Friday, January 9, 2009

Ribuan sertai protes di kedutaan AS

Ribuan orang berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak tengahari tadi sebagai membantah serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.

Menurut saksi, kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan dari bangunan Tabung Haji - yang terletak tidak sampai satu km dari kedutaan Amerika - selepas solat Jumaat.

Perarakan tersebut dianjurkan oleh Gabungan NGO Prihatin yang turut disertai oleh penyokong parti PAS.

Di sepanjang jalan, mereka melaungkan slogan anti-Amerika dan anti-Israel.


Delegas 15 orang yang diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kemudiannya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika.


Mereka mensasarkan kedutaan Amerika kerana negara itu merupakan rakan sekutu Israel.


Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan oleh itu, negara Yahudi itu tidak mempunyai kedutaan di sini.


Baca selanjutnya di sini...


Thursday, January 8, 2009

K'jaan S'gor hantar misi bantuan ke Gaza

Kerajaan negeri Selangor akan menghantar misi bantuan kemanusiaan yang akan berpangkalan di sempadan Mesir untuk memberi bantuan perubatan dan sosial kepada penduduk Gaza.

Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor semalam.

"Misi ini akan diterajui oleh Yayasan Amal yang merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman luas dalam melaksanakan misi bantuan ke seluruh dunia.

"Segala bantuan yang diberikan dalam misi ini akan dibiayai oleh kerajaan negeri," kata kenyataan pejabat menteri besar Selangor.

Menurutnya, kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat turut melahirkan rasa sedih di atas penderitaan rakyat Palestin di Gaza akibat serangan oleh rejim Israel.

Baca selanjutnya di sini...

Sementara itu...

Pak Lah in KT early because he's 'free'

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has joined in the Kuala Terengganu by-election campaign barely three days after it started because he had the free time.

Wei Dollah... ko ade free time? baik ko dok rumah tido lar.... kang tak pasai2 keluar lagi gambar mulut ternganga kau siap dengan air liur basi lagi....hahahhahaaaa

10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU

1. Wan Farid adalah 'anjing suruhan' (running dog) Khairy Jamaluddin. Sebab itulah dia terlebih dahulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Pak Lah supaya dia sebagai proksi Pak Lah, seperti yang disahkan oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dapat merobek dana negeri Terengganu.

2. Abang Wan Farid, Wan Hisham pula telah dilantik sebagai Exco Negeri Terengganu bagi Perlancongan untuk memastikan rakan perniagaan Khairy, Patrick Lim dapat memonopoli semua projek perlancongan di negeri Terengganu.

3. Wang Ehsan negeri Terengganu dari hasil Petroleum yang berjumlah berbilion ringgit tidak diagihkan kepada rakyat Terengganu tetapi disimpan oleh Si Pengkhianat Wan Farid untuk bosnya Pak Lah.

4. Dengan Wang Ehsan, Wan Farid, Wan Hisham, Khairy dan Patrick Lim telah membina 30 buah rumah dengan nilai RM 1 juta sebuah di sebuah pulau di Sungai Terengganu. Keuntungan Wan Farid dan gengnya bertambah berlipat kali ganda dengan penganjuran Monsoon Cup yang memakan belanja RM 300 Juta setahun.

5. Wan Farid bertanggung jawab dalam mengarahkan Polis bertindak ke atas rakyat Terengganu dalam‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok'. Wan Farid telah dilihat berada bersama Polis sebelum Polis bertindak ganas terhadap Rakyat.

6. Perlantikan Wan Farid adalah hadiah Pak Lah kepadanya kerana dia memainkan peranan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis menembak rakyat.

7. Menteri Besar Terengganu Ahmad Said telah memaksa Kumpulan Giant, sebuah syarikat milik kaum Cina, untuk ‘menderma’ beberapa juta ringgit kepada 'Tabung Peperangan' Umno Terengganu sebagai syarat membuka perniagaan walaupun syarat yang sama tidak dikenakan kepada syarikat milik Melayu. Tindakan Ahamad Said ini yang bersifat perkauman sudah pasti akan menyebabkan pengundi Cina di Kuala Terengganu marah dan memberi undi mereka kepada PAS. Wan Farid telah kehilanggan lebih daripada 8,000 undi Cina kepada PAS sebelum bertanding.

