Sunday, October 12, 2008

Rumah Siap Pahat Berbunyi?



Seperti biasa Sinar Harian menjadi tatapan setiap pagi, sungguhpun akhir-akhir ini kelihatan keneutralan akhbar ini semakin terhakis atau dihakis namun bak kata pepatah "tiada rotan, akar berguna".


Selain berita Shah Rukh Khan bakal bergelar Dato', satu lagi yang menarik pada hari ini ialah ruangan editornya. Kali ini giliran seorang Mek Klate mencoretkan pandangannya mengenai isu politik semasa, komentarnya berbunyi "Rumah Siap Pahat Berbunyi".


Tertarik juga membaca tajuk itu, rumah siapa yang telah siap? dan siapa pula yang mengetuk pahat?. Rupanya berkisar kenyataan Dollah yang kononnya tidak mahu mempertahankan jawatan Presiden Umno dan reaksi dari kawan dan lawan...


Editor dari Klate ini mengomel sendirian betapa tidak perlulah dipertikaikan lagi keputusan Dollah yang kononnya tidak mahu mempertahankan Jawatan Presiden Umno dalam pemilihan akan datang. Kononnya Dollah berhak membuat keputusan dan rakyat harus menghormati keputusan Dollah, reaksi negatif berhubung perkara tersebut dianggap Editor sebagai tidak menghargai langsung jasa-jasa Dollah selama ini.


Bermaksud; Editor ini menggunakan peribahasa "Rumah Siap" untuk menggambarkan kenyataan Dollah tadi dan "Pahat Berbunyi" menggambarkan kenyataan yang tidak pro kepada Dollah. Agak terkejut juga bila mengetahui bagaimana seorang Editor akhbar berbahasa Melayu tidak pandai menggunakan peribahasa dalam tulisannya, entah bagaimana Editor ini boleh menggambarkan kenyataan Dollah sebagai "Rumah Siap"?.


Dollah hanya mengeluarkan kenyataan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan AKAN DATANG bukannya sudah melepaskan jawatannya berkuatkuasa serta merta, bagaimana Editor ini mentafsir suatu yang belum terjadi atau suatu perancangan sebagai "Rumah Siap"?; ini baru pelan rumah atas kertas dan tapaknya masih belum diratakan lagi...


Apabila rumah hendak dibina, tentu sahajalah tuan rumah akan mendapat pandangan dari keluarga, sanak-saudara bakal jiran hatta ketua kampung sekalipun. ada yang mengatakan rumah mesti dibina mengadap kiblat, bilik air mesti di luar rumah, begini dan begitu.


Sebagai seorang Editor akhbar yang menjurus kepolitikan, Editor ini sepatutnya sudah maklum segala bentuk kenyataan balas atau reaksi dari kawan dan lawan adalah bermotifkan politik. Jika inipun gagal difahami si Mek Editor ini maka lebih baik bertukar ke gengre lain sahaja, bagaimana dapat ahli politik untuk tidak mempolitikkan sesuatu isu politik?


Editor ini menyeru agar janganlah Dollah diperlakukan seolah-olah dia tiada punya jasa kepada agama, bangsa dan negara. Selain jasa Dollah membebaskan dan menyerahkan kembali passport DSAI untuk berubat keluar negara rakyat tidak nampak yang lainnya, cuba kita fikirkan suatu bukti atau pencapaian fizikal di bawah pentadbiran Dollah; mungkin tiada...


Chedet membelanjakan RM 114.3 billion untuk bajet 2003 dan RM 112.5 billion untuk bajet 2004 dan Malaysia memiliki KLCC, Putrajaya, KLIA dan lain-lain, Dollah pula membelanjakan RM 117.5 billion untuk bajet 2005, RM 159.4 billion untuk bajet 2007 dan terkini RM 207.9 billion untuk bajet 2009. Dengan jumlah bajet dalam defisit yang meningkat mendadak setiap tahun, pencapaian yang dapat dilihat hanyalah pengukuhan dan penambah kayaan SCOMI, kemampuan membayar KOMISYEN sebanyak RM 500 juta untuk urusan pembelian kapal selam, peningkatan harga petrol dan diesel keparas tidak masuk akal, peningkatan harga barang keperluan, peningkatan kos pengangkutan awam, insyaallah peningkatan kadar pengangguran tidak lama lagi dan bermacam-macam lagi...

Kalau benar Dollah akan berundur dari menjadi PM Malaysia di pemilihan Umno yang akan datang, tidak mustahil bajet 2010 akan meningkat kepada RM 300 billion. Bakal penggantinya pula memang sudah terkenal sebagai kepala penyamun duit rakyat, tidak mustahil selepas ini Malaysia akan membeli kapal selam ke-3 yang dinamakan KD Altantuya...





No comments: