Monday, January 5, 2009

Selangor Juara Piala Sumbangsih 2009 - RTM dan FAM mempolitikkan sukan?



Tahniah kepada pasukan bolasepak Selangor yang berjaya menumbangkan Pasukan Kedah untuk menggondol Piala Sumbangsih 2009.

Sebagai penyokong setia Pasukan Bolasepak Selangor tentunya kemenangan bergaya tersebut amat bermakna apatah lagi ianya berlaku di depan penyokong lawan di Stadium mereka sendiri.

Selain ke"gabra"an helmi eliza dan kehebatan pemain Kedah dalam memijak kepala pemain lawan, banyak perkara menarik dapat disaksikan pada malam tersebut.

Perlantikkan Amri Yahya sebagai Ketua Pasukan Bolasepak Selangor yang diketahui umum sebagai menantu kepada Adun Sri Serdang, bekas pengurus Pasukan Selangor Satim Deamon adalah bukti di mana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mengamalkan diskriminasi parti seperti mana didakwa juak-juak UMNO.

Amri sendiri tentunya berdebar-debar selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri, pada saat itu tentunya beliau tertanya-tanya bagaimanakah nasibnya di dalam pasukan nanti.
Rupanya bukan sahaja dapat mengekal tempat sebagai pemain, malah dapat menjadi Ketua Pasukan menggantikan Shukor Adan. Begitulah jika kita tidak mencampur adukkan sukan dan politik.


Berbeza pula dengan Timbalan Pengerusi Si Khairy Jack Daniel dan Pengerusi FAM Sultan Pahang, ini adalah kali kedua mereka tidak menghadirkan diri dalam upacara seperti ini setelah yang pertamanya pada Final Piala Malaysia 2008.

Sementara RTM1 pulak menyerlahkan ke tidak professionalan nya dengan tidak menyiarkan upacara penyampaian pingat dan piala. Mungkin cuba sedaya mungkin meminimumkan penyiaran gambar MB Kedah yang berkopiah putih.

Sepatutnya presiden FAM dan timbalannya meletakkan jawatan jika tidak boleh menghadiri pertandingan kelolaan mereka sendiri, mahu tak mahu mereka akan berdepan situasi ini sekurang-kurangnya untuk 3-4 tahun lagi memandangkan kebanyakan kuasa bolasepak domestik adalah dari negeri Pakatan Rakyat.

Buat RTM jika tidak professional dalam membuat siaran langsung sukan bagi je hak penyiaran kat Astro. Kena bayor pun takpe...

Friday, January 2, 2009

Perak pinggir undang-undang - Utusan Menipu!


* Pembaca utusan tak makan kelentong media pengampu!!!

Kerajaan Perak didakwa telah diperalat oleh pihak tertentu apabila membuat keputusan menyerahkan hak milik kekal kepada sebelas penduduk kampung baru di Gerik.

Komen Ali Ketam : ''Ini bukan peraturan baru tetapi telah diguna pakai sejak selepas merdeka dan seluruh negeri mengikutinya tetapi apa yang dilakukan oleh Mohammad Nizar menunjukkan beliau menyalahgunakan kuasa dan tidak mengikut arahan yang telah ditetapkan."

''Ini jelas menunjukkan kesombongan Mohammad Nizar yang baru pegang jawatan Menteri Besar dan hendak tunjuk kuasa tetapi sebenarnya beliau telah diperalatkan."

Ko settle kan ajelah kes penternak babi dekat negeri kau tu. Esok dengan rumah kau sekali diorang gantung bangkai babi kat pagar. khak ptuih!

Komen Mike Tyson : "Bukan semuanya boleh dilakukan sesuka hati kerana ia masih tertakluk pada KTN dan bidang kuasa MTN, semuanya memerlukan penyelarasan bagi mengelak ketidakadilan kepada pihak terbabit."

''Jangan hanya untuk menggembira dan memuaskan hati segelintir pihak maka undang-undang dipinggirkan."

Oooo...
Kalau bagi tanah kat anak bini dan kroni takpe?
Kalau nak puaskan hati anak bini dan kroni ok?
Kalau pindah hak milik tanah kat anak bini dan kroni boleh dilakukan sesuka hati? tak perlu ke penyelarasan KTN dan MTN?
Korang ni cakap macam le korang tu betul sangat, cermin diri sendiri dulu lar...

Mementang MAC 09 dah dekat. semua pakat menyalak! Woooo...Woooo...Wooo...

Tajol Rosli takde komen ker? hmmm....

