Satu Ceramah Perdana telah berlansung pada 16 Nov 2008 di Padang Subang Bestari bersempena perasmian Markaz PAS Sek U5, Shah Alam. Tetamu kehormat terdiri daripada Dato' Dr. Hassan Ali, Tuan Hj. Mohammad Sabu dan TG Presiden Pas, YAB Hj. Abdul Hadi Awang.
Terdapat deretan gerai jualan yang tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam memeriahkan majlis ini. Orang ramai mula memenuhi kawasan ceramah selepas solat Isyak.
Ceramah Perdana tersebut dimulakan dengan ucapan daripada Dato' Dr. Hassan Ali, diikuti dengan Tuan Hj. Mohammad Sabu dan ceramah serta perasmian oleh TG Presiden Pas, Hj. Abdul Hadi Awang.
Ceramah ini telah dihadiri oleh ribuan rakyat yang menyokong perjuangan PR dan mahukan perubahan parti pemerintah. Agenda yang dijadualkan seawal jam 2 petang terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat. Alhamdullillah hujan beransur reda menjelang petang dan ceramah serta perasmian dapat dijalankan mengikut jadual meskipun berlangsung di atas padang yang becak.
Ribuan hadirin terus setia mendengar ceramah dari TG Presiden yang selesai kira-kira jam 12.30 tengah malam.

No comments:
Post a Comment