Fri Oct 31, 08 5:49:43 pm MYT KUALA LUMPUR
31 Okt (Hrkh) -Kerajaan sebentar tadi mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok.
Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter.
Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.
Baca selanjutnya disini...
Hmmm.... RM 2.15 seliter? masih mahal rasanya. Sepatutnya kalau betul nak ikut harga pasaran, seliter sepatutnya dalam lingkungan RM 1.60 sahaja.
Dulu zaman Madey harga setong minyak USD 50 dan harganya ialah RM 1.30 seliter, Sekarang harga setong minyak ialah USD 64. Kalau nak kirakan idea bodoh Shahrir Samad propose rebet tu kita tambah 10 sen atau 20 sen sahaja lagi dan kita sepatutnya boleh menikmati harga minyak sekurang-kurangnya RM 1.80 seliter...
Ntah formula apa yang diorang gunakan dalam menentukan harga minyak ni, agaknya pasal masa Shahrir Samad sekolah dulu matematik tak diajor dalam bahasa omputih... tu yang terlebih bijak tu!
Saturday, November 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment