Thursday, January 8, 2009

10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU

1. Wan Farid adalah 'anjing suruhan' (running dog) Khairy Jamaluddin. Sebab itulah dia terlebih dahulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Pak Lah supaya dia sebagai proksi Pak Lah, seperti yang disahkan oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dapat merobek dana negeri Terengganu.

2. Abang Wan Farid, Wan Hisham pula telah dilantik sebagai Exco Negeri Terengganu bagi Perlancongan untuk memastikan rakan perniagaan Khairy, Patrick Lim dapat memonopoli semua projek perlancongan di negeri Terengganu.

3. Wang Ehsan negeri Terengganu dari hasil Petroleum yang berjumlah berbilion ringgit tidak diagihkan kepada rakyat Terengganu tetapi disimpan oleh Si Pengkhianat Wan Farid untuk bosnya Pak Lah.

4. Dengan Wang Ehsan, Wan Farid, Wan Hisham, Khairy dan Patrick Lim telah membina 30 buah rumah dengan nilai RM 1 juta sebuah di sebuah pulau di Sungai Terengganu. Keuntungan Wan Farid dan gengnya bertambah berlipat kali ganda dengan penganjuran Monsoon Cup yang memakan belanja RM 300 Juta setahun.

5. Wan Farid bertanggung jawab dalam mengarahkan Polis bertindak ke atas rakyat Terengganu dalam‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok'. Wan Farid telah dilihat berada bersama Polis sebelum Polis bertindak ganas terhadap Rakyat.

6. Perlantikan Wan Farid adalah hadiah Pak Lah kepadanya kerana dia memainkan peranan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis menembak rakyat.

7. Menteri Besar Terengganu Ahmad Said telah memaksa Kumpulan Giant, sebuah syarikat milik kaum Cina, untuk ‘menderma’ beberapa juta ringgit kepada 'Tabung Peperangan' Umno Terengganu sebagai syarat membuka perniagaan walaupun syarat yang sama tidak dikenakan kepada syarikat milik Melayu. Tindakan Ahamad Said ini yang bersifat perkauman sudah pasti akan menyebabkan pengundi Cina di Kuala Terengganu marah dan memberi undi mereka kepada PAS. Wan Farid telah kehilanggan lebih daripada 8,000 undi Cina kepada PAS sebelum bertanding.

8. Wan Farid yang merupakan proksi Pak Lah tidak disenangi oleh Menteri Besar Ahmad Said, mantan Menteri Besar Idris Jusoh and Najib Razak. Wan Farid pasti kalah disabotaj dari tiga penjuru.

9. Wan Farid terlibat langsung dalam penahanan YM Raja Petra, Sheik Kickdefella, YB Teresa Kok dan pemberita Sin Chew dibawah ISA.

10. Wan Farid telah bersifat biadap dengan memperlekeh dan mempersendakan Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tokoh Ulama yang disanjung dan dihormati bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi juga dikalangan orang bukan Islam. Ulama yang saya maksudkan disini adalah YAB Tok Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat.

Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.

“Tiada niau untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud,” katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.

Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.

Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.

Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.

“Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.

“Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik,” katanya.

Isu undang-undang hudud dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu forum di Kota Bahru lebih dua minggu lalu.

Dalam forum tersebut, Khairy meminta Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan pendiriannya mengenai hudud dan Husam menegaskan parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.

http://www1.mstar.com.my

Terminal bas Klang, perbincangan terbuka Jumaat ini


Kerajaan negeri akan mengadakan satu perbincangan terbuka antara semua pihak yang terbabit dalam isu pemindahan operasi pengangkutan awam dari bandar Klang ke Terminal Bas Klang Sentral yang dibantah oleh pelbagai pihak.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri, mendapat taklimat lanjut daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) melalui mesyuarat exco negeri hari ini.

Taklimat itu adalah mengenai sejarah pembinaan terminal tersebut serta semua perjanjian yang terlibat, serta masalah yang diutarakan oleh peniaga dan pengusaha pengangkutan.

Pejabat Menteri Besar, dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini, kerajaan telah mengarahkan MPK menyelesaikan masalah yang timbul.

"Namun, masih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mreka," tambanya.

Baca selanjutnya di sini...


Wednesday, January 7, 2009

Suhakam: Polis bersalah lakukan kekerasan...

Panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memutuskan bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei tahun lalu.

Panel tersebut berpendapat berlaku kekerasan oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas seorang mekanik, Chang Jiun Haur (kiri) dan rakannya, Chan Siew Meng.

Chang mendakwa dia dipukul tanpa sebarang sebab oleh FRU dan seorang anggota polis pada malam berkenaan. Dia juga mendakwa polis menghalang keretanya dan memukulnya dan tiga penumpang lain.

Panel Suhakam itu hari ini bersetuju dengan Chang dan berkata penggunaan kekerasan yang melampau telah menjejaskan keselamatan mereka.

Bagaimanapun, panel itu berkata, ia tidak dapat mengenal pasti anggota yang bertanggungjawab melakukan kekerasan tersebut kerana "bukti yang bercanggah dan tidak jelas".

Tuesday, January 6, 2009

Tiga calon bertanding di KT - Juara Karaoke turut bertanding...


"Pengundi Kuala Terengganu mahukan pembangunan berterusan. Rugi jika mereka tidak menyokong Wan Ahmad Farid. Beliau anak muda yang berbakat," kata Shahrizat.

- Memang berbakat, berbakat sangat-sangat... tak caye ker? tu cuba tengok gambar kat atas tu...hahahhahaaaaaaa


Tiga calon akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari depan.

Mereka menyerahkan calon pencalonan di pusat penamaan calon di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.

Seperti yang dijangka, calon calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut menyerahkan borang pencalonan masing-masing. Seorang lagi ialah calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Pengurus pilihanraya, Datuk Mat Razali Kassim mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding selepas proses bantahan selesai pada jam 11 pagi.

Selepas sesi penyerahan borang tamat, empat bantahan telah dikemukakan tetapi kesemua bantahan itu ditolak, kata Mat Razali.

Baca selanjutnya di Malaysiakini...

Lima anggota AMK ditahan di KT

Polis menahan lima anggota Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), termasuk ketua AMK Terengganu, Fariz Musa pagi tadi.

Menurut Ketua AMK pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mereka ditahan pada kira-kira jam 5 pagi ketika menampal poster memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu, sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Shamsul mendakwa tindakan mereka itu menyebabkan pihak polis bertindak menahan mereka di bawah Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Kelima-lima mereka ditahan di ibupejabat polis Kuala Terengganu untuk disoalsiasat, sebelum dibawa ke mahkamah majistret Kuala Terengganu untuk dilanjutkan tempoh tahanan reman ke atas mereka sehingga empat hari bagi membantu siasatan.

Majistret Aznila Mohd Anas bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa itu dan berkata tempoh sehari sudah mencukupi untuk menyelesaikan siasatan.

Aznila kemudiannya membenarkan polis menahan reman kelima-lima mereka selama 24 jam. Mereka mesti dibebaskan jam 5.10 pagi esok.

Baca selanjutnya di sini...

Monday, January 5, 2009

Selangor Juara Piala Sumbangsih 2009 - RTM dan FAM mempolitikkan sukan?



Tahniah kepada pasukan bolasepak Selangor yang berjaya menumbangkan Pasukan Kedah untuk menggondol Piala Sumbangsih 2009.

Sebagai penyokong setia Pasukan Bolasepak Selangor tentunya kemenangan bergaya tersebut amat bermakna apatah lagi ianya berlaku di depan penyokong lawan di Stadium mereka sendiri.

Selain ke"gabra"an helmi eliza dan kehebatan pemain Kedah dalam memijak kepala pemain lawan, banyak perkara menarik dapat disaksikan pada malam tersebut.

Perlantikkan Amri Yahya sebagai Ketua Pasukan Bolasepak Selangor yang diketahui umum sebagai menantu kepada Adun Sri Serdang, bekas pengurus Pasukan Selangor Satim Deamon adalah bukti di mana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mengamalkan diskriminasi parti seperti mana didakwa juak-juak UMNO.

Amri sendiri tentunya berdebar-debar selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri, pada saat itu tentunya beliau tertanya-tanya bagaimanakah nasibnya di dalam pasukan nanti.
Rupanya bukan sahaja dapat mengekal tempat sebagai pemain, malah dapat menjadi Ketua Pasukan menggantikan Shukor Adan. Begitulah jika kita tidak mencampur adukkan sukan dan politik.


Berbeza pula dengan Timbalan Pengerusi Si Khairy Jack Daniel dan Pengerusi FAM Sultan Pahang, ini adalah kali kedua mereka tidak menghadirkan diri dalam upacara seperti ini setelah yang pertamanya pada Final Piala Malaysia 2008.

Sementara RTM1 pulak menyerlahkan ke tidak professionalan nya dengan tidak menyiarkan upacara penyampaian pingat dan piala. Mungkin cuba sedaya mungkin meminimumkan penyiaran gambar MB Kedah yang berkopiah putih.

Sepatutnya presiden FAM dan timbalannya meletakkan jawatan jika tidak boleh menghadiri pertandingan kelolaan mereka sendiri, mahu tak mahu mereka akan berdepan situasi ini sekurang-kurangnya untuk 3-4 tahun lagi memandangkan kebanyakan kuasa bolasepak domestik adalah dari negeri Pakatan Rakyat.

Buat RTM jika tidak professional dalam membuat siaran langsung sukan bagi je hak penyiaran kat Astro. Kena bayor pun takpe...