Wednesday, June 11, 2008

Gajah sama gajah bertempur, kancil penyek kena pijak...

Inilah fenomena yang berlaku di Malaysia dewasa ini, rupanya penampar sulung rakyat yang singgah di pipi Dollah Badawi pada PRU lalu masih belum mampu menyedarkan si kaki tidur hadari ini.

Yang seorang dipenuhi dendam kesumat; yang lagi satu sudah nyanyuk dan mudah lupa. Saban hari rakyat dihidangkan dengan adegan cabar mencabar antara keduanya, tanpa disedari gelagat ini tak ubah seperti saling menelanjangkan sesama sendiri.

Mandat nasib yang diperolehi tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh Dollah dan kroni 4 tingkatnya dalam mengembalikan kepercayaan rakyat; sebaliknya bercakaran seperti kanak-kanak kecil yang saling mengejek nama bapak masing-masing.

Kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, kenaikan harga beras dan terbaru kenaikan harga minyak dipasaran global diletakkan ketepi. Akhirnya rakyat marhaen terkesima mendengar pengunguman kenaikan harga minyak yang melambung tinggi sehingga 41%.

kegagalan memastikan harga minyak diparas penerimaan akal waras akan menyumbang ke arah infalsi,kelembapan ekonomi negara dan paling penting keselamatan rakyat banyak yang tergugat kerana peningkatan kes-kes jenayah akibat memenuhi tuntutan hidup.

Saling jatuh-menjatuhi menjadi agenda utama kepimpinan negara ketika ini, akhirnya rakyat yang mendapat musibah terkorban dalam perang saudara sehadari ini. Sikap sebaliknya ditunjukkan Pakatan Pembakang, mereka hampir langsung tidak melayan kerenah kebudak-budakan ini; bagi mereka agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat adalah perkara yang lebih utama...

Antara peluru-peluru mortar Mahathir

Pengumuman Keluar Dari UMNO
Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.


Mokhzani keluar UMNO
KUALA LUMPUR 21 Mei _ Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar daripada UMNO mengikuti jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Sanusi Junid keluar UMNO
Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno.

"Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno".


KISAH TUN SALLEH
Sebenarnya kes terhadap Tun Salleh tercetus kerana surat-suratnya kepada Yang di Pertuan Agong yang baginda anggap melanggar tatasusila serta menghina.


Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura
Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus.


RAPID KL
Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh sipolan-sipolan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara?


SANUSI JUNID
Saya berasa amat sedih dengan tindakan untuk menamatkan khidmat Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid dari menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.


Antara peluru anti mortar Dollah

Berkat doa 20 tahun Tun Salleh Abas akhirnya termakbul
Itu adalah reaksi segera daripada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas selepas kerajaan membuat keputusan untuk memberikan bayaran ex-gratia kepada bekas hakim-hakim yang dipecat ketika berlaku krisis kehakiman pada 1988.


"Duri dalam daging"
Tun Musa Hitam dan Shahrir Samad dakwa Mahathir adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’


Keluar Umno, Mokhzani didesak letak jawatan Pengerusi SIC
Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri Yaakob Ismail berkata, ekoran tindakan Mokhzani menurut jejak langkah bapanya keluar dari Umno, maka beliau mesti melepaskan jawatan pengerusi SIC kerana ia milik anak syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang dikuasai kerajaan melalui Khazanah Holdings.


'PM pengaruhi pemecatan saya'
Tan Sri Sanusi Junid menuduh perdana menteri mempengaruhi Sultan Pahang agar memecat beliau sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


Pendedahan hakim: Majlis Peguam terperanjat
Akhbar Borneo Post melaporkan dakwaan Chin bahawa Dr Mahathir telah mengugutkan untuk memecat para hakim jika mereka membuat penghakiman yang tidak menyebelahi pentadbirannya.

Beliau berkata, dalam dialog tersebut, Dr mahathir telah mengugut akan melucutkan jawatan hakim-hakim, dengan merujuk kepada tribunal yang pernah ditubuhkan, dan mengatakan walaupun ia sukar ditubuhkan, tetapi masih boleh dilakukan.

1 comment:

Ceri said...

Saya rasa rakyat M'sia ni dah ke arah porak peranda, huru hara. Sana sini buat demontrasi, berpiket tuntut hak turunkan harga minyak, pastu beras dn mcm2 lg. Pak Lah tido.... zzzzz... KJ tgh kira duit, mashukkkk... Yang si tua (dunia kata pegi, kubur kata mari) tu tgh menggigil lutut geramkan kroni2 yang dah berpaling tadah. Haihhh... penat! Rakyat bersatu tentang kerajaan, menteri2 yg kaki rasuah tu tgh gelak ketawa, berperang sesama sendiri rebut harta hasil titik peluh rakyat. Mintak potong elaun meraung tak setuju. Mana keadilan? Ini ke dia Islam Hadhari? u see... Pok Nik, tak ada siaran tv yg minta dia ulaskan secara live ttg politik yg terjadi skrg ni... Balik2 Pak Lah... Pak Lah... Pak Lah dgn gaya hidupnye... Niz Aziz duk diam2 jer atas sejadah, berdoa... dunia, dunia... "berniaga manusia lebih baik dr berniaga unta..."