Saturday, October 25, 2008

Najib sokong tamat layanan istimewa orang Melayu secara beransur



Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu - ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Bagaimanapun, program itu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1971, mesti ditamatkan 'secara beransur-ansur', kata Najib dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

"Jika kita tidak berubah, rakyat akan mengubah kita," kata Najib, 55, di pejabatnya di Putrajaya.

"Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diganti," kata Najib tetapi beliau tidak menyatakan bila ianya akan dilakukan.

Baca seterusnya di sini...


Kah...kah...kah...Jibab nak amik hati kaum Cina ker? Ini petanda yang Jibab takkan mampu nak kawal MCA kelak... atau Jibab takut perwakilan MCA usul dia ditahan bawah ISA cam perwakilan pemuda MCA usul untuk tahan Anak Hantu Dollah bawah ISA...

Dulu mati-mati tuduh pembangkang nak hapuskan DEB, tak hormati Hak-Hak Istimewa Orang Melayu sekarang dia plak nak bungkuskan DEB...

Orang Melayu ker, Cina ker, India ker bukan persoalkan Hak Istimewa Orang Melayu tapi Hak-Hak Istimewa Terlampau Kroni Melayu UMNO!!!


Syed Hamid: Utusan 'telah diberi amaran'


Utusan Malaysia telah "diberi amaran" oleh kerajaan berhubung beberapa artikel kontroversi yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar.

Beliau bagaimanapun, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya, apabila ditanya mengapa tindakan diambil terhadap beberapa akhbar, tetapi tidak terhadap Utusan.

Akhbar tersebut menjadi sasaran kritikan hebat kerana menyiarkan satu cerpen mengenai pembunuhan seorang ahli politik yang didakwa oleh DAP dimaksudkankepada ahli parlimennya, Teresa Kok.


Baca seterusnya di sini...
Amaran kat Utusan? Amaran kegajahnyer botak oi! Amaran pasal Utusan tak cukup putar belit lagi? Kalau sokabar lain paling koman surat tunjuk sebab pastu tak 'renew' permit... Ini sebenarnya publisiti murahan untuk Utusan jer pasal orang dah tak beli...

Rombakan Kabinet - Sembab bakal terima balasan Dollah


KETIKA bercakap di Beijing, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan beliau akan merombak kabinet, sedikit sebanyak merisaukan beberapa orang yang 'sudah tersindir' dengan pukulan paling keras Abdullah Ahmad Badawi, di minggu ketiga bulan Syawal.


Mungkin rombakan yang hendak dibuat, ekoran kemenangan beberapa nama baru dalam MCA, termasuk Dato' Seri Chua Soi Lek yang kini menjadi Timbalan Presiden, tetapi sedikit sebanyak, ada beberapa kerusi Umno dikatakan turut tergugat dengan perkembangan terkini.


Abdullah dikatakan betul-betul terpukul dengan kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai kempen panjang dalam pemilihan Umno hingga menyebabkan, Abdullah dikatakan melafazkan sokongannya terhadap seorang lagi Naib Presiden, Mohd Ali Rustam supaya meneruskan niatnya bertanding Timbalan Presiden Umno.


Walaupun Muhyiddin sudah manafikan kenyataannya itu, mengaitkan dengan Pelan Peralihan Kuasa antara Abdullah dengan Najib Tun Razak, tetapi beberapa pihak termasuk Shahrir Abdul Samad, Syed Hamid Albar dan Tajol Rosli Ghazali, turut 'membelasah' Muhyiddin yang dilihat tidak patuh kepada persetujuan asal Majlis Tertinggi (MT), supaya pemilihan diadakan Mac, 2009.
Baca seterusnya di sini...
Dollah nak sepak Sembab ni keluar? paling lama dia kat luarpun sampai Mac 09 jer. Diakan Madey Khan punya khadam, nama-nama macam shahrir, Syed Botak, Kojol Ghazali lah yang patut risau pasal diorang kroni Dollah...
Lepas Jibab jadi PM dan rombak kabinet nanti... Mesti banyak kroni Dollah kena terajang keluar macam Rais Yatim dan Mat Taib...

Kerajaan BN tidak cekap urus ekonomi - Anwar




Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman Menteri Kewangan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan meminjamkan sejumlah RM5 billion kepada Valuecap Sdn. Bhd. untuk menyokong pasaran saham tempatan menampakkan ketidakcekapan kerajaan BN di dalam mengurus ekonomi negara. "Tindakan ini mengesahkan kenyataan kami bahawa asas ekonomi tidak kukuh dan langkah drastik dan berani harus segera diambil.

