Harakah - 31 okt 08
Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo mengakui Belanjawan 2009 yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak semua berunsur retorik tetapi hanya tidak memberi fokus sepenuhnya manakala kerajaan Pakatan asyik menyalahkan kerajaan lalu (BN).
Baca selanjutnya di sini...
Habis nak salahkan kerajaan mane pulak lagi? kerajaan Thailand? kerajaan Myanmar atau kerajaan Monggolia? Kenkadang pikir mangkuk jugak pemimpin-pemimpin UMNO dalam membuat kenyataan meraih sokongan tapi yang lagi mangkok tingkat ialah mereka yang masih sokong UMNO...
Wednesday, October 22, 2008
Bajet Selangor: Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para sahabat blogers sekalian,
1. Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini hampir sebulan.
2. Seperti mana kita sedia maklumi kerajaan Pakatan Rakyat telah pun membentang Bajet pertamanya di Selangor beberapa hari lalu. Pada awalnya saya menjangkakan kerajaan negeri akan sedaya upaya membentangkan Bajet yang mencerminkan usaha-usaha untuk memenuhi janji-janji dalam manifesto pilihan raya yang lalu.
3. Malangnya, jika diteliti tidak sampai sepuluh peratus daripada janji tersebut disebut semula dalam Bajet ini. Antara yang disebut ialah Tabung wawasan Anak Selangor (Tawas), Bekalan air percuma 20 meter padu pertama, Hadiah anak masuk ke universiti dan Tabung mesra usia emas.
4. Namun, ada lebih 20 janji lagi dalam manifesto yang tidak disebut langsung, mungkin dengan harapan rakyat akan lupa. Antaranya ialah:
a. janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
b. elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan
c. Elaun anak pusat asuhan kanak-kanan, RM 75 sebulan
d. elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
e. elauan khas ibu tunggal
f. bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin
g. bantuan geran untuk perniagaan
h. memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri
i. membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusi 60 tahun ke atas dan banyak lagi,
4. Jelas Bajet pertama Pakatan rakyat di Selangor ini gagal memberi penumpuan kepada usaha-usaha melaksanakan janji pilihan raya menunjukkan Bajet yang dibentang bercanggah sama sekali dan menyimpang jauh dari janji manifesto Pakatan rakyat dalam pilihan raya lalu.
5. Saya tidak tahu apa alasan yang akan PR berikan kepada rakyat Selangor kerana gagal menunaikan janji..
6. Suatu ketika dahulu saya ditempelak kerana tidak sabar menunggu janji tersebut ditunaikan, Dan ketika sambutan 100 hari PR menjadi kerajaan. YAB. Menteri Besar ada berjanji untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 50% janji manifesto dalam bajet pertamanya.
Baca selanjutnya di sini...
Sebenarnya aku dah postkan komen kat bawah tajuk ni... tapi tak lepas tapisan kot... kenapa tak lepaspun tak tahulah... Maybe Khir Toyo ni masih nak mengekalkan kedunguan segelintir kecil hardcore UMNO yang tinggal cebisan sekarang ni...
Kalau siapa ikut persidangan DUN Selangor mesti tahu bende ni, pernah dibahaskan dalam Dewan. Datuk Hassan Ali dah bagi tahu, dalam melaksanakan sesuatu mesti ada prioritasnya yakni yang dulu didulukan yang kengdian kengdian le jawabnya. Takkanlah kerajaan baru Selangor yang berusia tak sampai 7 bulan ni mampu buat semua bende sekali gus...
Kalau nak ikutkan kepala ketua pembangkang ni, Negeri Selangor akan terus menambah hutang berbillion RM kat kerajaan Pusat. Himpunan tunggakan hutang kerajaan Selangor lama pada kerajaan pusatpun dah makan tak habis, itu kerja sapa? keje Mike Tyson, Abu Hassan Pencuri dan Khir Toyo sendiri...
Yang Mike Tyson kantoi bawak jutaan RM keluar negara, Abu Hassan Pencuri kantoi mencuri...curi ape? curi adik ipar sendiri... Khir Toyo plak habis segala bukit kat Selangor ni nak digondolkan diSAPUnya, dah le habis tanah Selangor kena kebas bagi pulak banjir kat penduduk belah Meru dan Kapar...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment