Timbalan Pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa pendakwa tidak akan memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda, daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu.
Beliau mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana kes tersebut masih berjalan.
Pada 31 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut.
Baca selanjutnya di sini...
Pelik...pelik... adakah pendakwaraya sendiri telah memutuskan Razak Baginda tidak terlibat? siapa yang lembab? siasatan polis ke? pendakwaraya yang malas buat kerja...
Takkan si Azilah Hadri dan Sirul Azhar sesuka je letupkan Altantuya pakai C4? Apa motifnya? ke nak bebaskan diorang sekali?
Muka 2 anggota UTK ni pun sentiasa bertutup dan takde sapa yang kenal...wujud ke 2 ekor manusia ni? yelah...kalau rekod kemasukkan imigresen pun boleh dipadamkan...nak buat indentiti baru bukan susah sangat...
Saturday, November 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment