Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - di mana seoang pemuda A Kugan meninggal dunia dalam tahanan polis - telah dipindahkan serta merta semalam.
Menurut akhbar New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.
"Mereka dipindahkan untuk mempercepatkan siasatan. Kita menjangka ia dapat disiapkan dalam masa tiga hari.
Pihak polis masih merakam dan mengumpul kenyataan. Sebaik sahaja siasatan siap, kami akan memutuskan tindakan selanjutnya," katanya.
Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian pemuda berusia 22 tahun itu sebagai kes bunuh.
Berita penuh di sini...

No comments:
Post a Comment