"Rasuah, ketirisan harus dibasmi dan ekonomi negara harus dipacu dan dikendalikan oleh orang yang berkebolehan, bukannya oleh segelintir orang yang dekat dengan pemerintah," tulis Anwar di dalam blognya, http://anwaribrahimblog.com/.

Beliau juga menyifatkan tindakan tersebut sebagi terburu-buru dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Pakatan Rakyat jelasnya, sentiasa konsisten dan komited di dalam merangka sebarang dasar mahupun program untuk rakyat.

Baca seterusnya di sini...

Habislah duit hari tua aku... dah lah itu jer simpanan yang ade...kita susah-payah kerja orang lain senang-senang jer letakkan duit kita dalam risiko. Diorang tu lain ler boleh tibai balak, kaut pasir, gondolkan bukit, tarah cerun, dapat komisyen beli kapal selam, jet pejuang, helikopter bla...bla...bla...

Friday, October 24, 2008

Anak sape pulak ni?

anak jibab

TIDAK ramai antara perwakilan mesyuarat UMNO Bahagian Titiwangsa yang bersidang di sebuah hotel di Ampang, Ahad sedar kehadiran pemuda ini yang duduk di barisan depan pentas bersama beberapa perwakilan Pemuda UMNO bahagian itu.

Kalau yang mengetahuinya barangkali rakan- rakan beliau serta pimpinan tertinggi bahagian UMNO yang diketuai bekas Menteri Kesihatan itu, Datuk Seri Sulaiman Mohamad.

Jika beliau memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Nizar, mungkin perwakilan tidak ambil kisah kerana ada 488 perwakilan hadir di mesyuarat berkenaan.


Bagaimanapun, itu yang dikehendaki pemuda berusia 30 tahun itu yang kini adalah Ketua Pemuda UMNO cawangan Jalan Daud, Zon Kampung Baru dalam Bahagian Titiwangsa.

Mohd Nizar bakal bapa kepada dua anak tidak lama lagi, tidak mahu orang ramai atau perwakilan mendekatinya kerana beliau anak Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baca seterusnya di sini...

Kan dah kate dah... mesti dah planning anak-beranak diorang gak jadi Presiden UMNO nanti...
Tapi Nizar ni janganlah yakin sangat yer... Bile keahlian UMNO dah dibuka kepada warga Monggolia nanti tentu ada saingan... muahahahaaaaa.......

Wednesday, October 22, 2008

Sistem Penggiliran Antara Keluarga S.P.A.K ganti Teori R.A.H.M.A.N...

Mungkin masih ada yang tidak tahu atau tidak pernah dengar tentang Teori R.A.H.M.A.N, secara ringkasnya teori ini adalah ramalan Perdana Menteri Malaysia yang namanya tediri dari huruf-huruf dalam ejaan RAHMAN (R=Tunku Abd. Rahman, A=Tun Abd. Razak, H=Tun Hussien Onn, M=Madey, A=Dollah dan N=???).

Setakat ini teori tersebut menunjukkan 90% ketepatan dan bakal menjadi 100% tepat jika Jibab berjaya menjadi PM menjelang MAC nanti, sama-samalah kita nantikan...

Namun ketika penulis sedang membuang air besar di dalam tandas baru tadi, penulis terpikir apa pula teori selepas teori RAHMAN?. Memang tidak dinafikan tandas ialah tempatnya dan ketika membuang air besar adalah waktunya yang paling sesuai untuk memikirkan soal UMNO, sepantas jatuhnya bahan buangan penulis ke dalam mangkuk tandas sepantas itulah ilham mengenai perkara UMNO ini datang.

Kalau dilihat UMNO dari zaman Tunku hingga Dollah, maka teori sistem penggiliran keluarga tidak mustahil terjadi, sistem penggiliran yang dimaksudkan ialah Sistem Penggiliran Antara Keluarga atau S.P.A.K. antara keluarga Tun Razak, Tun Hussien Onn dan Madey. Mengapa 3 keluarga sahaja bukannya 5 seperti bilangan PM UMNO setakat ini?

Ini kerana Tengku dan Dollah mempunyai persamaan dari sudut perjalanan politiknya, keduanya menghadapi tentangan dalam mengekalkan jawatan PM dan melepaskan jawatan dalam keterpaksaan. Makanya keluarga Tunku dan Dollah secara teorinya terkeluar dari sistem penggiliran ini.

Mac ini bakal menyaksikan Jibab menjadi PM dan si Sembab menjadi TPM, peringatan tulus ikhlas buat si Sembab supaya tidaklah memasang angan-angan menjadi PM selepas Jibab kerana nasib si Sembab ini akan menyamai nasib Musang Hitam dan Arwahnya Ghapar Baba.

Mengikut pelan S.P.A.K. Jibab akan menjadi P.M sekurang-kurangnya 2 penggal dan Si Sembab akan menjadi TPM sekurang-kurangnya hingga PRU ke-13 nanti atau paling lama sepenggal setengah sahaja. Mengapa Jibab 2 penggal tapi Si Sembab mungkin tak sampai sepenggal?

Ini kerana S.P.A.K. telah menetapkan Si Bacul yang hanya tahu mengacah menghunus keris tapi gelabah bila dipersoalkan iaitu si Hisham telah lama menanti untuk mengisi jawatan TPM berpasangan dengan Jibab.

Sementara Jibab menjadi PM dan Si Bacul Hisham menjadi TPM, jawatan Menteri Pelajaran akan disandang oleh Si anak Mamak Madey siapa lagi kalau bukan Mukhriz bagi melengkapkan port folio sebelum boleh bergelar PM kelak.

Tatkala Jibab mengumumkan penyerahan kuasa kepada si Bacul Hisham kelak, si Mukhriz akan mencabar jawatan no. 2 UMNO dan ada kemungkinan menang tanpa bertanding yang melayakkannya menjadi TPM.

Ini melengkap sistem penggiliran fasa pertama iaitu Jibab kepada si Bacul Hisham kepada si anak mamak Madey, seterusnya selepas si Mukhriz adalah giliran anak Jibab, kemudian anak si bacul Hisham, kemudian anak si Mukhriz dan begitulah seterusnya sehingga dunia kiamat.

Namun yang masih menjadi tandatanya buat penulis ialah siapa bakal Presiden UMNO selepas fasa pertama?, memanglah dijangkakan jawatan itu milik anak Jibab tapi anak yang mana satu? Anak dengan bini pertamakah? atau anak dengan Bik Mama kah? atau anak dari Monggolia kah?

Senario perebutan hak oleh anak-anak Jibab ini akan mencetuskan suasana kurang aman di dalam negara kelak, berkemungkinan letupan C4 bakal bergegaran di sana-sini dan yang merisaukan belanjawan negara terpaksa ditambah peruntukannya untuk pembelian stok C4 yang kekurangan secara mendadak.

Paling-paling merisaukan ialah andai kata anak Jibab dari Monggolia ini berjaya mendapatkan haknya kembali, sanggupkah kita sebagai rakyat Malaysia berPerdana Menterikan orang Monggolia?

Fikir-fikirkanlah...


Anak siapakah ini?
Future Prime Minister of Malaysia?

Monday, October 13, 2008

Disebalik pembelian helikopter TUDM bagi menggantikan Nuri...


Setelah menyelam sambil minum air (komisyen kapal selam), Jibab nampaknya mahu terbang tinggi sambil memberakkan rakyat Malaysia dari udara pula. Tak cukup dengan komisyen dari kapal selam, kini urusan pembelian helikopter TUDM bagi menggantikan Nuri bakal dijadikan sumber Jibab untuk mengketedarah duit rakyat Malaysia.

Kalau kapal selam mampu menyumbangkan RM 500 Juta, dipercayai pembelian helikopter baru ini bakal menyumbang lebih dari RM 1.4 billion kepada dana "The Bik Mama Foundation" yang bakal dimanfaatkan sepenuhnya dalam membiayai aktiviti membeli-belah diserata dunia.

Urusniaga ini jelas mendatangkan kerugian kepada negara sambil memberi faedah kepada Jibab dan Bik Mama, dipercayai jumlah yang digunakan untuk pembelian 12 buah pesawat Cougar EC 725 dari EuroCopter bersamaan jumlah membeli 30 buah Kazan MI-172 dari Kelowna Flightcraft Limited.

Wakil jualan Kelowna Flightcraft Limited di Malaysia, Mentari Services dikhabarkan telahpun menghantar surat bantahan kepada Jibab dan surat tersebut turut dibawa kepengetahuan Dollah, Biro Pengaduan Awam, Jawatankuasa kira-kira negara dan juga BPR. Khabarnya surat tersebut menyatakan bahawa Jibab telah memberikan laporan yang kurang tepat berhubung urusan terbabit kepada Dollah.

Sila ikuti laporan penuh Di sini...