Saturday, September 27, 2008

SAKAI BANGSA...

Apa dah jadi dengan blog SAKAI BANGSA ni? haram tak diupdate... last sekali update bulan Julai? bior betui... berkali-kali aku tekan butang refresh... tetap gak tunjuk bulan Julai...

Orang nak berblog, awak pun nak berblog juge... cube ikut cam bakal ketua korang Khir Toyol tu... pergi umrahpun siap boleh update blog lagi...

Nampak sangat Pemuda UMNO ni pun hangat-hangat tahi beruk cam Dollah Badawi gak, beratus billion buat buat bajet pastu tukor perutpolio dengan Najib... Inilah gambaran sebenor Pemuda UMNO... bila boss sroh buat blog... buatlah kejap... konon nak menjadi wadah penerangan untuk golongan belia yang menyokong pembangkang... lepas boss dah kasi habuan, projek dah luluih tinggal jer blog tu cam gitu...

Yang penting korang dapat menambah harte korang, pakai keta besor, rumah beso, pompan keliling pinggang dan yang seumpamanya. Apa nak jadi dengan dengan belia melayu ni lantakkan jahanam... janji korang masyukkk...

Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac



Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan.


Abdullah yang juga presiden Umno bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang peralihan kuasa.

"Apa juga yang diperlukan, peraturan-peraturan, apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga, akan diputuskan (bersama) antara saya dan (timbalan presiden) Datuk Seri Najib (Razak),” katanya.

-malaysiakini.com-

Dollah ni sebenarnya saje jer nak carik penyakit, kalau lepas jer PRU-12 aritu ko letak jawatan... takdelah kemaluan ko terserlah! Ini tak... dengor jugak cakap anak hantu...

Lepas jer PRU-12 rakyat dah menjangkakan perang politik antara Anwar dengan Najib... tapi sebok jugak tanak lepas kuasa... nak bela anak hantu konon...

Anwar pun tentu tanak malukan orang senegeri dengan dia, tapi ko tak bagi Anwar pilihanlah dollah... sekarang ni lawan ko bukan Anwar sorang tapi Najib, Mahathir, Ku Li, Mukhriz dan banyaaaaaaaak lagi.... sekarang ko jawablah... huhuhu...

Friday, September 26, 2008

Sokonglah Dollah...



SHAHIDAN PENASIHAT NCER

p/s : Saya juga ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Felcra.

Adalah dijangka ramai lagi yang akan dilantik ke jawatan-jawatan tertentu atau jawatan yang diwujudkan khusus.

Yang belum sokong sila percepatkan sokongan. Masih banyak jawatan yang kosong atau dicipta khusus.


-www.chedet.com-

Mendelah si Dollah ni...kesian betul aku kat Che Det...Orang tua tu dari keluar UMNO sampai masuk balik...buat dek jer...Bagi le tittle skit...cam Singapore ade Menteri Mentor...baru le senyap skit dia....kekekeeeee

Tuesday, September 23, 2008

Pertukaran Perutpolio...



Pertukaran perutpolio antara Najib dan Dollah Badawi baru-baru ini meninggalkan seribu-satu persoalan dan andaian. Najib Jadi menteri kewangan dan Dollah jadi menteri pertahanan...


Pertama-tamanya ialah isu bajet yang telah dibentangkan Dollah sebelum ini, terang-terangan Dollah menunjukkan sikap acuh tak acuhnya dalam menangani ekonomi negara yang semakin lembab.

Alasan ianya sebagai langkah awal kepada peralihan kuasa adalah gula-gula kepada akar umbi UMNO yang mahukan Dollah segera berundur. Dollah mahukan rancangan peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini berjalan lancar agar Dollah ada sedikit masa untuk memperbaiki imej dan prestasinya yang sedia busuk sekarang.

Namun gula-gula ini dilihat terlalu manis buat Najib, tidak perlu lagi pergantungan kepada komisyen urusniaga alatan dan kemudahan pertahanan negara seperti Jet pejuang, kapal selam dan tender PLKN.

Manis juga gula-gula ini buat Dollah kerana dengan mudah akan mengkambing hitamkan Najib andaikata ekonomi negara terus-terusan lembab dan bajet tambahan diperlukan untuk menyuntik ekonomi negara kelak.

Namun apa yang menjadi kerisauan ialah perutpolio baru Dollah iaitu menteri pertahanan. Umum telah melihat prestasi Dollah yang memacu kelembapan ekonomi negara dalam ketiduran sambil dibuai mimpi indah.

Terjaminkah keselamatan negara dengan menteri pertahanannya seorang kaki tidur? ngeri juga membayangkan jika menteri pertahanan akan hanya sedar negara sedang dalam peperangan apabila musuh telah mara dan mengebom Putrajaya...