8. Wan Farid yang merupakan proksi Pak Lah tidak disenangi oleh Menteri Besar Ahmad Said, mantan Menteri Besar Idris Jusoh and Najib Razak. Wan Farid pasti kalah disabotaj dari tiga penjuru.

9. Wan Farid terlibat langsung dalam penahanan YM Raja Petra, Sheik Kickdefella, YB Teresa Kok dan pemberita Sin Chew dibawah ISA.

10. Wan Farid telah bersifat biadap dengan memperlekeh dan mempersendakan Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tokoh Ulama yang disanjung dan dihormati bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi juga dikalangan orang bukan Islam. Ulama yang saya maksudkan disini adalah YAB Tok Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat.

Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.

“Tiada niau untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud,” katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.

Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.

Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.

Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.

“Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.

“Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik,” katanya.

Isu undang-undang hudud dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu forum di Kota Bahru lebih dua minggu lalu.

Dalam forum tersebut, Khairy meminta Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan pendiriannya mengenai hudud dan Husam menegaskan parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.

http://www1.mstar.com.my

Terminal bas Klang, perbincangan terbuka Jumaat ini


Kerajaan negeri akan mengadakan satu perbincangan terbuka antara semua pihak yang terbabit dalam isu pemindahan operasi pengangkutan awam dari bandar Klang ke Terminal Bas Klang Sentral yang dibantah oleh pelbagai pihak.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri, mendapat taklimat lanjut daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) melalui mesyuarat exco negeri hari ini.

Taklimat itu adalah mengenai sejarah pembinaan terminal tersebut serta semua perjanjian yang terlibat, serta masalah yang diutarakan oleh peniaga dan pengusaha pengangkutan.

Pejabat Menteri Besar, dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini, kerajaan telah mengarahkan MPK menyelesaikan masalah yang timbul.

"Namun, masih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mreka," tambanya.

Baca selanjutnya di sini...


Wednesday, January 7, 2009

Suhakam: Polis bersalah lakukan kekerasan...

Panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memutuskan bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei tahun lalu.

Panel tersebut berpendapat berlaku kekerasan oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas seorang mekanik, Chang Jiun Haur (kiri) dan rakannya, Chan Siew Meng.

Chang mendakwa dia dipukul tanpa sebarang sebab oleh FRU dan seorang anggota polis pada malam berkenaan. Dia juga mendakwa polis menghalang keretanya dan memukulnya dan tiga penumpang lain.

Panel Suhakam itu hari ini bersetuju dengan Chang dan berkata penggunaan kekerasan yang melampau telah menjejaskan keselamatan mereka.

Bagaimanapun, panel itu berkata, ia tidak dapat mengenal pasti anggota yang bertanggungjawab melakukan kekerasan tersebut kerana "bukti yang bercanggah dan tidak jelas".

Tuesday, January 6, 2009

Tiga calon bertanding di KT - Juara Karaoke turut bertanding...


"Pengundi Kuala Terengganu mahukan pembangunan berterusan. Rugi jika mereka tidak menyokong Wan Ahmad Farid. Beliau anak muda yang berbakat," kata Shahrizat.

- Memang berbakat, berbakat sangat-sangat... tak caye ker? tu cuba tengok gambar kat atas tu...hahahhahaaaaaaa


Tiga calon akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari depan.

Mereka menyerahkan calon pencalonan di pusat penamaan calon di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.

Seperti yang dijangka, calon calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut menyerahkan borang pencalonan masing-masing. Seorang lagi ialah calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Pengurus pilihanraya, Datuk Mat Razali Kassim mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding selepas proses bantahan selesai pada jam 11 pagi.

Selepas sesi penyerahan borang tamat, empat bantahan telah dikemukakan tetapi kesemua bantahan itu ditolak, kata Mat Razali.

Baca selanjutnya di Malaysiakini...