Tuesday, November 11, 2008

Menteri: Sajak Kematian tidak wajar

Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah seperti dilaporkan.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepasmerasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.

Baca selanjutnya di sini...


Tu lah pasalnya......dah kau sendiri tak ingat nak mampos...ingat duniawi ajer...

Tu pasal bebudak sekolah skang semua dah jadi camera man, pengarah, pelakon, penulis skrip video lucah...

Mane kau pergi selama ni? dalam parlimen sekali jer datang...

113 k'tangan sambilan JPN K'tan diberhenti

Seramai 113 kakitangan sambilan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan yang telah berkhidmat antara 10 dan 18 tahun, kini terpaksa mencari pekerjaan lain kerana perkhidmatan mereka tidak disambung,kata Pengerusi Cuepacs Kelantan Samsudin Mohd Noor.

Menurutnya, kakitangan tersebut kini terpaksa mencari pekerjaan seperti memandu teksi bagi menyara keluarga.

Samsudin berharap kerajaan mengambil kembali kakitangan terbabit untuk berkhidmat di agensi lain yang sesuai dengan kelayakan dan pengamalan mereka, demikian dilaporkan Bernama.

Katanya 300 tukang kebun dan jaga di Kelantan turut menerima surat pemberhentian kerja sehingga 31 Disember ini dengan alasan kekosongan itu akan diisi oleh kakitangan swasta.

"Apakah kerajaan mahukan mereka menganggur sedangkan mereka sebelum inipun berpendapatan bawah paras kemiskinan tegar iaitu kurang dari RM500 sebulan," katanya.

Lagi Isu Majlis Menyalakan Lilin...

CPO: Tindakan menyurai bukan sewaktu lagu Negaraku...

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menafikan bahawa pihak polis bertindak menyuraikan para peserta majlis memasang lilin malam tadi ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku.

"Itu adalah dakwaan mereka (peserta)," kata Khalid kepada pemberita di ibupejabat polis daerah Petaling Jaya kira-kira tengah malam tadi.

Apabila diberitahu mengenai rakaman video berhubung tindakan polis itu, Khalid menjawab: "Saya menafikannya".

Baca selanjutnya di sini...

Pemimpin DAP dakwa polis bertindak kasar...

Wakil rakyat DAP, Tony Pua and Lau Weng San mendakwa polis Selangor telah bertindak kasar terhadap mereka ketika bertindak menyuraikan peserta majlis memasang lilin di Petalng Jaya malam tadi.

Sambil menyangkal komen Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mereka memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen hari bahawa polis mula bertindak sewaktu peserta sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Hadir sama di sidang akhbar tersebut ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti itu yang juga ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pua, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, pergelutan berlaku apabila pihak polis mula mengarahkan peserta bersurai ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Baca selanjutnya di sini...

Monday, November 10, 2008

Mongolia akan bawa kes Altantuya ke mahkamah pengadilan antarabangsa?

Kerajaan Mongolia yang kecewa dengan tindakan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan tertuduh, Razak Baginda akan membawa kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ke mahkamah pengadilan antarabangsa.

Beberapa blog penganalisis politik dan aktivis hak asasi manusia melaporkan perkembangan tersebut yang disiarkan dalam sebuah laman web Mongolia.

Menurut aktivis hak asasi manusia, Amin Iskandar, jika kes ini didengari di mahkamah penadilan antarabangsa, perbicaraan akan bermula dari awal dan semua yang terkait dan terlibat boleh dipanggil untuk memberikan keterangan.

"Mungkinkah pada ketika kes itu bermula, Perdana Menteri Malaysia akan menjadi salah seorang yang dipanggil?," katanya sinis.

Sementara itu sebelum ini, bapa Altantuya Dr Shaariibuu Setev, telah menghantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menggesa beliau mengemukakan rayuan terhadap pembebasan penganalisis politik, Abdul Razak.

Karpal Singh yang merupakan peguam pemerhati bagi keluarga wanita Mongolia itu, berkata beliau menyerahkan surat itu bagi pihak Dr Shaariibuu, kepada Abdul Gani tengah 3 November lalu.

Katanya, beliau turut menghantar surat itu melalui faksimili ke Pejabat Peguam Negara sebelum ini.

Mengikut undang-undang, pendakwaan diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Tempoh itu tamat 17 November.

Abdul Razak, 48, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Dato' Mohd Zaki Md Yasin pada Jumaat lalu.

Baca selanjutnya di sini...

Orang Monggol pun pandang rendah kat Mahkamah Malaysia ni... ape nak jadi... baik hakim baik peguam negara... hmmm... hancusss!

Cadangan buat Razak Baginda... biarlah Ghani 4 Tahil mewakili kau kat Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Ghani 4 Tahil ade rekod cemerlang berhujah di sana, rekod memenangkan kes kepada lawan takde sapa boleh kalahkan dia...

