Friday, January 23, 2009

Gambar OKT - Kematian di sebabkan asthma katanya....camni ker?










Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB S'gor - Malaysiakini

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa menerima salinan surat mengenai arahan dari pejabat menteri besar Selangor berhubung pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

"Kita kesal dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu bahawa lembu dihantar ke kawasan itu (Bandar Tun Razak), dan tidak ada arahan berhubung pembayaran RM110,400 itu.

"Sebenarnya kita ada bukti dokumen yang menyatakan arahan (telah) dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid,” katanya dalam satu sidang akhbar di Pejabat Umno Selangor di Shah Alam, pagi tadi.

Baca selanjutnya di sini...

Inilah masalah orang umno macam khir botox ni... akan gunakan apa sahaja peluang untuk jatuhkan pihak lawan dan kawan demi survival diri sendiri...

Adakah orang umno belajar sesuatu dari PRU dan PRK yang lepas? kalau lihat apa yang khir botox buat ni... nampaknya memang juak-juak umno tak pernah dan mungkin tak akan belajar...

Adakah tindakan khir botox ini untuk memperjuangkan kepentingan rakyat atau sekadar mencari populariti murahan demi memastikan namanya tidak tenggelam menjelang pemilihan umno nanti?

Atau mungkinkah khir botox ingin mengimbangi berita-berita atau pendedahan-pendedahan gejala rasuah di pihak juak-juak umno yang senantiasa menghiasi media cetak, elektronik mahupun cyber sekarang ni?

Ternyata jawatan ketua pembangkang negeri tidak memberi apa-apa kelebihan untuk khir botox menonjolkan diri berbanding 2 pencabar lain Khairy Jack Daniel dan Mukhriz Madey Khutty...

Sebagai anak jati negeri tercinta Selangor ni, aku nak bagi tau kat ko khir botox... "DI HARAP TAHUN DEPAN MB SELANGOR DAPAT MENGGUNAKAN DANA KERAJAAN NEGERI YANG LEBIH BESAR UNTUK MENGAGIHKAN LEMBU-LEMBU KORBAN KE SEMUA SURAU-SURAU DAN MASJID-MASJID SELURUH NEGERI..."

Wednesday, January 21, 2009

Laporan rasuah terhadap MB S'gor - Malaysiakini

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid telah menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam aduannya, Mohd Nazree mendakwa Abdul Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak itu juga mendakwa, mereka menerima dokumen minggu lagi dari seorang individu yang bekerja dengan agensi kerajaan negeri terbabit - Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd.

Berita penuh di sini...

Kelakar gila la... gerak dengan mat ezam dah sama buang tebiat agaknya... salah guna dana kerajaan negeri untuk menaja 46 ekor lembu korban???

Korang dah pulun carik salah MB selangor ni tak jumpa kot... sampai bende cam ni pun nak jadikan isu?

Tak pernah dibuat orang la GERAK oi! bagi lembu korban pun jadi isu...hahahhaaaaa....

Baik korang siasat MB selangor salah guna kuasa menggunakan dana kerajaan negeri untuk beri subsidi 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor...

PAS ucap terima kasih kepada semua

PAS Terengganu khasnya merakamkan ucapan terima kasih dengan seribu penghargaan kepada semua ahli parti, para petugas, jentera PAS, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat seperti Parti KeADILan Rakyat (KeADILan)), DAP, Kelab Penyokong PAS dan para pengundi khususnya di Kuala Terengganu.

Ucapan penghargaan itu kerana semua pihak yang terlibat bekerja dan berusaha bagi memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kali ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut melahirkan rasa terharu dengan sokongan serta bantuan semua pihak bekerja bagi memenangkan PAS dalam pilihan raya kecil ini.

"Saya hendak ambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak, kepada SPR, kepada polis dan khususnya kepada para pengundi yang telah pun memberikan kepercayaan dan mandat untuk kita (PAS) menang dalam pilihan raya ini."

"Begitu juga kepada petugas-petugas dari semua parti yang terlibat dalam Pakatan Rakyat seperti Parti KeADILan Rakyat, DAP dan PAS," jelasnya.

Menurutnya, bantuan petugas bagi menggerakkan jentera parti bukan sahaja dari negeri ini tetapi termasuk di luar Terengganu yang datang membantu.

"Mereka yang datang bukan sahaja dari Terengganu tetapi dari seluruh negara yang bekerja sepanjang masa.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan Insya-Allah, saya akan cuba mengambil masa untuk jelajah ke seluruh negara dan mengadakan ceramah-ceramah di seluruh negara," jelasnya.

Katanya, kehadiran para petugas PAS dan Pakatan Rakyat dari luar Terengganu yang begitu ramai dengan mengorbankan masa, tenaga dan kewangan.

Menurutnya, pada peringkat awal ini diatur program menyambut kesyukuran di atas kemenangan di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Unit Peti Undi (UPU) dalam negeri terlebih dahulu.

Saturday, January 17, 2009

Kepala babi diletak di surau UM - Malaysiakini

Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.


Sebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.


Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.


Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.


Apalah nak jadi... kalau budak Islam melayu yang buat kerja ni memang patut kena rejam dengan batu... Islam hapa sampai sanggup nak cemarkan kesucian surau? walaupun aku tau ade jugak juak umno yang berani robohkan surau, tapi rasenyer takde ler sampai nak letak kepala babi dalam surau....

Kalau bangsa lain yang buat aku nasihatkan korang jangan main dengan api! ini dah melampau, surau tu rumah ibadat orang islam dan babi tu haram... korang dah kotorkan rumah ibadat orang islam!!!

Wednesday, January 14, 2009

Apa ada dengan CAMRY...

Lepas Perak Selangor pulak, Penang, Kedah dan Kelantan bakal mengikut jejak atau lain pulak seleranya?

Kenapa CAMRY? kenapa Perak dan Selangor sama citarasa? sebab maintenance Proton Perdana kos tinggi? itu bukan jawapannya...

Kenapa CAMRY? kenapa Perak dan Selangor sama citarasa? kenapa tak Harrier? kenapa tak CRV? kenapa tak Hilux? Kenapa tak Civic atau sebagainya...

Memang betul setakat CAMRY apelah sangat kalau nak dibandingkan dengan MERC, sebijik MERC GANU tu boleh dapat 2-3 bijik CAMRY kot...

Ok tak nak cerita pasal negeri lain, cerita pasal negeri sendiri aje negeri Selangor.

Memula dapat jadi MB, Tan Sri Kate camni "Saya tak perlu kereta baru, saya ada kereta saya sendiri". Pastu tambah lagi "tak ada sebarang pengubahsuaian pejabat dan seumpamanya".

Tup-tup Tan Sri beli CAMRY untuk EXCO dan para pegawai. Tan Sri cakap "tahun lepas tak beli sebab takde dalam bajet", jadi tahun ni beli sebab dimasukkan sekali dalam bajet...

Setiausaha Tan sri, Nik Nazmi pulak kata "pembelian CAMRY ni tak langsung menjejaskan projek kebajikan rakyat". So kebajikan exco didulukan, kebajikan rakyat dikemudiankan ker?

Tak dinafikan rakyat dah dapat air free 11 ringgit sebelum ni. Maksud aku untuk 2009, kenapa kebajikan exco yang didulukan Tan Sri?

Kemudian janganlah terlalu menggunakan kelemahan, kesilapan atau kesengajaan kerajaan negeri yang lepas untuk dijadikan kayu pengukur atau perbandingan kesesuaian sesuatu keputusan exco yang bakal diambil.

Kalau dilihat dari komen Setiausaha Tan Sri, Nik Nazmi yang membandingkan tindakan Khir Toyo membeli MERC menggunakan peruntukkan KDEB seolah-olah menggambarkan tindakan Khir itu memberi lesen kepada kerajaan negeri yang baru untuk melakukan perkara serupa asal jangan menyamai atau melebihi tindakan Khir Toyo, kurang tak mengapa...

Cakap pasal perbandingan,jangan hanya bagitau rakyat maintenance Proton mahal. Rakyat nak tahu jugak berapa perbezaan harga maintenance CAMRY dibandingkan dengan Perdana, jauh lebih murah? sama harga atau lebih mahal?

Sebagai anak jati negeri Selangor, aku rasa takde salahnya exco kerajaan negeri nak pakai kereta CAMRY ke hape ke cumanya aku harap keputusan beli kereta ni bukanlah langkah sulung dalam mengulangi sikap tidak amanah dan korupsi kerajaan lama...

Tuesday, January 13, 2009

Kebencian di Palestin dan Kasih Sayang di Kuala Terengganu - Khir Toyo merapu lagi...

Cam biasa aku pasti tak ketinggalan jenguk blog ketua pembangkang negeri Selangor kesayangan aku ni...hahhahahaaaa

Korang bace le dulu... nanti tengok komen aku kat bawah....


10. Kuala Terengganu juga memberi saya satu lagi perspektif baru erti kasih sayang. Palestin dan Israel telah lama kehilangan kasih sayang sesama manusia. Pas dan UMNO juga sekali sekala sudah melupakan ikatan persaudaraan sesama bangsa dan agama. Namun dicelah-celah Kuala Terengganu saya menemui banyak kasih sayang yang masih subur.

11. Saya bertemu dengan sepasang suami isteri yang telah tua tetapi masih setia bersama. Si suami yang telah berusia hampir 70 tahun masih menjaga isterinya yang hampir seusia tetapi lumpuh sebelah badan. Suaminya masih setia membersihkan isterinya dan menyediakan makanan setiap hari tanpa merungut atau mempamerkan sebarang kesedihan.

12. Saya juga melawat dengan seorang wanita tua yang tiada anak dan tidak mampu berjalan dengan kuat lagi. Apa yang menggembirakan ialah beliau dijaga dengan begitu baik oleh anak saudaranya yang tinggal berhampiran rumah. Anak saudara tersebut boleh sahaja tidak mempedulikannya, namun kasih sayang dan ikatan kekeluargaan masih akrab.

13. Demikian juga satu lagi keluarga yang saya temui. Suaminya begitu setia menjaga isterinya yang mendapat kanser payu dara dan mempunyai anak berusia sebelas bulan. Sedihnya selepas dua hari saya berbual dengan mereka, suaminya menelefon saya memaklumkan bahawa isterinya telah kembali ke rahmatullah. Demikianlah kasih sayang suami tersebut menjaga isterinya sehingga ke akhir hayat.

14. Ketika kita dihimpit masalah kebencian dan kemarahan sesama manusia atas sebab kuasa dan maruah, masih ada kasih sayang dan harapan di celah-celah kehidupan manusia biasa.

Kesian Khir Botox ni.... selama 8 tahun jadi MB selangor dia tak pernah jumpa keaadaan camni? selama berpuluh tahun jadi ahli umno yang kununnya memperjuangkan nasib rakyat...di tak pernah jumpa keadaan camni?

Selama ni terlalu selesa dengan kereta dan rumah besar agaknya, tak pernah nak turun jenguk orang-orang kampung dan rakyat marhaen.

Bila pemilihan umno dah dekat barulah dengan poyo nyer menunjukkan rase simpati dengan permasalahan rakyat. Macamlah keadaan yang digambarkan tu wujud di KT jer.... cam ler kat selangor takde... ko email aku kat midieahmad@yahoo.com khir toyo oi! meh aku bawak ko jumpa orang susah kat Selangor ni....