Tuesday, December 16, 2008

10 Dalil kenapa polis boleh tahan pengayuh basikal JERIT...

1. Pengayuh basikal tidak memiliki "Lesen Mengayuh" dan "Cukai Jalan" serta tidak dilindungi "Insurans".

2. Tidak memakai atau pemakaian topi keledar tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

3. Pencemaran alam sekitar berikutan penghasilan bau dan air peluh yang meloyakan.

4. Mengayuh secara perlahan dan berhemah akan mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan besar dan mewah yang mengamalkan pemanduan melulu dan merbahaya.

5. Bakal menjadikan kes kecurian basikal naik mendadak berikutan trend berbasikal menjadi popular.

6. Basikal yang dikayuhi tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan tiada nombor pendaftaran kenderaan.

7. Bakal menambah peruntukan PDRM berikutan terpaksa mewujudkan skuad baru bertujuan membenteras kegiatan Mat Kayuh seperti mana Skuad 42 yang membenteras kegiatan Mat Rempit.

8. Perlakuan pengayuh JERIT berbasikal secara berkumpulan tidak mendapat permit Polis.

9. Polis dah takde kerja kerana kadar jenayah menurun secara mendadak selepas 5 negeri dikuasai Pakatan Rakyat.


10. Gaya hidup sihat seperti berbasikal perlu dihapuskan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang GEMOK dan PENDEK macam bakal wanita pertama Malaysia THE BIK MAMA...

Banyak lagi sebenarnya dalil polis ni kalau nak tangkap orang....kahkahkah....

Exco dedah tembelang Presiden Reformis - hahahaaa bacul anu kecik ni... ini sebabnya nak bogel tak bogel-bogel jugak yer....hahahhaaaaa

Gara-gara gagal mendapat projek perniagaan, Presiden Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) menjadikan persatuan itu sebagai landasan membalas dendam peribadi kepada kerajaan Selangor.

Ini didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis reformasi yang datang sendiri ke pejabat Suara Keadilan.

Raymond @ Suppiah mendedahkan betapa Ramlan Abu Bakar pernah meminta beberapa projek dari kerajaan Selangor melalui syarikat beliau.

Walaubagaimanapun katanya, Ramlan gagal mendapatkan projek berkenaan.Kegagalan itu seperti membuahkan dendam Ramlan dan muncullah ugutan seperti demo bogel.

Sebelum ini beliau pernah mempertahankan Menteri Besar Selangor apabila diserang oleh orang parti,namun setelah gagal untuk mendapat projek Ramlan bertindak agresif dengan mengugut MB dengan cara demo bogel. Beliau pernah berkata untuk menekan MB. Ini dendam peribadi, bukan agenda perjuangan,”kata Raymond.

Timbalan Presiden Reformis, Badrul Hisham Mohd Hanafiah pula mendedahkan dalang disebalik pergerakan Ramlan itu ialah orang yang mempunyai kaitan dengan bekas Ketua AMK Ezam Mohd Nor.

“Bekas Exco AMK di bawah kepimpinan Ezam, Sanusi Abdullah telah dilantik oleh Ramlan untuk menjadi penaung dan dia diantara orang penting bagi mengantur pergerakan. Dibelakang beliau ialah Sanusi,” kata Badrul.

Seorang lagi Exco Reformis, Azizi Anas mendakwa Ramlan sebagai sengaja membuat kecoh untuk menarik perhatian umum serta media yang diperalatkan Barisan Nasional. Katanya, tindakan itu memburukkan nama baik perjuangan aktivis yang sejak dulu memperjuangkan reformasi untuk negara ini.

“Siapakah beliau untuk menilai dan memburukkan orang lain? Beliau harus siapa beliau dalam gerakan reformasi,” kata Azizi.

Mereka adalah antara exco persatuan itu yang mengambil tindakan memberi surat tunjuk sebab kepada Ramlan. Walau bagaimana pun Ramlan dikatakan bertindak balas ‘memecat’ mereka. Bagaimana pun menurut Setiausaha Reformis, Norzairi Jantan, pemecatan itu tidak sah dari segi undang-undang.

Norzairi menegaskan Ramlan tidak mempunyai hak untuk memecat jawatankuasa penaja. Tambahnya, dalam akta pertubuhan, pertubuhan peringkat penaja tidak mempunyai hak untuk memecat anggotanya, sebaliknya, jawatankuasa boleh memecat presiden.

“Kami telah meneliti dibawah akta 7(2) serta fasal 9(4), presiden tidak mempunyai hak untuk memecat mana-mana ahli jawatankuasa atau exco kecuali dengan majoriti dua pertiga dari jawatankuasa menyokong tindakan berkenaan,” ujar Norzairi.

Tambahnya lagi, kumpulan berkenaan kini sudah mempunyai calon presiden yang baru, walau bagaiaman beliau enggan mendedahkan siapakah individu berkenaan. “Kami sudah mempunyai pengganti yang berkelayakan dan akan tampilkanya tidak lama lagi,” kata beliau.

Seorang lagi exco, Mohamed Hafifudin Nordin mendedahkan bahawa Ramlan sebenarnya tidak mempunyai penyokong dan sebaliknya hanya menggunakan para pekerjanya dan mengaku sebagai reformis.

“Setiap kali sidang media yang dianjurkan Ramlan akan membawa orang-orang beliau yang dikatakan menyokong, namun sebenarnya beliau hanya membawa pekerja-pekerja beliau sendiri,” katanya.

Mohamed berkata, Ramlan adalah seorang pengusaha tempat letak kereta di Sentul, dan hanya pekerja beliau sahaja yang sentiasa menjadi orang belakang beliau.

“Para pekerja beliau tidak bersalah, hentikanlah mengheret para pekerja hanya untuk melakukan serangan peribadi. Sekiranya beliau mempunyai sokongan, kami hanya meminta beliau satu perkara, anjurkan demonstrasi tidak payah bogel, kita boleh lihat berapa ramai yang sokong beliau,” katanya sinis.

Dicilok dari perisik rakyat...

Monday, December 15, 2008

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi...

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.

Sumber : Malaysiakini

Buat ke sekian kalinya minyak diturunkan... bukan tak bersyukur tapi tak kuasa nak melayan kebodohan so call "pemimpin negara" memperbodohkan rakyat dengan taktik sebegini...

Rakyat teramat faham bahawa harga minyak patut diturunkan lebih rendah sejajar dengan harga pasaran minyak dunia.

Korang ingat dengan menurunkan harga minyak berkali-kali akan menampakkan korang buat kerja? kononya me"revise" harga minyak dari masa ke masa?

Korang cuma akan menyerlahkan ke tidak cekapan korang dalam urus tadbir negara, cuba mengaut duit rakyat melalui cukai minyak tinggi dari sepatutnya disamping menambah kayakan kroni-kroni korang pemegang saham petronas...

Lepas tu buat-buat pening kepala kununnya harga minyak dah turun banyak kali tapi barang tak turun-turun jugak...bodoh...bodoh...

Tanah Runtuh; Kajian Kawasan Selamat...

Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan hasil siasatan berhubung kebenaran mendiami rumah mereka yang terlibat dengan runtuhan tanah di Taman Bukit Mewah dan lima kawasan yang berhampiran dengan runtuhan tersebut.

Pengumuman tersebut akan dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 19 Disember iaitu selepas hasil siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya Persekutuan dengan Kumpulan Ikram.

Menurut beliau, JKR Persekutuan dan kumpulan Ikram akan membuat kajian bagi menentukan mana-mana kawasan yang boleh didiami semula.

"Jika didapati kawasan tersebut tidak boleh didiami atas sebab risiko tanah runtuh kerajaan negeri akan memberi penerangan dan membantu menyelesaikan masalah penduduk terlibat," katanya dalam sidang media di Taman Bukit Mewah.

Khalid mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Penduduk runtuhan tanah Bukit Antarbangsa jam 4.30 petang tadi untuk mendengar rintihan masalah yang dihadapi.

Menurut beliau dalam tempoh satu bulan selepas mengumumkan hasil kajian tanah di Taman Bukit Mewah, kerajaan negeri akan mengumumkan pula risiko mendiami kawasan di persekitaran Bukit Antarabangsa.

Lima kawasan yang terbabit tidak boleh didiami kondominum Impian Selatan, rumah teres Jalan 6 Taman Bukit Cahaya, Jalan Wangsa 9 dan Jalan Wangsa 11.

"Beberapa kemudahan kita telah sediakan antaranya tempat tinggal sementara di sekolah kebangsaan Ulu Klang dan hotel anak syarikat kerajaan negeri D'Palma Ampang dengan diskaun sebanyak 50 peratus," jelasnya.

Bagi menyelesaikan masalah penduduk yang kurang mendapat maklumat akibat runtuhan tanah Khalid berkata, penduduk boleh membuka website http://www.bukitantarabangsa.com/.

Beliau turut mencadangkan kepada Pegawai Daerah supaya setiap rumah pangsa akan diadakan satu kabel maklumat.

Sumber : Harakah Daily

Berita tak rasmi atau gimik baru?

Ni aku petik dari perisik rakyat, katanya berita tak sahih ni dari malaysiakini.

Bila aku cuba akses malaysiakini, 10 minit aku tunggu camni gaks... tak tau ler admin reboot server ke atau trapik jammed... internet aku slow? hahhaaaa... no such thing! aku tak guna STREAMYX....hahahhaaaaa


Menurut berita tidak rasmi Adun Bota dari BN Datuk Nasaruddin Hashim telah mengumumkan keluar parti dan menyertai PKR . Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat diikuti oleh penyokong-penyokong beliau.

Ini sudah pasti menguatkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Sunday, December 14, 2008

20 kes rasuah Khir Toyo - malaysiakini

Sumber : Mesra.net & SUARA SUKJ.

Dekat bawah ni ada 20 tuduhan yang dikatakan melibatkan Mr Botox aka Khir (en,zet,ai,ar) Toto (el).

Baca dulu...

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Raya Haji; Bukan lembu aje yang kena sembelih....

Sempena Hari Raya Haji lepas aku balik ler ke kampung orang rumah di Perak, semuanya planning last minute sebenarnya.

Aku sebenarnya nak bagi anak aku merasa suasana hari raya qurban di kampung, nak harapkan kampung aku kat Klang udah tak serupa kampung dah rasenyer.

Bertolak ke kampung pada hari ahad, sehari sebelum hari raya qurban. Highway Alhamdulillah clear takde lah sesak cam raya puasa haritu. Setelah sejam lebih atas highway utara selatan aku berhentilah dekat hentian Tapah, masa tu dah dekat pukul 5 petang dah. Aku sekeluarga memang cadang berhenti makan di Hentian Tapah pasal kami belum makan tengahari lagi.

So kami pun terus le gi ke kedai-kedai makanan di situ, aku amik le nasi goreng sejuk pagi tadi bersama sedikit gulai daging.

Sampai di kaunter diorang kira nasi goreng sejuk + gulai daging = RM 4.60, masya Allah... dekat KL pun harga tak cam gini. Ini Hentian Tapah ke Pusat Penyembelihan Tapah?

Rupanya bini akupun terkena juga, cuba bayangkan RM 4.60 untuk nasi dan 1 lauk sahaja.Kalau dicampur air dah RM 6.00, kedai mamak pun lagi murah

Pastu kamipun teruskan perjalanan, dalam setengah jam sampailah kami di Pusat Penyembelihan ke-2 iaitu tol Ipoh. Kena sembelih RM 25 kali nih, kat depan ada tol lagi... nasib...nasib...kena sembelih lagi...

Sampai di Hentian Sg. Perak aku terus singgah di Pusat Penyembelihan Ke-3 iaitu stesen Minyak. Macamana aku tak kata Pusat Penyembelihan, minyak patut rege RM 1.50 - RM 1.60 tapi letak RM 1.90. Aku guna gi balik kampung - KL dalam 50 liters, maknanya kena sembelih lagi RM 20.

Alhamdulillah selamat sampai ke dan balik dari kampung. Konon nak balik kampung bawak anak tengok lembu kena sembelih, rupanya sedar tak sedar aku yang kena sembelih dulu...nasib...nasib...