Wednesday, June 4, 2008

Minyak naik lagi ke? ceh! sudah gerharu cendana pulak ditebang...

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. -Malaysia Kini-

He also said that Tenaga Nasional Bhd would be raising electricity rates by 18% for homes and 26% for business users.

The announcements are part of the new fuel subsidy plan. -thestar-

Nah! rasekan rakyat jelata sekalian, kali ni kenaikan harga dibuat secara pakej. Barang makanan + letrik + minyak dipakejkan sekali, lepas ni ntah ape pulak.

5 negeri sudah hilang jadi kroni tak cukup sumber nak kumpul kekayaan? kalau dulu tanah Selangor dan Penang yang mahal boleh dijual tak ketinggalan balak di Perak, tapi skang semua tu dah hilang dari genggaman. So serampang dua mate la nampaknya sekarang, sambil mengketedarah duit rakyat untuk kroni-kroni boleh juge balas dendam pasal PRU-12.

Itulah! berbuih mulut DS Anwar Ibrahim bagi ceramah, kalau dia dapat kerajaan pusat minyak turun tapi tak mau percaya. Apa salah bagi DSAI peluang? sekurang-kurangnya masih ada harapan minyak akan turun setidak-tidaknya cuba dikekalkan, ini tidak, undi diorang jugak! padahal kita tahu memang konpom minyak akan naik, semua barang naik. Untung jugak rakyat selangor dapat air free 20 liter, siapa boleh bagi? nak naikkan lagi ade!

Apa yang dia tahu? pergi sana tido, pergi sinipun tido! tiba-tiba kena kejut dek Menteri Hal Ehwal Tak Berguna; "beras kena kasi naik rege ni!" " naikkanlah..." tido lagi.... pastu datang lagi menteri tadi; "petrol kena kasi naik lagi ni!" "naikkanlah...naikkan sekali tarif letrik! dah aku nak tido ni!"

Dah terantok baru terngadah? sesal dahulu pendapatan sesal kemudian ape yang dapat? padankan muka kita yang mengundi mereka! undilah lagi mereka yang tak tau nak urus negara! (perampok boleh urus negare ke?)

Kalau tak boleh nak urus subsidi dan kenaikan rege minyak serta kesejahteraan rakyat bagi je jawatan tu kat DSAI!!!

1 comment:

Ceri said...

Sabar la saudara, kita ni timun, dorg tu pisau... digolek terluka, bergolek pun terluka... kita cari jalan sendiri bagaimana nak damaikan jiwa ni... pujuklah hati sendiri.
Babai..