Wednesday, January 21, 2009

Laporan rasuah terhadap MB S'gor - Malaysiakini

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid telah menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam aduannya, Mohd Nazree mendakwa Abdul Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak itu juga mendakwa, mereka menerima dokumen minggu lagi dari seorang individu yang bekerja dengan agensi kerajaan negeri terbabit - Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd.

Berita penuh di sini...

Kelakar gila la... gerak dengan mat ezam dah sama buang tebiat agaknya... salah guna dana kerajaan negeri untuk menaja 46 ekor lembu korban???

Korang dah pulun carik salah MB selangor ni tak jumpa kot... sampai bende cam ni pun nak jadikan isu?

Tak pernah dibuat orang la GERAK oi! bagi lembu korban pun jadi isu...hahahhaaaaa....

Baik korang siasat MB selangor salah guna kuasa menggunakan dana kerajaan negeri untuk beri subsidi 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor...

2 comments:

Anonymous said...

Kita tengok samada org MACC akan ambil tindakan segera untuk kes ni atau tidak? Kalau ya, maka jelas bahawa MACC hanyalah auta punya reform dari Abdullah Badawi sebab banyak kes yang lebih besar dari ini belum diutamakan setakat hari ini.

Sipapan-Kekunci said...

Salam,

Terima kasih kerana berkunjung ke sini...

Kes kak pidah, khir toyo, jibab, samy vellu, bla...bla...bla...bla...nazri aziz..bla...bla...monsun cup.....bla...bla...bla...

banyak giler kerja dierang tu...hahhahaaaa