMAK poyo nak jadi HERO konon! kalau tak sebab siMAMAK nilah pilih dollah badawi jadi PM takdelah rakyat sengsara cam skang nih! Alasan MR. CLEAN konon! Biarlah MR. DIRTY macam siMAMAK pon takpe janji rakyat tak sengsara! Dapat jugak rakyat jelata makan walaupun makanan tu sisa siMAMAK dari dollah badawi yang pulun habis tak tinggal pa langsung kat orang lain!
KETUANAN MELAYU + ULTRA MELAYU???
Berani orang UMNO mainkan isu ketuanan Melayu! Maksud sebenar KETUANAN MELAYU UMNO SEKARANG ni ialah orang Melayu UMNO yang ade jawatan dalam parti tu jadi TUAN, orang Melayu UMNO akar umbi dan Melayu bukan UMNO tu DIPERTUANKAN (hamba sahaya)! UMNO MEMPERTUANKAN BANGSANYA SENDIRI! itupon korang tak paham lagi ker? sampai mampus korang dibodoh-bodohkan pemimpin UMNO ni!
ULTRA MELAYU? Sekarang ni manede ULTRA MELAYU? AUTA MELAYU adelah! habis siJAWA tu mengAUTAkan orang-orang Melayu! yang korang punyalah lembab percaya bulat-bulat retorik AUTA siJAWA tu pasal ape? Memang pandai berlakon si JAWA ni, dulu mase jadi MB kesana-sini paling hebat naik TOYOTA HARRIER jer pastu gi ngundi PRU-12 naik motor cup jer! padehal...
Ingat semua! masih ade harapan lagi! bersatulah sekarang! sertailah setiap protes yang akan diadakan. 06 Julai 08 jam 3 p.m. di Jalan Timur, Petaling Jaya, tunjukkan kuasa rakyat sekali lagi! tapi kali ni kasi all out!!!

Wednesday, June 4, 2008
Minyak naik lagi ke? ceh! sudah gerharu cendana pulak ditebang...
Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.
Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. -Malaysia Kini-
He also said that Tenaga Nasional Bhd would be raising electricity rates by 18% for homes and 26% for business users.
The announcements are part of the new fuel subsidy plan. -thestar-
Nah! rasekan rakyat jelata sekalian, kali ni kenaikan harga dibuat secara pakej. Barang makanan + letrik + minyak dipakejkan sekali, lepas ni ntah ape pulak.
5 negeri sudah hilang jadi kroni tak cukup sumber nak kumpul kekayaan? kalau dulu tanah Selangor dan Penang yang mahal boleh dijual tak ketinggalan balak di Perak, tapi skang semua tu dah hilang dari genggaman. So serampang dua mate la nampaknya sekarang, sambil mengketedarah duit rakyat untuk kroni-kroni boleh juge balas dendam pasal PRU-12.
Itulah! berbuih mulut DS Anwar Ibrahim bagi ceramah, kalau dia dapat kerajaan pusat minyak turun tapi tak mau percaya. Apa salah bagi DSAI peluang? sekurang-kurangnya masih ada harapan minyak akan turun setidak-tidaknya cuba dikekalkan, ini tidak, undi diorang jugak! padahal kita tahu memang konpom minyak akan naik, semua barang naik. Untung jugak rakyat selangor dapat air free 20 liter, siapa boleh bagi? nak naikkan lagi ade!
Apa yang dia tahu? pergi sana tido, pergi sinipun tido! tiba-tiba kena kejut dek Menteri Hal Ehwal Tak Berguna; "beras kena kasi naik rege ni!" " naikkanlah..." tido lagi.... pastu datang lagi menteri tadi; "petrol kena kasi naik lagi ni!" "naikkanlah...naikkan sekali tarif letrik! dah aku nak tido ni!"
Dah terantok baru terngadah? sesal dahulu pendapatan sesal kemudian ape yang dapat? padankan muka kita yang mengundi mereka! undilah lagi mereka yang tak tau nak urus negara! (perampok boleh urus negare ke?)
Kalau tak boleh nak urus subsidi dan kenaikan rege minyak serta kesejahteraan rakyat bagi je jawatan tu kat DSAI!!!

Tuesday, June 3, 2008
Bila sukan dipolitikkan...
Sesudah sukan bola sepak kini tiba giliran sukan permotoran negara. Tindakan Menteri Belia Dan Sukan yang tidak menghadiri Majlis pelancaran Super GT Antarabangsa Malaysia anjuran SIC berikutan kedudukan Mokhzani sebagai Pengerusi SIC dilihat sebagai mempolitikkan sukan.
Tidak cukupkah sukan bola sepak Malaysia dipolitikkan sehingga menyaksikan penurunan ranking FIFA saban tahun? mengapa perlu sukan permotoran diheret sama? jika Menteri Belia Dan Sukan sendiri mempolitikkan sukan entah apalah nasib lain-lain sukan di Malaysia nanti?
Menteri ini juga yang baru dilantik sepatutnya mencari sesuatu yang lebih positif untuk pembangunan sukan. Selain dari isu RM 8 juta CYC dan tidak muncul di Majlis perasmian di SIC saya masih belum nampak apa-apa yang menarik dari menteri ini. Bagaimana agaknya beliau akan memacu kementerian Belia dan Sukan nanti? Mekanisme apa yang digunakan Pak Lah dalam pemilihan beliau sebagai menteri di KBS? sama-samalah kita saksikan tindak-tanduk menteri KBS yang baru ini...

Subscribe to:
Comments (Atom)