Sunday, October 12, 2008

Perdana Menteri tak semestinya Presiden UMNO...


Perdana Menteri tak semestinya Presiden Umno. Itulah riaksi Ku Li berhubung keputusan Dollah yang tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan yang akan datang.

Sungguhpun Dollah sudah membuat kenyataan bahawa dia tidak akan mempertahankan Jawatan tersebut, Ku Li merasakan kenyataan Dollah itu mencurigakan. Dollah hanya tidak mahu mempertahankan jawatan sebagai President Umno tetapi tidak disebut pula tentang kedudukannya sebagai PM.

Biarpun secara tradisi autokratiknya setiap President Umno ialah Perdana Menteri Malaysia, namun ianya tidak tercatit dalam Perlembagaan Umno sendiri mahupun Perlembagaan negara.

Kegusaran Ku Li ada benarnya, Dollah mempunyai banyak pilihan untuk terus berkuasa. Tambahan lagi Dollah cukup terkenal dengan kenyataan berlawanannya seperti pembubaran Parlimen, kenaikan harga minyak, campur tangan Ghani 4 Tahil dan banyak lagi.

Umum mengetahui siapa yang bakal mengganti Dollah nanti, tidak hairanlah si bakal pengganti Dollah itu nampaknya sedang berjinak-jinak dengan potongan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Rakyat berasa cukup jijik sekali melihatkan perilaku munafik ini, dari seorang kaki betina tak semena-mena bertukar menjadi alim dan warak.

Terlalu mudah bagi Dollah untuk membunuh karier penggantinya itu, selain isu moral isu-isu seperti Altantuya dan komisyen kapal selam boleh digunakan. Pilihan-pilihan ini sedang diadun sebaiknya oleh ipar bersaudara (Khairy n Kamaludin) untuk mentragiskan lagi penghujung sebuah karier politik. Malah boleh dikatakan isu-isu ini lebih memberikan kesan berbanding Konspirasi Liwat terhadap DSAI, kesalahan liwat hanya berdepan hukuman penjara dan sebat tidak sehingga ke tali gantung.

Ku Li seperti terlupa atau buat-buat lupa, terdapat satu lagi faktor yang perlu dikhuatirinya. Selain faktor Dollah masih boleh menjadi PM biarpun tidak memegang jawatan Presiden Umno, sokongan rakyat terbanyak terhadap Pakatan Rakyat dalam menumbangkan Regim Barisan Nasional ini bakal merialitikan pandangan Ku Li "Perdana Menteri tak semestinya Presiden UMNO".

Sudah tiba masanya untuk kita melihat PM Malaysia bukan dari Barisan Nasional, 50 tahun sudah terlalu lama untuk berada di bawah suatu pemerintahan. Rakyat perlukan perubahan, Jawatan PM dan Kerajaan Malaysia bukanlah Pusaka BN yang sesuka hati boleh diturunkan turun-temurun...

No comments: