Tuesday, November 18, 2008

Media UMNO : MB Perak Boneka

Habis dicanangkan satu Malaya yang MB Perak ni Boneka, berkali-kali diulang tayang perbahasan di DUN Perak baik kat berita perdana mahupun warta berjam-jam.

Kesnya ialah setiap kali pembangkang negeri Perak menyoal MB Perak, ahli Exco yang bangun menjawab. Komen dari RAZ "MB Perak seolah-olah perlukan tongkat untuk berjalan sedangkan kenyataannya tidak".

Apa yang dikehendaki pembangkang Perak ialah MB sendiri menjawab pertanyaan mereka, mungkin mahu menguji samada MB "aware" dengan apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Perak.

Aku sentiasa positif pada kerajaan-kerajaan PR pada hari ini, isu yang berlaku jika diterjemahkan secara positifnya ialah para Exco merasakan bukan standard seorang MB dari PR untuk menjawab soalan-solan sedemikian rupa.

Tapi kalau bandingkan dengan apa yang berlaku kat parlimen, kira pembangkang Perak masih lagi bertuah ada yang nak bagi mencelah dan ada yang nak jawab. Jibab masa merapu buat pembentangan bajet sendiri sambil menggulung bajet Dollah kat parlimen langsung tak bagi pembangkang mencelah...

Lagi pula siapalah RAZ hatta Tajol Rosli sekalipun untuk mempersoalkan MB Nizar? Orang tu ade Ir., awak ade ape? kah..kah....kah....

No comments: