Monday, January 26, 2009

Jom tengok kabel siapa lagi POWER!

Murugiah akan saman Khalid - Utusan Menipu!

PUTRAJAYA 24 Jan. - Senator T. Murugiah akan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan seolah-olah dirinya sebagai `gengster' dalam kejadian menyerbu dan menceroboh mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu.


Kata beliau, kenyataan yang disebut oleh Khalid itu telah menjejaskan imejnya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Sepatutnya pihak polis berterima kasih kepada saya kerana berjaya meleraikan keluarga si mati (A. Kugen yang mati kerana didakwa didera oleh polis).

(Namun) kenyataan Ketua Polis Selangor itu menggambarkan seolah-olah saya ini gengster dan sekali gus menjejaskan imej saya. Saya bekerja untuk rakyat dan hanya menjalankan tugas,'' katanya.

Dua timbalan menteri mungkin hadapi tindakan - Malaysiakini

Dua timbalan menteri kemungkinan menghadapi tindakan jika mereka didapati melanggar undang-undang dalam kejadian sekumpulan orang menyerbu dan menceroboh bilik mayat Hospital Serdang di Selangor pada Selasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Datuk K Devamany dan Senator T Murugiah, kedua-duanya timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, hadir di bilik mayat itu apabila sekumpulan orang memasuki premis itu untuk memeriksa mayat suspek curi kereta A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan polis.

"Tiada menteri atau anggota pentadbiran terkecuali daripada undang-undang dan jika mereka melakukan kesalahan, mereka perlu hadapi akibatnya," kata Syed Hamid kepada pemberita selepas menghadiri forum umum mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Johor Bahru malam tadi, lapor Bernama.

Huk ele Murugiah oi! ko tu siapa dalam BN? Syed Botak pulak siapa?

MIC, PPP ade suara ke dalam BN? Korang boleh bersuara ke dengan UMNO?

Korang layak ke nak perjuangkan nasib masyarakat India di negara ni? Dari dulu asyik kena buli aje...

Janji Sammy Vellu "maintain" kan.... Tepuk dada tanya selera....

Aku perasan ada bende yang paling pelik dengan kes ni....

Menurut akhbar New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya

"Mereka dipindahkan untuk mempercepatkan siasatan. Kita menjangka ia dapat disiapkan dalam masa tiga hari.Pihak polis masih merakam dan mengumpul kenyataan. Sebaik sahaja siasatan siap, kami akan memutuskan tindakan selanjutnya," katanya.


No comments: