Sunday, January 25, 2009

Kes Kugan: 11 anggota polis dipindah ke ibupejabat - Malaysiakini



Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - di mana seoang pemuda A Kugan meninggal dunia dalam tahanan polis - telah dipindahkan serta merta semalam.

Menurut akhbar New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.

"Mereka dipindahkan untuk mempercepatkan siasatan. Kita menjangka ia dapat disiapkan dalam masa tiga hari.

Pihak polis masih merakam dan mengumpul kenyataan. Sebaik sahaja siasatan siap, kami akan memutuskan tindakan selanjutnya," katanya.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian pemuda berusia 22 tahun itu sebagai kes bunuh.

Berita penuh di sini...



Berhenti lacurkan maruah negara - Tiga individu FAM perlu berundur!

Rasanya masih belum terlambat mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak kebangsaan, pegawai pasukan dan FAM di atas kejayaan meminimumkan jumlah bolos kepada 5 bijik untuk di "tah pau" oleh UAE.

Tiga individu FAM ini perlu berundur dengan serta merta sebelum ranking pasukan kebangsaan jatuh ke anak tangga ke-200.

Presiden FAM!

Buat kesekian kalinya desakan supaya Sultan Haji Ahmad Shah selaku presiden FAM supaya meletakkan jawatan dengan notis 24 jam berkumandang dikalangan peminat bolasepak negara.

Aku tak tahu sangat pasal perlembagaan FAM tapi rasanya tidak ada sebut tentang "Presiden se umur hidup".

Sultan UMNO ini sudah biasa membutakan mata dan menulikan telinganya setiap kali desakan supaya beliau melepaskan jawatan di utarakan.

Entah apa pencapaian atau sumbangannya terhadap bolasepak negara sehingga beliau merasa masih diperlukan menerajui FAM?

Jika benar Sultan UMNO tua ini syok sendiri sekalipun, apa yang disyokkannya? Ranking FIFA? - hancur, pencapaian serantau? - hampeh, Liga tempatan? - jahanam, pemain tempatan? - macam bapuk!

Timbalan Presiden FAM!

Bercakap pula pasal timbalan presiden FAM Khairi Jack Daniels, cita-cita memperalatkan jawatannya dalam FAM untuk populariti politik nampaknya tidak mengikut skrip.

Sungguhpun boleh dikatakan agak berjaya sebelum ini dengan penerbitan rancangan dan membentuk pasukan "Maya Team" ops! "MyTeam".

Ketika MyTeam di musim dan episod pertama, aku dah sembang dengan orang rumah aku yang si KJD ni memang idamkan jawatan dalam FAM. Mungkin jika presiden FAM bukan dari juak UMNO juga (tak reti nak berundur), KJD tentu dah jadi presiden FAM sekarang ni...

Setakat orang baru tapi dengan idea yang di kitar semula (Liga M dengan 100% pemain tempatan) siapa pun boleh jadi timbalan presiden FAM.

Usahanya meraih populariti melalui jawatan dalam FAM terbantut selepas PRU-12. Manakan tidak, pasukan-pasukan JAGOH KAMPONG Liga M semuanya dah bertukar kerajaan negeri.

Kalau tidak ke mana hilangnya sipulan dua orang ni ketika final Piala Malaysia 2008 dan Piala Sumbangsih 2009?

Jelas memang presiden dan timbalannya ini mempunyai kecenderungan yang sama dalam mempolitikkan bolasepak, al maklum sahaja mereka dari juak yang sama...

JURULETIH PASUKAN BOLASEPAK KEBANGSAAN!

Juruletih pasukan bolasepak kebangsaan B. Sathianathan, ni lagi satu lagi BALA, bukan balasubramaniam yang dah jadi hartawan kat India sana tu...

Kalau setakat kumpul pemain kemudian ajar sepak bola dengan kaki aku pun boleh, mana ada orang sepak bola dengan tangan?

Masa "press conference" sebelum perlawanan bukan main bergaya lagi dengan rantai emas terbelit kat leher mengalahkan Shah Rukh Khan, mungkin ada hati juga nak mintak pangkat Dato' dari Ali Ketam.

Bila dah kena "tah pau" dengan UAE 5-0 menggelupor macam PARIAH mabuk minum samsu! (no offense, some people deserved to be label as PARIAH!)

Ada ke cuba nak tutup kelemahan sendiri dengan tuding jari kat orang lain? ada ke dia boleh cakap Liga M bukan bola sepak sebenar? kononnya dia takde pemain bola sepak sebenar, yang ada bapok aje tu sebab kena "tah pau".

Aku nak bagi tahu kat PARIAH mabok samsu ni, kau cuba tengok pasukan bolasepak IRAQ. Dekat IRAQ tu jangankan cakap liga, apatah lagi stadium, padang bolasepak lagi lah, nak carik RUMPUT pun susah kau tahu!

Apakata sekarang pergi bawa bapok-bapok kau lawan pasukan IRAQ yang tak ada benda-benda yang aku sebutkan kat atas tu, kalau tak kena "tah pau" jugak jawabnya...

Sekarang tak perlu cakap banyak lagi, Sultan UMNO tua, Khari Jack Daniels dan B. (BALA?) Sathianathan korang boleh berambos dari FAM. Rakyat Malaysia tak mahu terus-terusan menanggung aib disebabkan tiga makhluk tak sedar diri ni...

*Penulis adalah penyokong Gergasi Merah Kuning selama berbelas tahun dan tiada pasukan kegemaran luar negara...

Saturday, January 24, 2009

Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh - Malaysiakini

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.


Difahamkan siasatan sedang dijalankan.

Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata satu siasatan penuh akan dijalankan terhadap kematian Kugan.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dijalankan walaupun laporan bedah siasat mendapat Kugan mati kerana terdapat cecair dalam paru-parunya.

Bercakap kepada pemberita di Kuching, Musa berkata pihak polis tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dalam kes kematian Kugan.

Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta. Lima hari kemudiannya, dia meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya.

Baca selanjutnya di sini...

Friday, January 23, 2009

Gambar OKT - Kematian di sebabkan asthma katanya....camni ker?










Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB S'gor - Malaysiakini

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa menerima salinan surat mengenai arahan dari pejabat menteri besar Selangor berhubung pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

"Kita kesal dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu bahawa lembu dihantar ke kawasan itu (Bandar Tun Razak), dan tidak ada arahan berhubung pembayaran RM110,400 itu.

"Sebenarnya kita ada bukti dokumen yang menyatakan arahan (telah) dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid,” katanya dalam satu sidang akhbar di Pejabat Umno Selangor di Shah Alam, pagi tadi.

Baca selanjutnya di sini...

Inilah masalah orang umno macam khir botox ni... akan gunakan apa sahaja peluang untuk jatuhkan pihak lawan dan kawan demi survival diri sendiri...

Adakah orang umno belajar sesuatu dari PRU dan PRK yang lepas? kalau lihat apa yang khir botox buat ni... nampaknya memang juak-juak umno tak pernah dan mungkin tak akan belajar...

Adakah tindakan khir botox ini untuk memperjuangkan kepentingan rakyat atau sekadar mencari populariti murahan demi memastikan namanya tidak tenggelam menjelang pemilihan umno nanti?

Atau mungkinkah khir botox ingin mengimbangi berita-berita atau pendedahan-pendedahan gejala rasuah di pihak juak-juak umno yang senantiasa menghiasi media cetak, elektronik mahupun cyber sekarang ni?

Ternyata jawatan ketua pembangkang negeri tidak memberi apa-apa kelebihan untuk khir botox menonjolkan diri berbanding 2 pencabar lain Khairy Jack Daniel dan Mukhriz Madey Khutty...

Sebagai anak jati negeri tercinta Selangor ni, aku nak bagi tau kat ko khir botox... "DI HARAP TAHUN DEPAN MB SELANGOR DAPAT MENGGUNAKAN DANA KERAJAAN NEGERI YANG LEBIH BESAR UNTUK MENGAGIHKAN LEMBU-LEMBU KORBAN KE SEMUA SURAU-SURAU DAN MASJID-MASJID SELURUH NEGERI..."

Wednesday, January 21, 2009

Laporan rasuah terhadap MB S'gor - Malaysiakini

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid telah menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam aduannya, Mohd Nazree mendakwa Abdul Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak itu juga mendakwa, mereka menerima dokumen minggu lagi dari seorang individu yang bekerja dengan agensi kerajaan negeri terbabit - Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd.

Berita penuh di sini...

Kelakar gila la... gerak dengan mat ezam dah sama buang tebiat agaknya... salah guna dana kerajaan negeri untuk menaja 46 ekor lembu korban???

Korang dah pulun carik salah MB selangor ni tak jumpa kot... sampai bende cam ni pun nak jadikan isu?

Tak pernah dibuat orang la GERAK oi! bagi lembu korban pun jadi isu...hahahhaaaaa....

Baik korang siasat MB selangor salah guna kuasa menggunakan dana kerajaan negeri untuk beri subsidi 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor...

PAS ucap terima kasih kepada semua

PAS Terengganu khasnya merakamkan ucapan terima kasih dengan seribu penghargaan kepada semua ahli parti, para petugas, jentera PAS, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat seperti Parti KeADILan Rakyat (KeADILan)), DAP, Kelab Penyokong PAS dan para pengundi khususnya di Kuala Terengganu.

Ucapan penghargaan itu kerana semua pihak yang terlibat bekerja dan berusaha bagi memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kali ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut melahirkan rasa terharu dengan sokongan serta bantuan semua pihak bekerja bagi memenangkan PAS dalam pilihan raya kecil ini.

"Saya hendak ambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak, kepada SPR, kepada polis dan khususnya kepada para pengundi yang telah pun memberikan kepercayaan dan mandat untuk kita (PAS) menang dalam pilihan raya ini."

"Begitu juga kepada petugas-petugas dari semua parti yang terlibat dalam Pakatan Rakyat seperti Parti KeADILan Rakyat, DAP dan PAS," jelasnya.

Menurutnya, bantuan petugas bagi menggerakkan jentera parti bukan sahaja dari negeri ini tetapi termasuk di luar Terengganu yang datang membantu.

"Mereka yang datang bukan sahaja dari Terengganu tetapi dari seluruh negara yang bekerja sepanjang masa.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan Insya-Allah, saya akan cuba mengambil masa untuk jelajah ke seluruh negara dan mengadakan ceramah-ceramah di seluruh negara," jelasnya.

Katanya, kehadiran para petugas PAS dan Pakatan Rakyat dari luar Terengganu yang begitu ramai dengan mengorbankan masa, tenaga dan kewangan.

Menurutnya, pada peringkat awal ini diatur program menyambut kesyukuran di atas kemenangan di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Unit Peti Undi (UPU) dalam negeri terlebih dahulu.