Saturday, September 13, 2008

Thursday, August 28, 2008

Dari Permatang Pauh mahu ke mana?


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi DSAI telah memperolehi kepercayaan rakyat untuk menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan Perdana Menteri insyaallah...


Seperti dijangkakan, kejijikan taktik dan strategi yang digunakan rejim Barisan Nasional ternyata gagal mempengaruhi rakyat Permatang Pauh apatah lagi menyekat reformasi politik negara.


DSAI bakal menjejakkan kakinya ke dalam parlimen setelah selesai mengangkat sumpah esok. Maka selepas ini kehebatan pidato DSAI akan dapat ditatap bukan sahaja di ceramah-ceramah perdana bahkan di dalam Parlimen.


Satu halangan kecil telah berjaya diharungi DSAI namun harus diingat halangan kecil ini telah dan akan membenihkan halangan-halangan yang lebih besar lagi.


Liwat bukannya isu, akta DNA bukannya isu, komisyen RM 60 juta Magnum bukannya isu, sumpah laknat bukannya isu hatta berdepan Najib, KJ dan Badawi di Parlimen juga bukanlah isu yang bakal mencabar DSAI. Ke mana hala tujunya DSAI selepas permatang pauh ?


Ke mana arahnya PR selepas ini?, DAP memperjuangkan Bangsa Malaysia manakala PAS dengan perjuangan Islamnya; dapatkah di adun persefahaman PAS, PKR dan DAP? tersalah adun natijahnya pakatan bakal terlerai dan BN akan terus bermaharajalela.


Penetapan pendirian parti dari konteks situasi menang-menang dalam menjalinkan kerjasama pakatan harus dibuat seawal mungkin. Pendirian bersama ini perlulah diterangan perinciannya kepada seluruh rakyat agar ianya jelas dan tidak lagi menjadi modal BN dalam melaga-lagakan ahli pakatan.


Berita baik untuk kerjasama PR menyusul apabila Karpal membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia yang mendakwa Karpal menolak Islam sebagai agama rasmi negara.

Semoga persefahaman dan kerjasama yang baik akan terjalin di dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya menjamin sistem 2 parti akan dapat direalisasikan di Malaysia kelak.

Saturday, August 23, 2008

Harga minyak turun; bila si bebal mengurus ekonomi...

Al kisahnya pada June 2008 minyak telah dinaikkan sebanyak 41%, setelah mendapat tidur yang berlebihan si Penaik Minyak mendapat ilham untuk memberi rebet kepada rakyat kononnya sebagai langkah mengurangkan bebanan rakyat. Bila si bebal mengurus ekonomi...

Adapun rebet itu dapatlah dituntut setelah memperbaharui cukai jalan di Pos Malaysia milik si Anak Hantu.sesungguhnya rebet tersebut tiadalah mengurangi ia akan beban si rakyat jelata, malah tambahan terhimpit rakyat jelata akan kenaikan harga barang keperluan terutama makanan. Bila si bebal mengurus ekonomi...

Maka mengkajilah penulis akan kenaikan-kenaikan lain bersangkutan minyak, antara mengikut naik ialah si kadar inflasi negara. Seperti termaktubnya oleh Bank Negara si kadar inflasi hanya diparas 2.5% bagi tahun 2007, menaiklah ia setinggi 7.7% pada jun 2008 dan terkini pula khabarnya mencecah 8.5%. Bila si bebal mengurus ekonomi...

Sepurnama ini menyaksikan penyusutan harga minyak dunia, dari USD 140 kepada sekitar USD 125 setong. Maka dengan bangganya si Penaik Minyak mengumumkan harga baru petrol yang diturunkan hanya 5.6%, dicananglah ia disetiap peti tv dan surat khabar pengampu kerajaan si Penaik Minyak. Bila si bebal mengurus ekonomi...

Kenaikannya setinggi 41% dan penurunan pula hanya sedikit iaitu 5.6%, memang telah diduga kedunguan Penaik Minyak yang menggunakan jalan singkat dalam mengatasi masalah ini. Sekiranya harga minyak global turun dibawah USD 100 sekalipun adalah mustahil harga minyak diturunkan lagi memandangkan rebet telah diberi kepada rakyat dan anak hantu Penaik Minyak masih mahukan komisen dari rebet tersebut. Bila si bebal mengurus ekonomi...

Kesimpulannya minyak takkan turun sebanyak mana, inflasi akan meningkat atau kekal pada kadar 8.5%, anak hantu akan semakin kaya dan rakyat semakin merana...Bila si bebal mengurus ekonomi...