Laporan pertama dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Satu dokumen setebal 60 mukasurat yang mengandungi pelbagai laporan rasuah lama dan baru telah diserahkan sempena dengan pemulan baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mula beroperasi 1 Januari tahun ini.

Laporan berkenaan diserahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan Badrul Hisham Shaharin di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.

Menurut Badrul dokumen berkenaan diserahkan adalah bagi menguji peranan SPRM yang telah ditubuhkan tanpa sebarang pindaan di parlimen ini mampu melakukan tugas dengan baik.

"Ini adalah laporan pertama kepada SPRM. Sekiranya SPRM gagal bertindak terhadapnya (dokumen yang diserahkan) maka rakyat akan terus kecewa kerana wang yang dibayar melalui cukai terbazir untuk memenuhi retorik politik perang rasuah yang hanya menangkap ikan bilis atau pendakwaan berdasarkan politik," katanya di luar Ibu Pejabat SPRM.

Dalam dokumen berkenaan turut mengandungi laporan rasuah bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz yang pernah dibuat beberapa tahun dulu.

Baca selanjutnya di Harakah...

Tiada ahli India tinggalkan PKR

Tidak ada tindakan ahli-ahli India keluar PKR beramai-ramai susulan tidak berpuas hati terhadap parti itu dan terpengaruh dengan isu ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam, kata timbalan presidennya.

Dr Syed Husin Ali menyifatkan usaha mengajak ahli-ahli berbuat demikian seperti disusun oleh bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala (foto, dua dari kiri) petang kelmarin di sebuah hotel sebagai "gagal".

Tidak ada pemimpin India dari PKR yang hadir.

"Bilangan wartawan yang berkumpul mengharapkan berita hangat dari mesyuarat tersebut lebih ramai dari ahli biasa yang menghadiri mesyuarat ini," katanya.

"Bukan saja Jenabala kecewa, bahkan wartawan pun kecewa.

"Dua minggu lalu Jenapala digugurkan daripada jawatannya sebagai timbalan setiausaha agung kerana diisytiharkan muflis."

Baca selanjutnya di Malaysiakini...

Biasalah orang masuk politik ni kebanyakkanya ada agenda, cita-cita dan nafsu serakah sendiri. Bila tak dapat apa yang di impikan mulalah nak keluar parti le, itu le ini le.

Paling best yang sanggup nak bogel pun ade... macam-macam ada....

Salam Maal Hijrah dan Happy New Year - Khairy Jack Daniels

Saya dan keluarga dengan ini mengucapkan selamat menyambut lembaran baru Maal Hijrah 1430.

Sesungguhnya peristiwa Maal Hijrah ini bukan sahaja berkisar tentang penghijrahan Rasulullah SAW dan para Sahabat dari Mekah dan Madinah, yang menampakkan perancangan teliti dan penuh strategik bagi membina kekuatan dan perpaduan, malah juga melambangkan semangat setiakawan yang jitu dengan ikatan persaudaraan golongan Muhajirrin dari Mekah dan Ansor di Madinah.

Baca selanjutnya di beruk-rembau.com


Tak tau ler si KJ ni salah taip ke atau memang tak tau sejarah Islam. Mungkin kerana terlalu memfokuskan tentang hadhari maka di tersilap fakta tentang kisah-kisah di zaman Rasulullah SAW...

Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu

Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.

Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA).

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi).

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

Sumber : Harakah

Thursday, January 1, 2009

Ezam: 6 kotak dokumen rasuah pada Anwar

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor - yang terkenal dengan “enam kotak dokumen rasuah” melibatkan pimpinan Umno dan BN - mendakwa bukti-bukti itu tidak ada pada beliau, sebaliknya berada di tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan. Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamad Ezam berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu, tetapi Anwar meminta beliau supaya “tunggu untuk (faedah) politik”.

“Saya tidak setuju. Itu antara sebabnya saya keluar PKR,” katanya, ketika diminta gesaan Pemuda PKR Terengganu supaya beliau mendedahkan kandungan kotak rasuah itu sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.

Baca selanjutnya di sini...

Camana le orang cam ezam boleh keluarkan kenyataan bodoh camni... Dia tak setuju DSAI tak dedahkan dokumen-dokumen rasuah umno jadi dia masuk umno... ape ke baghal punya statement....

Kalau kita ade bukti atau nampak orang membunuh pastu kita report kat polis, pastu polis kate tak boleh nak tangkap pembunuh tu buat mase sekarang sebab tak cukup bukti... adakah kitapun akan ikut sama jadi pembunuh?

Ezam ko ni memang bodoh ke atau ko cuba memperbodohkan penyokong umno yang dah sememangnya kurang cerdik???