Harga minyak dijangka turun lagi

Harga minyak dijangka turun lagi pada pertengahan bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Pada awal bulan ini, kerajaan telah menurunkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini, kata Shahrir.

Ia merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober.

Baca selanjutnya di sini...

Minyak turun lagi? bagus memang bagus... cumanya nampak sangat lah ko ni mengurus ekonomi cam meniaga pasar malam atau kedai runcit... sekali ko naikkan rege pehh... tak ingat! time nak turun... cam tak ikhlas jer...sikit...sikit...

Sebab kenaikan mendadak dan penurunan ndak tak ndak ni lah harga barang keperluan terutama makanan masih belum nak turun-turun tau tak...

Kalau nak naik tu... petang umum 12 tengah malam dah kuat kuasa... bila nak turun... nak berjangka-jangka pulak pastu sampai seminggu... itupon belum konpom lagi...

Atau sebenarnya ko teringin gak jawatan Timbalan Presiden UMNO tu... iyelahkan... yang nak undi nanti pun ahli-ahli umno mangkok tingkat jugak... yang suka digula-gulakan...

Pengusaha minyak ape citer? dah brape kali minyak turun...rugi nak claim kat sape?...hahahhaaaa....

Pertandingan 3 penjuru bagi timbalan presiden


Sah! Pertandingan bagi jawatan timbalan presiden Umno Mac ini akan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon 3M - Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd Ali Rustam.

Yang menariknya ialah ini merupakan kali pertama berlaku pertandingan bagi jawatan timbalan presiden sejak 1987.

Baca selanjutnya di sini...

Sebenarnya malas nak ambil port pun dengan pemilihan UMNO ni, tak mendatangkan pekdahpun... lainlah kalau anda salah sorang perwakilan UMNO. Jumpa si Sembab cakap nak undi dia dapat duit, pastu pi plak jumpa Ali Ketam amik plak duit dia pastu jumpa plak ngan Mike Tyson pakar seledup duit ni mintak jugak duit dia...siapa undi siapapun bukan diorang tahu...bukan awak sorang yang mengundi...hantupun mengundi sekali...

Tapi aku rase nak bagi tips la kat si Sembab ngan Mike Tyson, Ali ketam dah menjarjisi si Jibab dan Bik Mama dengan bagi Dato' kat SRK... ape kate lepas ni korang deal bagi tittle Dato' kat mane-mane artis ke model ke dari Monggolia...konpom korang dapat sokongan dari Jibab, tapi jangan sampai Bik Mama tahu... nanti hilang lagi C4 kat stor UTK tu... kah...kah...kah...

Polis surai perhimpunan, kira-kira 20 ditahan

Anggota polis anti-rusuhan bertindak menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di Pusat Sivik Petaling Jaya malam ini.

Pihak polis mula bertindak ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku dan bersedia untuk beredar. Sebelum itu, mereka mendengar ucapan ringkas dari beberapa ahli politik.

0rang ramai berjalan menuju ke pusat tersebut sejurus selepas jam 9.30 malam, selepas pihak polis mengarahkan mereka bersurai dari Padang Timur, kira-kira satu kilometer dari situ,. Mereka hadir di padang itu untuk menyertai majlis memasang lilin.

Antara yang hadir ialah Raja Petra Kamaruddin yang baru dibebaskan oleh mahkamah dari tahanan ISA, Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan pemimpin DAP Lau Weng San dan Tony Pua, serta peguam Harris Ibrahim.

Ketika orang ramai berkumpul di Pusat Sivik itu, sepasukan anggota polis anti-rusuhan dan trak meriam air tiba di situ.

Sejurus kemudian, anggota polis mula menyuraikan orang ramai dengan menggunakan perisai mereka.

Dalam keadaan tersebut, polis menahan ahli Parlimen PJ Utara dari DAP, Tony Pua, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San serta kira-kira 20 orang lain. Turut ditahan ialah juruvideo Malaysiakini Shukri Mohamad.

Baca selanjutnya di sini...

Seperti biasa penggunaan FRU dan trak meriam air adalah langkah pertama yang diambil dalam menyuraikan perhimpunan yang diklasifikasikan sebagai haram oleh polis UMNO.

Di negara lain pasukan seumpamanya digunakan untuk mengawal rusuhan tetapi di Malaysia FRU digunakan untuk memulakan rusuhan.

Perlu ke disuraikan kumpulan yang ingin memasang lilin? perlu ke menggunakan FRU untuk menghalang orang memasang lilin?

Mungkin juga mereka yang ditahan dalam kejadian ini bakal berhadapan dengan hukuman ISA jika Syed Botak merasakan perbuatan dan cara mereka memasang lilin boleh menjejaskan keselamatan si pemasang lilin terbabit.

Bagi Syed Botak keselamatan si pelaku perlu diutamakan, jika si pelaku melakukan perkara yang boleh mengancam keselamatan diri si pelaku sendiri lebih baik dia di ISA kan... hu...hu...hu...