Ucapan pertama yang keluar dari mulut Penasihat Parti KeADILan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah bersyukur serta melahirkan rasa kelegaan apabila PAS berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lalu.
"Alhamdulillah, lega rasanya. Kemenangan PAS di Kuala Terengganu ini kesannya cukup besar dan menggemparkan seluruh Negara dan ianya dirasai oleh rakan-rakan kita di seluruh rantau Asia ini.
"Saya dapat banyak panggilan, mesej, sms, email oleh ribuan rakan-rakan kita di Afrika, Asia, Arab, India dan Pakistan kagum dengan keputusan rakyat di Terengganu, sebab kita membawa mesej perubahan," ujarnya ketika berucap pada Ceramah Perdana Sempena Kemenangan Pilihan Raya Kecil, di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu", baru-baru ini.
Meski pun, katanya calon PAS yang bertanding di Kuala Terengganu tetapi mendapat sokongan yang kuat dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat seperti KeADILan dan DAP.
Menurutnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) melakukan pelbagai usaha termasuk media massa bagi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat.
Katanya, pelbagai isu dicetuskan tetapi tidak berjaya dan 'pertarungan' di Kuala Terengganu cukup sengit antara rakyat bawahan dengan pemimpin atasan.
"Apa yang paling ditakuti oleh Najib (Timbalan Perdana Menteri) ialah apabila PAS mendapat sokongan dan dokongan yang padu dari semua kaum dalam negara ini.
"Sebab itu, strategi mereka (BN) yang utama ialah pecahkan Pakatan Rakyat antara satu sama lain. Pelbagai cara yang dilakukan melalui radio, tv dan akhbar milik mereka (BN) supaya kita berpecah dalam pakatan ini," tegasnya.
Berita penuh di sini...
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment