Jumaat lalu, tiga penjuru plak peringatan 'Pokok Demokrasi' di Ipoh di pecahkan. Dan hari ini plak itu dirobohkan.Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan 'tersebut yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.
"Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang," katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini, lapor Bernama. [Selanjutnya]
Cerdik betul MB Zombie Haram Negeri Perak ni...
Wei Zombie, hang tau berape susah nak bagi pelancung mai melawat?
Hang pi tanya si Ali Ketam berapa kos dia bawak mai Shah Rukh Khan bagi gelaran Dato' semata-mata untuk tujuan mempromosi negeri Melaka tu....
Ni orang dah bagi promosi percuma siap berkesan menarik pelancung lagi... hang senang-senang pi robohkan...
Hang dengki kut pelancung tak mai tengok muka Zombie hang tu....hahhahaaaa

No comments:
Post a Comment